Wednesday, December 30, 2009

resah..aku takut..

[benteng diri] jangan dekat!!!..kau manusia hina tak mandi!!!...gigit karang!!..




[musim yang menakutkan]


musim cuti sudah bermula..
cuti olok-olok..

study leave senang crite..
waktu kosong..tanpa kelas..
untuk readykan diri menghadapi exam final next month..


masa yang banyak membunuh bukan??..
yelah..
tak tahu nak buat apa..
nak isikan dengan apa..
tiada program..

bosan!!..

mati katak seharian..
tidak produktif kate orang..

takkan mahu isikan dengan tidur..

aku tak mahu!!

langsung kurang aku masa di dunia nyata!
aku mahu lebih masa dengan realiti!

hanya hasilkan najis mata dengan mainan mimpi..
mimpi..bukan realiti
*juga salah satu cara lari dari masalah..tapi..selepas bangun??..


banyak masa..
masa terluang..
rejeki bukan?
kata lain..nikmat..

tapi..betul ke nikmat?
yakin bukan istidraj??

oh..istidraj itu ialah kesenangan yang lagi menjauhkan lagi kita dengan Dia..
macam mana nak tahu?
lihat saja pada kesan..
keadaan kita selepas terima so called ''nikmat'' itu..
lebih dekat atau jauh?
*aku yakin korang lebih tahu..

dan..
kalau ini nikmat..
sepatutnya aku bersyukur..
wajib bagi aku untuk bersyukur..
tapi macam mana?..

=)


---------------------------------------




setelah habis musim exam..
tiada lagi dating bersama buku..
subjek-subjek pelajaran jatuh talak tiga!!

x mahu menghadap lagi dalam waktu terdekat..


YEEAAAYY!!!!

seronoknya!!!..

seronok seakan beban belajar itu..
beban sebab belajar untuk exam..
tahniah..
produk pelajar masa kini..
*kalaulah kau pencinta ilmu..

sehari selepas segala-galanya habis..

terus!

terus segala macam hiburan..
muvie marathon!
drama!..siries!..
dan seumpama hiburan yang terpaksa berpuasa ketika belajar..
kena tahan..kalau x..
x belajar..

sekarang!!!..
tiada lagi buku!!

berhibur!!!!..
jom!!..
aku layak berhibur sebab time study..

aku study betul-betul..

skang time rehat..rehat lah betul-betul...kan??
enjoy!!!..
*sakan sungguh..


enjoy untuk apa??
untuk diri ya?
boleh...
x salah...
sila kan..

=)


=========================


mana pergi syukur aku???..

takat lidah??

itu syukur terbaik aku beri??

''alhamdulillah!!..''

hati aku memaksudkan?

betul-betul?..

sekadar ungkapan..
entah bersama maksud atau tidak..
ungkapan adat..
berterima kasih..


tapi...


terima kasih untuk apa??
tambah lagi nikmat?
kemudian terima kasih lagi..
untuk tambah nikmat lagi..
itu je ke motif aku?..niat aku??..
*tamak plus sellfish!..


oh..betapa looser nye aku...


-----------------------------------------


ia nikmat..juga ujian..

nah!
satu set hidangan lengkap..*berkhasiat!
bagi mereka-mereka yang perasan..

iya..kalau nikmat..
bersyukur..
segala elemen2 pada diri patut turut serta..
kalau kau kata sungguh-sungguh kau nak berterima kasih

pada hati..
pada lidah..
pada tangan perbuatan..


masa bonus...
peluang ini x selalu datang..free2 je dapat..
ade la sebab kenapa kite dapat..bukan mereka..

tak terlintas langsungkah?
dulu..
kite lebih fokuskan kepada pelajaran..
ibadah-ibadah sunat..buat simple-simple ja..
nak extra time untuk study..
bagus...x salah..
memang keperluan semasa..

tapi sekarang..
sementara cuti..
tiada paksaan..
desakan untuk berdating lagi..

nak berhibur ja?
bila mahu qada` atau ganti masa kita dengan Dia?
mahu keadaan yang sama saja?
banyak tu ja masa kite spend untuk Dia..
tiada peningkatan..

yep...
x salah nak stay terus satu tempat..
atas satu titik..
x berganjak..

silekan..
sampai berlumut..
pegun..statik..
bagai batu..

*iman manusia turun naik..ingat tu..


==================================

dengan masa terluang ini lah aku patut lebih dekatkan jarak..bukan lebih jauhkan jarak..

jarak apa?

jarak antara aku dan Dia!

tambahkan amalan-amalan yang aku mampu buat..
tambahkan yang mana boleh..
sempurnakan yang sedia ada..

oh..tak perlu buat terlalu drastik..
takut pula jadi beban..

baca itu ini..
buat itu ini..
esok dah x terlaksana..
hangat-hangat tahi ayam saja..

*sikit-sikit pun..kalau istiqamah..itu yang terbaik..kan?


==================================


berhibur tak boleh??
ade ke aku cakap macam tu??
jap2..aku scroll balik ke atas...


*..(scrolling)..


erm...


nope!

bukan tak boleh..

tapi harus ingat!!..
kau musafir hina!
sedang buat bekalan untuk ke 'sana'..
bekal hari pengadilan!..
takkan mau bawak bekal yang cacat!!
busuk berulat!!..
sah-sah x nak makan...

ingat..
segala apa kite buat kerana Allah taala..
berhibur untuk diri??

ntah...

*sendiri fikir..



-harap segalanya tak terhenti di sini-





BERUBAHLAH!!!!!!

jangan pernah lupa..


pengalaman yang mengajar aku..




''an elephant never forget''

teringat cerita ''the jungle book''
mowgli..watak utama..
pioneer kepada kesah tarzan..



masehkah kau ingat?..




--------------------------------



pengalaman itu..
bukan untuk dilupakan..
tapi..
untuk dijadikan pengajaran...



*bende common..sume orang tahu..

tapi..aku agak fokuskan dalam ruang aku ini..
kenapa??

pernah tertanya2?..

=)



------------------------------




siapa tiada pengalam hitam??
sejarah diri yang disembunyikan..

ya..hitam sangat gelap!..
kelam!!

jahil sungguh aku!..

sepintas pemikiran..
mahu saja aku lupakan..

buang ingatan itu jauh-jauh...



*lari..
lari dari masalah..
iya...itu aku..
kau ade masalah dengan itu?




-------------------------




maafkan aku wahai kau..
kau yang aku ingin lupakan..

kau juga yang telah aku lupakan..
diamkan tanpa penjelasan..
maaf..

tapi aku tahu yang kau tahu..
kau faham kenapa..

ya..aku mahu lupa..


tapi..


tak..

bukan itu yang sepatutnya..

aku patut jadikan panduan..

panduan akan datang..

agar kejadian yang sama x berulang..

jatuh...

tersungkur pada lubang yang sama..

siapa tahu sejarah mungkin berulang?..

kan?

tidak pada aku..mungkin pada orang lain..



*pedulikan je orang lain??..caring kunun..



ye lah..maaaaaaakan sorang-sorang ye..
laaaaaagi kenyan...kan?

=)


-hanya secebis perkara yang sering aku ulang2-


Saturday, December 19, 2009

sesal..


kalau aku mati hari ni...




opss!!!...stop3...anda da sampai di penghujung jalan...*checkmate!!..





kalau hari ni aku dijemput dia..
si pencabut nyawa..

*'dijemput'?..ceh..sopan pula buat pelaku dosa macam aku..



tiada lagi hari esok untuk aku kutemu kau dan dia..
tiada lagi gelak tawa penghilang kebosanan..
tiada lagi update gossip2 terkini..



hilang lagi satu watak rosak dimuka bumi..
gantikan dengan satu kain putih..
baru..tiada corak...*bau kedai..



----------------------------------------------


apa perkara yang paling aku sesalkan?

esok exam...
hari ni tahu akan mati..



oh~
x perlu blajar..




itu kah?

*masih boleh melawakkan?...xpe2...teruskan gelak..x salah...




atau...

perkara yang aku sesalkan???
is there such thing??..
ke selama ni aku insan-tak-kesah-suma-perkara?


butakan keadaan sekeliling?
hiraukan..


ya..
kubur kita lain-lain...kan?



*****************



eh!!!..esok chelsea lawan man u la!!
jap2..x bole!!..aku kene tengok ni!!..


eh!!..kalau aku mati sekarang...
anak bini aku nak makan hape nanti?..


eh!!..ummie abi x nampak lagi aku bawakan pulang kejayaan aku dari tanah orang..



eh!!..aku takawen lagi!..
T.T
*x cukup lagi kumpul nikmat dunia??..



menangislah kau puas-puas..selagi ada masa...



isk isk..
aku mahu taubat dulu..
aku mahukan masa...
sedikit masa penangguhan pun jadilah..
me-maxsimum-kan masa aku dan Kau..
Yang Maha Pengampun..

*bila suda senja, masakan mahu panjang?...
ayuh..teruskan berlengah-lengah..



***************



jangan jadi insan-tak-kesah-suma-perkara..
tahulah kau orang atas sana..
orang yang stabil ekonomi (ibadah)..
*kononnya..

langsung tak kesah kami yang bawah-bawah ni..
langsung tak nak pandang jerit perih kami..
langsung tak nak dengar suara minta tolong kami..

wahai orang yang di atas..
tahulah kau di zon selamat..
tapi ingat..
kami mampu tarik kau ke bawah..
sampai neraka pun kami boleh..tahu?!
sebab kau terikat dengan tanggungjawab..
ya..tanggungjawab..

yes...kubur lain-lain..
tapi..tanggungjawab tetap tanggungjawab

untuk kau tanggung dan jawab disana kelak..
amanah kau..tugas diberikan..
untuk membimbing..
untuk menasihati..
untuk kau ingatkan kami..
kami yang lalai..leka lagi alpa..

iya kau..
kau selaku orang yang tahu..

aku dah cuba bantu sedaya aku..
mereka yang menolak uncounciously!..
masakan aku dapat menolong mereka yang tak mahu tolong diri sendiri?


sudah kau selitkan bersama2 doa kepada Dia?
Tuhan kepada segala hati?


*kalau tak..sebaik mungkinlah sangat..



----------------------------


maaf..
aku tak kena pada cara..

maaf aku menasihat dengan benci..

maaf andai tak berkesan..

maaf segala maaf aku ingin himpunkan..

dosa silam..
dosa sekarang..
dosa akan datang..
jangan pernah jemu memaafkan..



harapnya..kau...


menasihatilah dengan sayang..
sayang kerana Allah taala..
insyaAllah..
segala cara kalau bole kau buat selagi mampu..
bersungguh-sungguh!

bukan aku melarang benci..
benci itu biarlah bertempat..
bencilah perbuatan..
agar kau tak ulang perbuatan yang sama..

tapi sayangilah orang berkenaan..
si pelaku kesalahan..
jangan pernah sisihkan..
mana kedudukan mereka dalam masyarakat?..
pernah kau fikir?..





aduh..kau..wahai empunya tangan yang menulis...

INGAT!!!!!..




-warkah khas untuk diri-


Wednesday, December 16, 2009

Lesen kemaksiatan...





nak bertanduk ke..nak ring emas atas pale..kau pilih




nak buat lesen??
yang dapat membenarkn anda buat segalamacam ''keseronokan?''



Mari2..lihat beberapa 'syarat' mudah ..

pertama-tamanya..jangan libatkn orang yang kau sayang..
mesti kau tahu..balasan buat kejahatan adalah neraka..kan?
Seburuk-buruk tempat untuk kembali..
mahu orang yang kau sayang menderita?

senang cerita..
siapa-siapa pun jangan kau ajak..
buat sorang-sorang sudey..

dan...
pastikan segala anggota jasad tu hak kau yang mutlak..
untuk kau buat sesuka-suki..
bukan pinjaman..

yelah..kalau pinjaman..
bile-bile mase 'Tuan' die bole tarik balik kan?
tak seronok la kalau tengah best2 tu...
kene tarik..


Next...

kire-kire jumlah pahala..
*eh..mane bole...x nampak..

ok2..kire jumlah ratio kebaikan dan kejahatan
kalau kau rase baik tu lebih..
cukup untuk bawak ke surga..

tambah lagi dosa yang bakal nak buat ni..
kire tak efek la ''ratio kebaikan'' tu..

*ye ke kite masuk surge kerna pahale?..



ha..sebelum tu..
satu bende nak tanye..

taubat tau?
tahu buat tak?
kalau da sedie..
kau mesti tahu syarat-syarat taubat kan?..

*tu pun kalau kau ade jaminan akan terime terus..
itu Hak Dia..kau buat je..ingat!!..buat sehabis baik!


sile make sure yang esok akan ada untuk kau..
dan juga makesure dalam jadual hari esok..esok dan esok..
ko PASTI akn buat..

buat apa??
taubat?..

eh..kenapa mesti taubat??..

kan aku da cakap..
neraka itu seburuk-buruk tempat untuk kembali..

*itu matlamat jangka masa panjang?...
ntah~


Ok2...
lagi-lagi...


oh yea..
cari satu tempat yang mana..Dia tak nampak..
*kalau jumpe la..

sebab??..
eh??..takkan kau tak tahu..
seluruh isi alam ni Dia yang punya..
even kalau kau nak cipta sesuatu yang sama sekali pun..
*kalau nak la..
tetap kene ada bahan..
dan bahan tu semestinya kepunyaan Dia..
ilham Dia...

kan3?...

so...siapa kata susah nak buat jahat?..
even lagi senang compare to buat baik kan?..

=)


ingat kawan-kawan..
jangan amek lesen terbang ye~


tak elok untuk kesihatan...

=p


-jujurlah pada diri sendiri-

Friday, December 11, 2009

pedulikan die...


biarkan tangan ini hanyut...lemas...atau bantu...kau pilih..






bantu aku....

tolong aku....

aku lemas....



pandu aku...

bimbing aku...

aku hanyut....


T.T



------------------------------




kenapa aku??..bukan dia?..bukan dia dan dia??.....



nah...

amek ni!...

capai tali ni!!!...



cepat lah!!...

aku hulurkan tangan...

bantu kau!..



PAP!!!!!!...



eh???...
kau tepis???..


kau tepis tangan aku??

tolak bantuan aku??..



jangan harap yang kedua!!..



kau yang pandu hidup kau!..
itu bahtera kau!..
kau yang pilih!..



sombong kau!..
ego kau!..
rasakan!..


--------------------------






da banyak da hati2 yang dijaga..
tapi hati aku???





oh..xpe2..
buat kerje ni mmg cmni..
ujian..

tapi smpai bile??
tak paham-paham pun diorang??



eh.. tak.. tak...Dia yang bagi paham..

ko tu buat je keje ..
usehe yang dilihat..
bukan hasil..

hasil tu hak Dia..
Dia yang kasi..
selayaknye dengan ape yang patut kau dapat..
rancangan Dia penuh hikmah..
percayalah..



**************************


ah!!!..
bosan!!..
mual!!!
naik muak aku dengar mende same..
ulang..ulang dan ulang..

bende sindiri bole pikir ah!!..
ape la bodo sangat!!...

MANUSIA pentingkan diri!!!


GRRR...!!



tahu sekadar tahu..
semua bole fikir..

tapi..
tahu sahaje tak pernah cukup..

serious...
tak pernah cukup...
tak mungkin cukup..
dan takkan cukup...



------------------------------------

aku nak berhenti berfikir bole??..
fikir-fikir bukan dapat jawapan pun..
tanye orang..sikit pun tak membantu..

malah..sakit hati..

baik aku berseronok..

seronok sekarang..
pedulikan diorang..
tak de la stress..

walaupun seronok tapi sengsara...
dari dibandingkan berfikir dan berfikir dan berfikir..
buntu..murung sorang-sorang..

baik berseronok..
ya...
kurangkan masa berfikir..
masa sendirian...

nak seronok!!..



at least aku dapat sesuatu....
sesuatu yang aku 'nampak'...
walaupun sengsara...

at least....





-----------------------------------





rupe-rupenye..
saje je die..
saje je die mintak kat aku...

supaya aku terbeban...
supaya die ade alasan nak salahkn orang..
salahkan aku yang tak membantu..
nak mencuba untuk tuding kesalahan..
tuding jari...





die juga seperti aku..
da muak..
da bosan..

asek nak salahkan diri je..

orang lain buat dek ..

abes masa terbuang..




tapi..
kalau aku pilih jalan macam die...
xde bezenye aku dan die...
aku tahu...

tahu sangat...
tapi...


AAAARRRRGGGHHHH!!!!.............


x adil!!!..
knapa dia bole tapi aku tak!!!...


KENAPA!!!!!.....





-ahhhh!!!..lantak kau lah!-



*****************************



aku keliru..
die keliru..

tapi die pilih aku...
salahkan aku..







*aku nak lepas tanggungjawab bole???




--------------------------------------




-percayalah-
bayaran yang kau dapat..
jauh lebih berbaloi..
jangan mengalah....


aku tak bole cakap lebih..




-aku kalah-


------------------------------------------



rujukan berfikir...



[riwayat Bukhari]


sabda Baginda yang bermaksud:

wahai manusia..
buatlah amalan yang setakat kamu mampu..
bahawasanya Allah..
tidak jemu sehingalah kamu berasa jemu..
dan sesungguhnya amalan yang PALING dikasihi Allah..

ialah amalan yang berkekalan..
WALAUPUN sedikit...













Monday, December 7, 2009

mainan bahasa..


terlalu banyak perkataan..baaaaanyakkk!!!..mane yg sesuai??...
mari..tolong aku... =)



masalah pada istilah..


kau kata rumit..aku kata bakat
kau kata hipokrit..aku kata topeng..
kau kata baik..aku kata jahat..
juga sebaliknya..

setiap orang ada kamus hidup sendiri..
ade orang..
langsung tade perkataan ''putus asa''..
malas juga..

mungkin..

ada orang..berlawanan dengan itu..


contoh la..
skema..
orang kebanyakan klasifikasikan perkataan ni dalam golongan buruk..
tak best!..

tapi..
bole jugak gantikan dengan disiplin..rajin..& so on..

see..
hanya chop..
untuk lemah2 kan semangat..
kerana denki..

*ish..ko ni..jangan menilai orang..


mungkin..


*********************



itu kata orang...kata hati kau???
*iyelah..kalau hati bersih...



kau kejar kesempurnaan orang lain??
x penat ke??


ah!!..sampai bila?


tercungap-cungap kesorangan..

lelah..

kejar taraf ukur orang yang senantiasa berubah..
apa dapat??



koreksi diri..refleksi niat..

=)




*setiap orang punya kamus hidup masing-masing..


----------------------------------------------


oh..cakap pasal masalah daftar kata..
aku ada satu kisah..

suatu hari pada hari khamis..
hari yang paling hectic..
hari yang mana aku perlu berada di kelas tepat pukul 8pagi hingga 8malam..
oh..itu tak kira lagi kos masa perjalanan..
bayangkan pukul bape nak bangun..
plus..aku ade 3 leccture subjek berat..
physiology, anatomy, dan psychology..



eh??..
psycho tak berat??..

yelah..korang tido..
oh bukan..meditate mungkin??

=p


*tapi..tido x kacau orang xpe kan??..
ntah~



plus..2 kelas..memang berasap kepala satu hari..
*macam wap kepala tren ..

tapi..bukan tu focus aku..
hari tu ade subjek psychology..
ade kene buat presentation..
hari tu bukan giliran aku..
tapi kawan aku..

tajuknye personality disorder..
to be more specific..

obsessive compulsive personality disorder!..(OCPD)

ok..nape dengan OCPD ni??

penyakit yang tak best..

contoh..
seseorang tu kalau bershoping..
mesti nak ade list..

WAJIB!!...
tidak dapat tidak..MESTI!!..

kalau hilang la list bebarang nak beli tu hilang..
memang haru-biru la..
seharian akan mencari..
tanpa memikirkan yang die bole buat list baru..
langsung tak jadi kerje lain..


ok..kerje yang teratur..tersusun..rapi..
bersama masalah yang lain..



eh..''kawan'' aku pun macam tu..
kene hantar ke tanjung rambutan neh!!..



tapi..
bukan berkenaan dengan shoping..
tapi dalam bab-bab kekemasan..
kalau ade pinggan mangkuk tak basuh..mengamuk!
kalau ni tak tersusun..
tu bersepah..memang carik pasal la..
tak jadi keje lepas tu..

aih~




so..penyakit ke tu?..
baik ke buruk?..
salah ke nak jadi sebegitu perfectionist??...

hehe..



ntah la..korang decide dengan akal waras korang tu..




---------------------------------------



*definisi baik..jahat..manusia tentukan?
kalau dah Allah ciptakan manusia..
tentu Dia selayaknya yang beri..
apa itu baik..apa itu jahat..

itu pertama-tama rule untuk dipatuhi..


ini..makhluknye yang mungkin..
ilmu x sampai setitis 'bulat air' dari lautan..
mahu tentukan segalanya..
macam raja..


berdiri atas asas logik..


NAH!!..asal manusia dari beruk..
ya beruk..

bukan aku cakap..tapi dia..
logik seorang berilmu pada mata manusia..

*opss??...






INGAT!!...

Dialah Tuhan..
Dialah Raja..
Dialah sembahan manusia..

berlindunglah dengan Dia
*refer surah an-nas..



-macam sedikit waras-


Friday, December 4, 2009

binggo!!...


alien atau teletubis???..hijau juga..HULK mungkin?



kenapa susah nak faham tulisan aku?
aku ini..datang dari marikh kah??
datang melalui stargate untuk tawan bumi??

*betul ke??



mungkin juga..



entah~





tapi tak..

aku pasti..TAK!

aku seperti kau..
punya jasad sama coklat..dari tanah asalnya
punya rambut sama hitam
punya darah sama merah

punya banyak kesamaan..

lantas..

apakah yang membezakan kau dan aku?


--------------------------------------------------

yess!!..
jerat mengena!!..

eksperiment menjadi..


ade orang tego..
nape blog ko...

cam pelik je..
cam banyak emo..

ditanye aku mengapa..

=)

senyum..
entah kenapa ya..


*************************



cara aku..cara kau berbeza..

tapi..
betul ke emo?..
mungkin aku serapkan segala perasaan waktu menulis?
mungkin juga..

kau setuju?..
kalau aku cakap selera orang macam-macam?
dan mungkin begini selera orang-orang macam aku..
ye lah..masyarakat punya banyak lapis..
lapis bawah..mungkin minat ini..
lapis atas..minat ini pula..


emo tu juga mungkin sebab pembacanya terlalu bernada?
haha..

macam mana baca bernada??..
lebih feel kan??

=)


dari pada satu nada mendatar..tiada tone..
bosan!..
mengantuk dengan perkataan-perkataan yang tak hidup..
bagi aku lah..

betul ke emo ?
atau aku sengaja emo?
atau jadi sarcastic mungkin?
sedikit perisa sinis...

kesalahan yang disengajakan..?

mungkin..pada adatnya..
orang kebanyakan kata salah..


--------------------


aku menulis ni..
suke-suki je??..
kalau itu yang kau dapat...
maka itulah..


tapi..


tapi?..

mesti ada sesuatu..



nah!...hint..
atau panduan membaca..

'sekolah kehidupan aku'

persoal diri..
apasal tajuk macam ni?
apa yang nak disampaikan?
eh..ini betul ke salah?

dan..respon-respon kekeliruan itu yang aku mahu..
mungkin aku sarcastic..
mungkin kesalahan yang disengajakan..
mungkin aku betul-betul tak tahu..
disitulah tunggak persoalan..
tegur untuk ditegur..

=)


*oh yea..dan kalau boleh..
sile baca sampai bahagian komentar..
kadang-kadang ada sambungan di situ..

----------------------------------------



watak aku kau dan dia..
diciptakan sebagai simbol..
sebagai wakil..
mana-mana manusia pun..
untuk contoh cerita..
variasi aku..

*terlalu banyak ke-aku-an kan??...huhu



sejujurnya..
aku dapat ilham dengan menemplak diri..
kritik..perli..
monolog antara aku dan aku..


yes..letakkan aku di dua situasi berbeza..
berlawanan..
soal..jawab..

dan..
kalau terasa..
sendiri makan cili..
sendiri rase la kan..

=p


*nape la aku peduli sangat nak terangkan sume-sume ni?


agaknye??



------------------------------

knapa orang sebuk! diruang komentar?

aku mahu pengkritik aku berani..
luar biasa dari orang kebanyakan..
tidak endah pada kritik picisan ni...


dapat terima?




*sepanjang membaca..
tiada yang bertanya..
kenapa ''aku bukan aku?''..

mungkin segan lagi bertanya..
haha..

aku pun segan juga..
*cess bajet sungguh!..

=p







-saye segan-



Wednesday, December 2, 2009

tamat..




Timbul Persoalan..

orang tafaham..sebab aku tulis 'crap'
am i talkin craps here?

da tu..kalau orang tapaham..kenapa menulis??

harus aku sambung kisah aku ni?..
atau berhenti menulis...

*aku ade pmbace setie ke??..
blom kot..atau takkan ada..
ye lah..orang nye rumit..

mungkin..

mungkin sekarang pembaca senyap..
segan silu untuk komen..
untuk jadi orang sibuk..
atau tiada perlu lagi bersuara..
dikalamana senyap itu lebih baik..kan?

takpe2..terus membaca..





-mungkin sampai sini saja-



Friday, November 27, 2009

ingin aku pinta..

menjadi rumit itu masalahkah?


seribu kali maaf..

aku pohon..

kalau kita tak sependapat..
sekadar buah fikiran aku..
yang mana..
lama aku fikirkan..
situasi yang sama..
berakhir dengan sesal...

ya..penuh penyesalan..
tapi..
aku tamau ada aku yang kedua..
seperti klon aku..
buat kesalahan yang sama..

berulang-ulang..
kesilapan..
dan kesal..
kitaran bodoh!

namun..
manusia berbeza..

yea..
cukup berbeza..

mungkin sebab pengalaman yang ditempuh itu bervariasi
berbagai-bagai..
sekolah kehidupan kau..
bukan sekolah kehidupan aku...

tapi...berkongsi itu kan indah..
walau silibus kite tak same..


demi
exam mendatang..
mahu tempuh seorang?

terpulang pada kau..



yang aku tahu..
tahu manusia itu..terhad pada masa...
umur ringkas cerita..
waktu bayi..tahu banyak ini sahaja..
selepas bergelar insan dewasa..
mungkin lebih banyak..


tak rugi rasenye kalau aku kasi soalan bocor
tapi..
mungkin kau mahukan cabaran..
cabaran lebih..
berdiri dengan kaki sendiri



aku faham..
lantas

aku persilakan..


maaf sekali lagi..



----------------------------------




kau tanye kenapa aku sebegini rumit?
''bakat'' aku kira..

inherited mungkin..

haha~
siapa tahu...



-sayang abi sayang ummie-



Sunday, November 22, 2009

denki!!..




oh..!!
engkau!!..

engkau yang mengawal diri..
mengapa tak benarkan aku seperti mereka??

mengapa aku diperlakukan sebegini sekali??
kurung aku dalam 'sangkar' ni??



nak klua!!..nak klua!!..nak klua!!.. T.T



apakah selayaknye aku menerime layanan ni??
betapa tak adilnye kau!!!

aku seharusnye dilayan baik seperti orang-orang lain..
hati-hati mereka dituruti satu-persatu..
''enjoy'' habis aku tengok!..

berhibur sehabis-habisnye..
segala pancaindera digunakan..
tanpa 'pembaziran'..

tapi..kau buat line..
line merah pulak tu!
agar jelas...
tanak lintas kononnye..

kau tahu tak??
hidup ini sekali!..
dah tue bangke nanti ungkit..
kau tiada life!!
jangan dalam kubur kau menyesal..

hey!! hey!!!..tengok tu..
mesrenye mereke..

zap!!!..

gelap....

la...
kau tutup mata..
sape suruh!!!


itu taboleh!!...ini taboleh!!




kau 'rigid' kau tahu tak???!!!

kau rigid!!!..




eeeeee....dengkinye!!!







-kau kurung aku-





---------------------------------------


jeng jeng jeng!!!...

shhh!!!!...jangan bitaw sesape ek..




Friday, November 20, 2009

aku bukan kau..

''HENTIKAN senyuman Rokiah kau!!!.''

kaku aku..

kau cakap dengan siapa???

*blank...

---------------------

dia fikir dia tahu..
cukup kenal aku..
sendiri tak pernah tanya..

empunya badan..

ah..

manusia..tak pernah berhenti untuk menilai..
asasnya?..

entahla..

---------------------

oh!!..oh!!..

nak tahu tak..
aku ade satu produk ni..
untuk aku promosi..

kau orang mahu tahu?
mahu?

mahu tak??..

*ye lah..aku nak ceritela ni..

nama diberi topeng keceriaan..
nama lain?

senyuman plastik..


kelebihan??..
orang sekitar kau tak perlu risau pasal kau..
mungkin sebagai pelakon terbaik di pentas dunia?..

=)

sembunyikan sesuatu yang tak perlu dizahirkan..
*oh??..bagi kau perlu?..

ketike masanya sampai..pakailah topeng itu..
jika tak perlu..tanggalkan saja..
mudah..


*eeeeeeeeee......chak!!!!...haha..korang tak nampak~



oh..tapi..ingat.
dengan kelebihan..
datang juga dengan keburukan..

kau pasti lemas..
sesak..
tak selesa!
tu bayaran kalau mahu pakai..

iya..tujuan pakai..untuk orang lain..
kalau dengan menggembirakan orang lain..
kau pun gembira?
apa salah kan?..

oh..dengan kata lain..jaga hati orang..untuk jaga hati kau?
begitu??

*tapi..sampai bila???....







teringat aku akan satu kisah..


---------alkisah bermula---------


sedang leka berjalan-jalan..
sekawan..kami lalu depan kedai sony...
SONY CENTER!..

wah!!..orang muda bershopping!
tak ingat dunia!..

tak..kami tak mahu ketinggalan zaman..
mesti mau update teknologi terkini!

puas kawan aku melilau-lilau dalam kedai..
aku dengan beberapa geng aku testing senyuman
pada satu videocamere..

oh..korang tahu?..'die' dapat detect senyuman...

serious!!..detect senyuman!!..

tapi yang peliknye..
dalam pertandingan tu..
sorang je yang dapat 100% success per try..
kirenye..kalau skali senyum..terus robot tu bole detect la..

yang lain...
menghampakan..
kau tahu siapa pemenang???...

*aku sengih ja~

kau rase??

=)






terimalah hakikat yang setiap manusia itu berbeza..

Sunday, November 15, 2009

aku ade robot...yes!!!


putih..kecik..comey..ada style!..tapi...



nama saya..''Msialpa''..

oh??..awak tanya ape yang saye bole buat??

dengan rupe saye yang comel serbe menawan ni??

aha~
saye boleh menari-nari...

lihatlah~~

*sambil berpusing-pusing dengan ligat..


eh..jap..tuan saye suruh saye jage rumah..
hmm..xpe la..kjap je..
tunjuk kat awak eh~

berpusing dan berpusing dan berpusing...
''eh..tak fenin ke awak??''

=)


pusing lagi..

lebih ligat...

lebih laju!!..



nenonenoneno!!!~~
opss...kuasa ultra saye nak abes da~

kejap ye..
saye lupe pulak..
nak kene refill bahan api!
energy bar da nk koson da~

oh Tuanku yg baik hati~~
saye nak....*sokseksokseksoksek.....

jap ek kawan-kawan...

tunggu~




burp!!!...kenyan suda~~~
okeh..nak lihat saye pusing lagi???..

okeh..saye pusing ye~!

------------------------------------

begitulah seterusnye dan seterusnye..
pusing je keje nye..
lain aku suruh..lain die p buat..
nape la aku pi beli robot yng cenggitu...aih~

bile abes battery..baru nak mai jumpe aku.. =.=''

satu 'kitaran bodoh' aku kira..
buat perkara yang sama..
ulang..ulang... dan ulang..
tade matlamat..tujuan..
juga manfaat kepada makhluk yang lain..

hiburan??..
kau terhibur tengok die pusing-pusing??..
aku penin ade la..

~.~







korang nak ke robot macam ni???


-aku yang berpusing-

Friday, November 13, 2009

main game itu 'bess'..tapi..

tahu apa itu catur??
tahu cara main?
tahu siapa mencipta permainan ini??

*ha~ soalan terlebih suda~

bukan focus aku siapa pencipta permainan ni

tapi..kenapa ditentukan
buah catur king..
hanya boleh jalan selangkah..

knight...
atau kuda panggilan mlayunya..
mesti bergerak dalam bentuk L..

itu pun terhad dalam beberapa langkah..
peraturan-peraturan yang dibuat-buat..
tapi kenapa??

objektif permainan?
''bunuh king se-macho-nye


*dengan skill yang penuh seni la~...
ish..korang nih..

=.=''




[chekmate!!]..walaupun queen mati da..jgn giv up!!!..kau tatau sape menang sampai game habis..cube sebaik boleh!!...


-----------------------------------

bola sepak..
ada peraturan betul?
offside..outside..
kene gune kaki bagi pemain biasa..
juga peraturan-peraturan yang dibuat-buat..

objektif permainan?..
nak menang..

iye la..
tapi macam mana?
kene jaringkan bola dalam gawang gol musuh!
bukan gol sendiri..kan?

*oh maaf..aku tahu ini ja~
bola bukan dunia aku..huhu..




''hobin jang!!!...hobin!!!''...semangat betul kawan aku tu..

-----------------------------------------

ok..mudah cerita..
aku mahu tanye korang..

kalaulah..

kalaulah peraturan-peraturan tu takde..

*best la!!!..bole menang cepat!!!..
bole usung je bola gune tangan ke gawang gol..

aih~
jadi ragbi la pulak!..

seriously??..

korang nak main macam tu??..
tak mencabar la bro!!..
takde seni!!..




tapi kalau objektif permainan tu pulak takde??
ape akan jadi?


korang still nak main game tu??..
ade feel ke??..
main tanpa tujuan?..
tanpa peraturan..

*peraturan dibuat untuk dilanggar??..haha~
dont make me lough..

betapa tidak teratur jadinya nanti..
huru-hara!!..ish3...

----------------------------

ooooookaaayyyy~
ade satu soalan best untuk korang...

*tengah senyum selebar-lebarnye~
=D

ape tujuan hidup korang??
bermakna tak??

peraturan-peraturannye???

*hint aku..siapa cipta kau..Dia lah yang kasi tujuan..juga peraturan..

untuk kau 'bermain' dengan 'fair play'..

faham maksud aku???

he~

**sile jawab soalan yang diboldkan sebentar tadi ye..harap maklum~
maaaaacaam tak biase pulak kan~?

=)