Showing posts with label ragu-ragu. Show all posts
Showing posts with label ragu-ragu. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

antara dua dunia



''ohh! awak!..''




aku dan dia..
ada jarak..

ada jurang..

tatkala aku memandangnya..
aku mendongak..
dia menunduk..

walau saling pandang berlaga..

kedudukan kami berbeza!



*****




''tolonglah mengaku yang ilmu kau tu banyak!..''

*diam seketika...

''bilamana seseorang itu mengaku ilmunya banyak..maka dia binasa!...''


pandangan mata redup..
kerendahan ilmu..


ujarnya lembut..

aku enggan berikan penjelasan penuh..
aku khuatir..
tatkala ia adalah hujah buat aku..
orang kan bisa pergunakan isi y sama sebagai alasan..
itu bencana!
melalui aku..


maka..
enggan menerima jawatan itu adalah kerna ke-tidak-sempurnaan..


kalau bukan engkau..siapa lagi?


*sengih-sengih*
(macam sudah lali dengan persoalan itu kan?)


kalau engkau mampu..
rasa layak memimpin dengan kelemahan sedia ada..
tanpa perlu baiki..
maka silakan..




maaf..
bukan aku..
cuma..bukan aku..

tidak mahu aku sesat lagi menyesatkan..

=(



*****


menunggu dan menunggu..
sampai masa dia diiktiraf oleh orang yang ahli..
maka itu sebuah 'kesempurnaan-teguh-kukuh'


*satu taraf ukur y diletakkan pada diri..
org kan bisa nampak 'kelecehan'
org kan nampak itu menyusahkan/membebankan..

pada dirinya itu lah benar..




org y ahli x bermaksud org dari 'persatuan'..tp org y ahli pada bidangnya..


disaat org menjerit..''kaulah calon yg layak!''
meremang tengkuk..erk~

''kau-lah!..''



pada y dah mula/bersedia..
di ucapkan tahniah..moga d permudah segala urusan ketaatan kalian..
=)



nota sisi:



[go on..]

kau boleh teruskan jalan, tanpa dia..

maaf..dia lambat..dia 'tempang' juga 'kerenah'..

*dia beban bukan?..

=(

-redha je-

Sunday, June 20, 2010

mati hidup semula..




[15 june 2010]

menantikan kepulangan tentunya..


yelah..takkan jalan kaki ye dak..


hari ni aku kan pulang..

ke pangkuan ayahanda bonda..
bagai sirih pulang ke gang-gang

betapa hari-hari lewat ini..
disibukkan kesibukan..
mahu arrange itulah..inilah..
buat itu buat ini..
letih tak menang tangan..
kemas-kemas angkat barang dan segala bagai..

namun alhamdulillah..(segala puji bagi Tuhan)
jasad aku masih satu sempurna..
tak tercabut kaki tangan
yang ada cumanya letih yang akan puput seiring berlalunya masa..
moga ini korban/meraikan/membalas kurnia Dia tempoh hari..

makin banyak sibuk, makin banyak terlepas..
macam kawan aku cakap..

''lebihkan satu perkara..perkara yang lain pula akan kurang..''

dalam ruang kesibukan..
mutabaah amal diletakkan dalam tahap paling minima..
paling paling dan paling..
huhu..

tunggu masa saja jahitan iman ini koyak..
dan aku masih berkira-kira..
apakah sellfish itu mesti?

aku harus kuat untuk mereka kuat..
dalam erti kata..mempersedia diri

******

tibanya waktu berlepas

sepanjang perjalanan pulangku..

kali ini berkekuatan seramai 24 orang..
begitulah sepatutnya..

namun seorang ditinggalkan..
again..masalah pada sistem..
melecehkan itu ini..

seseorang itu amat bersahaja..
hepi go lucky luaran..
tertangguh jugalah pelayaran untuk pulang kerumah..

kaget..
sejarah berulang tanpa mampu buat apa-apa..
call minta tolong senior..
itulah paling kurang..

ZZzzzZZzz


*****


eh..xde ar cenggini canggih..tapi ade la skit2..


Qatar airways itu 5 bintang tahu?
terbang ke Doha (transit 9jam) dengan segala macam luxury..
usb port, mini touch screen tv,
ada games movies dan series,
ah macam-macam..
head fon yang agak up jugalah..
dan lagi-lagilah barang free..

dan dalam kejakunan kesenangan
kami terbang..

rasa senang
ringan

gembira! tentunya..

"betapa sikit bersyukur..tika susah terkumat kamit mulut mendoakan..tika sengan lupa alpa"
begitulah maksudnya lebih kurang ayat ku taddabur secara random setahun yang lepas..

dalam perjalanan terngiang-ngiang gambaran jelas..
betapa kesenangan ini menguji..

apakhabar agaknya aku nanti di malaysia?


******

sewaktu terbang..

ni gambar berkaitan..tapi x sama..
*sapa nk derma kemera??..

sekali lagi bumi Tuhan..
negara Awan..cantik!
seputih kejujuran tanpa lakonan..

dan iya..
aku masih kagum akan empayar kayangan..
subhanallah!

cantik sangat..

oh yea..
sesampai di Doha..
sangat2 panas..humidity juga tinggi..
sesak nafas jadinya..

dan berlalu lah 9 jam disitu..
tiada cerita best sgt..
cumanya..

aku terjumpa satu chuppachupp (lolipop) gergasi berharga 3 usd
*sape lah nk baham natang tu besar2..gila!..

x manis kalau seorang perempuan nk nganga seluas itu..
kalau si laki2 pn..tiadalah nampak macho apatah lg jantan..
huhu..

apa-apa jalah..
sama mcam burger..
segalanya dimuatkan dalam satu..
untuk penuhkan mulut..
untuk gelojoh..
untuk 'tamak'
*sepatutnya sopan bukan?

mungkinlah..itu cuba di doktrinkan pada masyarakat kini..
atau itu dongengan cerita dikisahkan pada ku dulu..

berlalunya 9jam itu pada awalnya lambat macam...
(ingin aku masukkan nama haiwan..tapi..aib dia pula)

dan 9 jam itu..cuma lah smentara kalau nk dibandingkan dengan angkanya..
betapa agak aku rugi disitu..

berkenaan dengan masa..

sesudah sampai ke KLIA dgn penerbangan selama 8jam lebih (mungkin?)
rasa-rasa reput jugalah tulang belakang ni duduk lama-lama..
aih~

dan..

sesampainya di malaysia..


mendarat dah..puas?


*alamak..bersambunglah pulak cerita (mungkin)...

=p


*****

p/s: cerita bawah label diari..macam kurang pengajaran kan?..adess~

Tuesday, May 4, 2010

ditendang dan dikejar



.::sibuk-sibuk dunia::.



kini..
manusia-manusia lebih giat mengejar merpati putih sendiri..
masing-masing dengan masing-masing..

idaman damai sementara..
kalaulah faham equation of life..
betapa rugi oh betapa rugi..




.::segak-segak merpati putih::.


chu wa wa wa~
berterbangan merpati putih pabila di kejar..
bukan x tahu..

cuma seronok menjadi naif..
mungkin..


asal tidak menggigit aku sudahlah..



ah!..
ini tangan aku..
suka hati akulah nak buat apa..

ini kapal hidup aku, pengemudi aku yang tentukan

tepi kain pelikat aku jangan kacau!
bukan nanti kain aku..tapi kau terlondeh





*semput juga hidup zaman ni lately~

menyalaklah puas-puas...
tanpa salutan Tuhan di setiap tubuh..
setiap cell..

sia-sia..

khalifah duhai khalifah..
kian sepi..



puisi-puisi emosi



******


notakaki: betapa meletakkan diri yang teratas pada setiap keputusan (cognitive) itu hodoh!.

Saturday, May 1, 2010

short & sharp please..

tolonglah..

bukan A. Samad Said

tapi..

M. Nasir!

=)




masih antara dua.. tekan ''publish post'' atau ''save now'' ?
*aish..main-main pulak..


notakaki: shouuuh!!..pegi main jauh-jauh..refresh niat..refresh niat..refresh niat..*mane refresh button??..

Thursday, April 22, 2010

untuk bercakap denganMu

sekadar air mata belum mampu padam segalanya..


terima kasih..untuk hari ini..
kerana berbaki lagi sisa-sisa detik menghadapMu..

menginzinkan lagi sifat meminta-minta..
tak pernah puas..
tak pernah cukup..

senantiasa memberikan rahmatNya
melimpah ruah..
tanpa jemu

buat hambaNya


segala puji bagiMu ya Allah..



tapi..
aku khuatir ya Allah..

aku khuatir..


dalam ketaatanku..
yang tidak pandai beradab denganMu..

derhaka dalam taat
takut dapat murkaMu berbanding rahmat..



jauh skali bersangka buruk padaMu Tuhan sekalian alam..


biarlah perasaan ini memagari diri dari terus melebihi limit
fatwa hati tiada sempadan..


dari terus berasa cukup
dari terus berasa baik sudah..


bantu aku ya Allah..
yang terkapai mencari hidayahMu
betapa bahtera ini tiada stabil


ampunilah daku
keluargaku
saudara-saudaraku


kami x mampu..
sungguh
kami x mampu..


-hambaMu yang sentiasa menzalimi diri-

Wednesday, March 17, 2010

laut awan dan tanah bumi



cantik awan berganding bahu dengan cahaya..
milik mentari..taaapi...



laut dan awan..
dapat dipisahkan?
tentunya tidak..

awan bukan sebarang awan tahu?
awan yang sungguh supportive

akrab sangat2 kata orang..

melalui proses kondensasi semulajadi
laut ingin berbakti pada tanah bumi
hujan awan perantara..

kian lama proses adat berlaku
ada kepincangan
awan curi tulang..
x menjadi sepatutnya dirancang

mungkin termakan hati dengan kata2 makhluk bumi..
''alaaaaaaaa...hujan~ ''

dihisapnya laut kekeringan..
*lagak vampire kehausan merah!

disimpan buat stock masa hadapan
berlangsungan kemarau nampaknya..
menghukum hidupan hijau terlibat..

mungkin juga..
awan x mendengar makhluk berzikir kata..
''hujan itu rahmat Allah..''

mungkin..

sekarang?..
berbelah bahagilah si laut..
kian memberi..
harus jugalah jaga bakti pada hidupan marine
pelihara rantaian makanan bumi

terus memberi bukan lagi usaha gigih..
bukan lagi prihatin..
tapi kebodohan..

tinggalkan saja awan sellfish..
yang hanya tahu menerima..
banyak lagi awan setia..


[berhati-hati!] suram2 pandangan awan mendung..meniti persahabatan rapuh



laut berfikir lagi..

tak..pastinya ada jalan lain..
naif sungguh..
degil!

berfikir dalam berfikir..
x bole lama..
masa berjalan tetap..
24jam cuma..

lalu ombak-ombak kegusaran berkumandang jelas..
tak dapat disembunyikan lagi..

datanglah si awan prihatin menanya khabar..

''sehat?''

''ok je..''

mudah saja mematikan dialog bajet kasihan..


encik awan..kalau betul ada negara kayangan..sudi2kan tunjuk pada saya..




dimana silapnya?
harus dipotong saja diplomasi antara dua??

padahal nanti sungai akan alirkan semula pada laut..
kalau la awan faham..
betapa kitaran itu harmoni..



makanya...
tinggal lah laut..
asing dari tujuh lautan..



dia yang ber-laut jingga



--------------------------------jatuh bangun laut jingga-----------------------------



notakaki: awan komulonimbus telah melarikan diri meninggalkan koloni2 awan..



ceria awan cantik comel..
bilakah akan ketemu lagi?
sungguh rindu~




******


bila hati ini menghadap Tuhan
baruku sedar ada kelemahan..


terasa kerdil berbanding yang Esa
terharu terfikir betapa agungnya Tuhan..


hamba hanya mampu sujud..



T.T
*isk isk isk..


Friday, February 26, 2010

keliru masih..


suatu malam yang hening..

aku mencari suasana..
suasana yang dahulu aku senang sangat nak cari..
untuk berkhalwat..

teeetttt!!..




maksudnya bersendirian..
bersendirian ''mengaji''..


ketika sedap membaca..
terhenti seketika..

waktu perenggan awal surah al-waqi`ah..



sayup-sayup hati bicara..
kenapa aku baca?..
mesti baca?..

kenapa?




kenapa?..



hening berlalu..
baca lagi surah itu..
macam sedap...
manis..



tiba lalu sorang member..
langsung stop bacaan aku..

kenape kite kene bace quran??..
aku tanya dia..



soalan yang mana dahulu aku amat jelas sangat jawapannya..
tapi sekarang...

samar...



jawapan diberi..
agak skema..

aku menduga..

apakah jawapan yang dia bagi itu teori semata-mata?
apakah dia faham apa yang dia sebut itu?
aku terus tanya..

tanya lagi..
lebih lanjut..
nyata..
dia pun keliru..

maaf..
aku libatkan kau..
x patut aku..
sepatutnya biarkan kau yang sedia faham ketika itu..
x patut memberi kekeliruan..

------------------

''maka benarlah kata-kata Allah...''

bagaimana bisa aku habiskan bacaan aku dengan ungkapan adat diatas
sedang aku pun sepatah haram tak faham apa yang aku baca?..



terus berfikir...



peristiwa malam genap aku puluh..
dua puluh umurku..

kenapa sekarang?





mencari arah lagi..

soalan...

soalan...


soalan...





mana jawapan??..

siapa dapat jawab?






penah tahu jawapan..
tapi takut untuk ungkapkan..
sebab tidak me-maksud-kan..


pengecut kan aku?..



'' i said what i meant and i meant what i said!!..''
*jujur pada diri..
======================


budak ini ada bakat..
tapi...dibiarkan 'sesat' ..
xpe lah..
x kacau periuk nasi korang..
kenapa perlu tolong?..

haha..
abaikan..



-------------------------

Sabda Nabi S.A.W,

“ Dalam hati manusia ada segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk gumpalan darah itu, maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa gumpalan darah itu adalah HATI”

once terlintas perkara buruk..
bagi aku..ada wayar putus dalam HATI..
paling kurang berpinar bersilang pukang..
keliru kelam..

bersihkanlah HATI selalu..
sucikan..

kau tahu kan..
setiap kali buat maksiat (apa-apa yang Allah s.w.t larang)..
hati akan kotor..

oh..kotor bukan sebarang kotor..
kotor menghalang cahaya..
cahaya hidayah barangkali..
ilmu juga..

jadi..
lakukanlah berlawanan..
buatla ibadah..
paling senang..

baca qoran..kan?
baca je
seyes..mudah!..
lama-kelamaan..rasa manis..
lagi-lagi bile da dapat jage makhraj huruf dan segala hukum tajwid..
lagi manis letting kalau faham maksud..
*kelantanese..

teknik mengawal keimanan??..
safety precaution je..
*je?..

[perumpamaan pada hati]

contoh kertas 2 kertas putih A4..
satu kau hitamkan dengan marker satu page full..
satu lagi kau biarkan..

pen hitam ada?..
tuliskan ''saya ingin mencuri''
atau segala apa perbuatan buruk..
yang mana nampak lebih jelas?

aha...
kertas yang telah sedia hitam itu..
sikit pun takde beza..

macam bole perasan kalau nak buat jahat..sikit?

tapi..
ketas putih..
tulis sikit pun dah terkesan..
orang kebanyakan cakap..
SKEMA!..
buat itu x bole...ini x bole..
strict giler..




obat hati tau?..
cari Opick..tanye die..
apa itu ''Tombo ati ''

hehe~
cari kat youtube sure jumpe..
selamat mencuba~


===============================

bacalah quran dengan ''basah''

maksud aku..

macam ni..
kau baca buku fizik dan novel..
mana lagi feeling?

ha..
satu baca pakai akal semata2..
satu lagi penuh emosi..
baca dengan hati??..

oh?..mengapa basah?
andai kan kapas kering bersama tanah yang kering..
nescaya tiada sikit pun resapan warna..
andai kata dibasahkan kapas tu..
mungkin..
warna tanah tersebar diserap kapas..
tak gitu?

korang mesti tahu kan..
yang setiap ayat dalam al-quran tu untuk setiap umat Nabi Muhammad..
untuk setiap golongan..setiap lapis masyarakat..
tidak dapat tidak ayat tu mesti ada kene mengena dengan diri kita..

mukjizat merentasi masa...hebat bukan?
surat sayang dari Tuhan untuk setiap hambanya..

cuba setting pada minda sket..
yang stiap kali lepas baca quran..
''aku mahu dapat sesuatu!''
baca terjemahan...kaitkan kisah kau dengan ayat kau baru baca..

mudahnya..
kalau ia bermula dengan ''nak''
bilamana hambaNya berkehendak untuk mendekati Dia..
tidak sesekali Dia menghampakan..
*tidakkah kau yakin?..


-mari menjadi hamba~

Tuesday, February 9, 2010

sang pelakon!..


ah!!!...

buat ape nak selamatkan diorang..
kompem da x bole diselamatkan..
kalau dalam kes cancer..
stage 4 dah..
kritikal..
sangat-sangat kritikal..
chance untuk diselamatkan adalah rendah!!

sangat-sangat!!..


--------------------------------------

aku bukan aku..
diri aku yang macam-macam..
aku boleh jadi sesiapa..
sesiapa saja yang aku mahu..

kau..cuma nampak luaran..

kau tahu?
dunia ini pentas?
pentas lakonan watak-watak duniawi..
mempersembahkan pada Tuhan..
persembahan cara masing-masing..

*itu pun..kalau manusia sedar..
per-sembah-an itu untuk Tuhan..



CARA...

aku bukan aku?

kau tahu mengkarung?
yang boleh bertukar warna?
mengikut suasana keliling?..

ape tengok-tengok.. ade hutang?


dia menukar..
bukan tertukar..
konsep yang berbeza..

maknanya sengaja..atau terrrsengaja..
2 perkara yang berlainan..
samada diiringi niat atau tak..


----------------------------------------------


memilih jalan ini memerlukan aku untuk tenggelam bersama..
sama-sama hanyut..

i mean.. ''hanyut''..

untuk faham..
kenapa ini?
kenapa itu?

untuk aku berada dalam situasi mereka..
menilai dari kacamata mereka..
dan nampak..
nampak sepertimana mereka nampak..

dengan kata lain..
merosakkan diri..

eh..bukan rosak..
tapi ''rosak''

bagai robot hilang fungsi..pada Tuannya..




*konklusi: niat tak menghalalkan cara??...

soalan ini untuk kau nilai balik..fikir..

------------------------------------

satu kisah..

peristiwa semalam..


''kau nampak macam hepi..'' aku mula bicara..
bicara bajet tahu...

aku dan dia ada bahasa alien..


''maaacam hepi..'' bidas dia..

kadang-kadang..kita perlu nampak hepi untuk orang lain nampak hepi..
tak sume bole hepi dengan kite hepi tapi ada..

walaupun kite sakit.. sambung die lagi.

biar sakit qusyai..
biarpun sakit..

tiada apa melainkan tunduk setuju..


ah..tapi..

buat apa nak kasi orang hepi?..
lagikan aku sakit?..



hanya satu..
hanyasanya satu..

kerna Dia..

tugas seorang khalifah..
memakmurkan dunia..

dan..
jangan sempitkan pemikiran..
tentang maksud memakmurkan setakat itu sahaja..
luas..
amat luas..
sepertimana ibadah..
*bahkan bawah satu tajuk yang sama, mungkin?


--------------------------------

segala apa yang aku tulis..
ideology karut-marut aku..

aku pesan agar..
kau timbal-balik..
kalau mahu ikut..
buat contoh..


aku tak kata cara aku ni betul..
absolute betul..
mahupun salah..

yang aku tau..
aku mencoba..
sebaik aku..
kerja 'khalifah'..

sebab..
aku tahu siapa aku..
lebih kenal aku dari kamu-kamu...

dan..bagi kau juga sama..




andai kata andai..

kau nampak cara aku salah..
tegur..tegur dan tegur..
jangan jemu...aku pinta..

jangan jemu..
mungkin nanti aku bidas dengan sesuatu yang konkrit..

tegur saja..
kalau salah dimatamu..

tapi..siapa tahu nanti aku betul-betul hanyut?
maklumlah..
aku jua manusia..
manusia imannya yang bukan macam malaikat..
senantiasa sama..

yang penting..kau coba..

aku buat tugas aku..
dan kau buat tugas kau..
kita settle kan part yang kite kene buat..

supaya?..

kita mampu jawab soalan hari kelak..

*kau tahu hari kelak?..




-mahu bertugas lebih gigih-

Saturday, December 19, 2009

sesal..


kalau aku mati hari ni...




opss!!!...stop3...anda da sampai di penghujung jalan...*checkmate!!..





kalau hari ni aku dijemput dia..
si pencabut nyawa..

*'dijemput'?..ceh..sopan pula buat pelaku dosa macam aku..



tiada lagi hari esok untuk aku kutemu kau dan dia..
tiada lagi gelak tawa penghilang kebosanan..
tiada lagi update gossip2 terkini..



hilang lagi satu watak rosak dimuka bumi..
gantikan dengan satu kain putih..
baru..tiada corak...*bau kedai..



----------------------------------------------


apa perkara yang paling aku sesalkan?

esok exam...
hari ni tahu akan mati..



oh~
x perlu blajar..




itu kah?

*masih boleh melawakkan?...xpe2...teruskan gelak..x salah...




atau...

perkara yang aku sesalkan???
is there such thing??..
ke selama ni aku insan-tak-kesah-suma-perkara?


butakan keadaan sekeliling?
hiraukan..


ya..
kubur kita lain-lain...kan?



*****************



eh!!!..esok chelsea lawan man u la!!
jap2..x bole!!..aku kene tengok ni!!..


eh!!..kalau aku mati sekarang...
anak bini aku nak makan hape nanti?..


eh!!..ummie abi x nampak lagi aku bawakan pulang kejayaan aku dari tanah orang..



eh!!..aku takawen lagi!..
T.T
*x cukup lagi kumpul nikmat dunia??..



menangislah kau puas-puas..selagi ada masa...



isk isk..
aku mahu taubat dulu..
aku mahukan masa...
sedikit masa penangguhan pun jadilah..
me-maxsimum-kan masa aku dan Kau..
Yang Maha Pengampun..

*bila suda senja, masakan mahu panjang?...
ayuh..teruskan berlengah-lengah..



***************



jangan jadi insan-tak-kesah-suma-perkara..
tahulah kau orang atas sana..
orang yang stabil ekonomi (ibadah)..
*kononnya..

langsung tak kesah kami yang bawah-bawah ni..
langsung tak nak pandang jerit perih kami..
langsung tak nak dengar suara minta tolong kami..

wahai orang yang di atas..
tahulah kau di zon selamat..
tapi ingat..
kami mampu tarik kau ke bawah..
sampai neraka pun kami boleh..tahu?!
sebab kau terikat dengan tanggungjawab..
ya..tanggungjawab..

yes...kubur lain-lain..
tapi..tanggungjawab tetap tanggungjawab

untuk kau tanggung dan jawab disana kelak..
amanah kau..tugas diberikan..
untuk membimbing..
untuk menasihati..
untuk kau ingatkan kami..
kami yang lalai..leka lagi alpa..

iya kau..
kau selaku orang yang tahu..

aku dah cuba bantu sedaya aku..
mereka yang menolak uncounciously!..
masakan aku dapat menolong mereka yang tak mahu tolong diri sendiri?


sudah kau selitkan bersama2 doa kepada Dia?
Tuhan kepada segala hati?


*kalau tak..sebaik mungkinlah sangat..



----------------------------


maaf..
aku tak kena pada cara..

maaf aku menasihat dengan benci..

maaf andai tak berkesan..

maaf segala maaf aku ingin himpunkan..

dosa silam..
dosa sekarang..
dosa akan datang..
jangan pernah jemu memaafkan..



harapnya..kau...


menasihatilah dengan sayang..
sayang kerana Allah taala..
insyaAllah..
segala cara kalau bole kau buat selagi mampu..
bersungguh-sungguh!

bukan aku melarang benci..
benci itu biarlah bertempat..
bencilah perbuatan..
agar kau tak ulang perbuatan yang sama..

tapi sayangilah orang berkenaan..
si pelaku kesalahan..
jangan pernah sisihkan..
mana kedudukan mereka dalam masyarakat?..
pernah kau fikir?..





aduh..kau..wahai empunya tangan yang menulis...

INGAT!!!!!..




-warkah khas untuk diri-


Friday, December 11, 2009

pedulikan die...


biarkan tangan ini hanyut...lemas...atau bantu...kau pilih..






bantu aku....

tolong aku....

aku lemas....



pandu aku...

bimbing aku...

aku hanyut....


T.T



------------------------------




kenapa aku??..bukan dia?..bukan dia dan dia??.....



nah...

amek ni!...

capai tali ni!!!...



cepat lah!!...

aku hulurkan tangan...

bantu kau!..



PAP!!!!!!...



eh???...
kau tepis???..


kau tepis tangan aku??

tolak bantuan aku??..



jangan harap yang kedua!!..



kau yang pandu hidup kau!..
itu bahtera kau!..
kau yang pilih!..



sombong kau!..
ego kau!..
rasakan!..


--------------------------






da banyak da hati2 yang dijaga..
tapi hati aku???





oh..xpe2..
buat kerje ni mmg cmni..
ujian..

tapi smpai bile??
tak paham-paham pun diorang??



eh.. tak.. tak...Dia yang bagi paham..

ko tu buat je keje ..
usehe yang dilihat..
bukan hasil..

hasil tu hak Dia..
Dia yang kasi..
selayaknye dengan ape yang patut kau dapat..
rancangan Dia penuh hikmah..
percayalah..



**************************


ah!!!..
bosan!!..
mual!!!
naik muak aku dengar mende same..
ulang..ulang dan ulang..

bende sindiri bole pikir ah!!..
ape la bodo sangat!!...

MANUSIA pentingkan diri!!!


GRRR...!!



tahu sekadar tahu..
semua bole fikir..

tapi..
tahu sahaje tak pernah cukup..

serious...
tak pernah cukup...
tak mungkin cukup..
dan takkan cukup...



------------------------------------

aku nak berhenti berfikir bole??..
fikir-fikir bukan dapat jawapan pun..
tanye orang..sikit pun tak membantu..

malah..sakit hati..

baik aku berseronok..

seronok sekarang..
pedulikan diorang..
tak de la stress..

walaupun seronok tapi sengsara...
dari dibandingkan berfikir dan berfikir dan berfikir..
buntu..murung sorang-sorang..

baik berseronok..
ya...
kurangkan masa berfikir..
masa sendirian...

nak seronok!!..



at least aku dapat sesuatu....
sesuatu yang aku 'nampak'...
walaupun sengsara...

at least....





-----------------------------------





rupe-rupenye..
saje je die..
saje je die mintak kat aku...

supaya aku terbeban...
supaya die ade alasan nak salahkn orang..
salahkan aku yang tak membantu..
nak mencuba untuk tuding kesalahan..
tuding jari...





die juga seperti aku..
da muak..
da bosan..

asek nak salahkan diri je..

orang lain buat dek ..

abes masa terbuang..




tapi..
kalau aku pilih jalan macam die...
xde bezenye aku dan die...
aku tahu...

tahu sangat...
tapi...


AAAARRRRGGGHHHH!!!!.............


x adil!!!..
knapa dia bole tapi aku tak!!!...


KENAPA!!!!!.....





-ahhhh!!!..lantak kau lah!-



*****************************



aku keliru..
die keliru..

tapi die pilih aku...
salahkan aku..







*aku nak lepas tanggungjawab bole???




--------------------------------------




-percayalah-
bayaran yang kau dapat..
jauh lebih berbaloi..
jangan mengalah....


aku tak bole cakap lebih..




-aku kalah-


------------------------------------------



rujukan berfikir...



[riwayat Bukhari]


sabda Baginda yang bermaksud:

wahai manusia..
buatlah amalan yang setakat kamu mampu..
bahawasanya Allah..
tidak jemu sehingalah kamu berasa jemu..
dan sesungguhnya amalan yang PALING dikasihi Allah..

ialah amalan yang berkekalan..
WALAUPUN sedikit...