Saturday, May 28, 2011

biasa


pada mentari-malam terang..

sinarnya lebih silau
cahaya atas cahaya

cahaya yang kami dahagakan...
namun, tak jauh tangan mencapai

kemarau..

bersama kolam kerinduan yang lama kering kontang..

hirup pun, hanya mampu udara kosong.




oh Tuhan..


sampaikan kami, sampaikan....


Wahai,
Yang Maha Miliki Segala Karunia.


--------


cinta bersyarat
hanya tunduk syukur, akur bila ditimpa nikmat

itupun kalau beringat

masa sempit katakan

''Andai dikurnia masa lapang, maka aku akan..''
walhal, sedang masa sempit pun tak dapat tunaikan?


semalam,
aku, dan kita menangisi sesalan..

tapi harini kita ketawa seolah melupakan..


oh Tuhan..


jauh mana akan aku pergi berbekalkan sekelumit rasa ini.
kemana, akan ku bawa cinta seakan palsu ini..

kemana..



*****

atau..

perkataan suci seperti cinta tak layak sama sekali bergandingan dengan palsu.
ia mencemarkan..
keji.

maka ia tidak cinta,

ia bukan cinta

hanya rasa biasa
rasa yang semua orang boleh mengaku bila-bila masa
bila-bila dia suka


tak lebih rasa biasa..

tak lebih..


*****

walau dalam taat,walau dalam maksiat sekalipun.
jangan hilang Raja`





notis:raja' bermaksud pengharapan kepada rahmatNya.

Thursday, May 19, 2011

hilang bentuk..

regular.symmetry.stable.
*kalaulah*



prinsip dijual murah, untuk kemudahan.rukhsah (keringanan) katanya.
lama-lama kebiasaan..dan kebiasaan itu merosakkan.
decision making-compromised.

kalau seorang 'AKU' hilang arah?


jika suatu pagi kau bangun,
kau kusut tanpa sebab,
hilang arah.
haru biru kelabu segalanya tak kena.

tanyakan kenapa dan kenapa?
kembali sunyi tiada jawapan.hah. macam mana?




Tuhan..

aku kini hilang bentuk..

kembara di negeri asing..
=(



*****

setelah pulang dari pasar, seorang kawan menceritakan kisah gembira.
ditanya kepadanya soalan cepumas tika mahu membeli buah merah comel,
sekaranglah musimnya!

kenal Allah?

....


dek jawapannya yang positif,
maka tidak teragak-agak makcik itu memberi extra imbuhan kepadanya,
berita gembira buat semua penganut agama.
agama ini.
=)


lalu menyampuk dalam kisah penceritaannya,
lantaas berkata.

kalau makcik tu menyambung soalan?


Allah telah takdirkan kalau itu tidak berlaku dan yang berlaku adalah sedemikian tadi
dicantas perbualan dengan kemas

meloponglah sang bertanya.
(gedebush! atas pala)
0.0


*benar dalam satu aspek, kita sangat2 dielakkan untuk berkalau-kalau, takut nanti tidak bersyukur dengan sebaik-baik Perancang.bukankah yang telah berlaku itulah yang terbaik?
ia sebaik perkara untuk diyakini, jiwa tenang harmoni.

kita sepatutnya redha padaNya (ketentuan), tanda redha Dia pada kita. ke guane?

*****


tttteeeeeeeeeetttt
oh, mesej masuk.


''aku kenal Allah??''

terkujat juga dengar.macam perkataan itu mudahmengalir keluar dari mulut.
sebab itulah semalam, soalan kalau itu berbangkit.
pada aku, kau juga orang yang beratkan penggunaan perkataan.

dan pada aku juga, kalau benar kenal Allah,
kita bukan seperti sekarang ni.
kita mesti saja insan yang hebat!
dengan pencapaian hebat!

kita takkan saja-saja buat pilihan yang salah dengan sengaja!

kita kenal Dia maha Penyayang, kita akan asyik dengan cintaNya.
paling penting kita tak lama di dunia.
atau mungkin dah tiada.

jika betul kenal,
jika betul kenal.


....


-maaf-
=(




*****



‎"Mengapa orang jahil bermaksiat? Kerana mereka jahil tentang Tuhannya dan menuruti godaan syaitan. Seandainya tidak jahil, mereka tentu tidak akan melakukan maksiat kepada Allah.

Seandainya tahu bahawa nafsu selalu mengajak kepada keburukan, tentu mereka tidak akan menurutinya. Berapa kali aku ingatkan kamu akan bahayanya iblis dan angkatannya, tetapi kamu tetap menerima dan menemaninya.

Berwaspadalah terhadap semua itu. Janganlah menjadi pencinta kecuali pencinta Allah, sebab Allah menginginimu untuk kebaikan dirimu, sementara yang lain menginginimu untuk kebaikan dirinya."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]



*****

soalan yg timbul:

kenapa (1)? oh kerana dosa semalam..semalam..(sengaja)

kenapa (2) pula dengan Si Lintang?
kalau dibandingkan dengan watak hero ''Laskar Pelangi''
aku sejuta kali lebih bertuah.masih ada abi ummi, punya biasiswa.untuk belajar!
mimik muka kesungguhan Lintang (meski lakonan cuma), terkesan.

tapi! lelaki tidak boleh nangis! koman!!

juga kau!
manakan tidak.kau yang tengah membaca ini juga ada interrrnet!
seribu juta kali bertuah dalam nikmat melimpah ruah.

kadang-kadang.terfikir juga.internet ini kebaikan atau keburukan?
atau lebih luas maksudnya, teknologi.memudahkan, atau menjauhkan.


abaikan.psychological stress-->compromised behavior (neuroses). tapi proses ini reversible.

Wednesday, May 18, 2011

cerita Lintang




mengarut.

tidak serius.

tak bersyukur.


dan sangat bertuah
(sangat!)




noktah.


Monday, May 2, 2011

Dunia seni sentiasa aneh..

apa yang aku, dia dan kamu nampak,
mungkin aja berbeza.



Dunia seni sentiasa aneh. Di mana-mana. Dan dalam keanehan itulah pula lazimnya seniwan rajin berpesan: dunia tidak harus begitu; seniwan tidak harus begini. Tapi, gemar atau benci, kita sempat ranum daripada keanehan seniwan itu.

—A. SAMAD SAID.


suatu tika dahulu, pernah seorang kawan nyaring menyuarakan, hodoh itu juga cabang seni!
minda kreatif itu, mestilah aku tak setuju, dalam diam aku juga senyum..

aku kuat menidakkan, kerana tika itu adalah kelas microbiology!
haiwan seni juga adalah seni!

manakan sama mahu samakan perkataan maksudnya indah dengan sebaliknya?
atau mungkin hodoh yang dipandangnya juga indah?

persis omong-omongan saja, abaikan.
kan kata hati itu sebuah rahsia kita dengan Tuhan.
berbeda-beda itu rahmat.
berbeda-beda itu seni

senyum aja tak perlu kata apa-apa.
*senyum*
=)





kerana ''seni'' adalah tasik renang yang indah!

tidak selalunya warna hanya untuk mata; lagu hanya untuk telinga. Sebenarnya seni juga memerlukan hati nurani—lebih dari mata dan telinga.

-quoted dari Pak Samad juga-