
belon-harapan makin pudar
x nampak kah?
katanya sudah penat..
bosan mungkin..
yang dibuat
yang dibakti
itu tak berbalas.
maka wajarlah berhenti katanya.
maka wajarlah untuk kurang ajar (dengan sengaja).
maka wajarlah kalau saja pada dia itu benar.
kerana suaranya paling lantang.
biarlah suara-suara kecil yang lain.
janji dia ada suara.dan suara dia berbunyi juga.
tapi...
macam mana mahu tentukan benar kalau menutup medan syura?
''aku fikir aku betul, maka aku lah betul!''
bukankah benar itu definisinya pada takrifan ilmu?
kerana aku telah bertemu dahulu puzzle ini maka aku menulis.
untuk kamu, agar kalau-kalau ada secebis solusi,
ia saham aku.
chop dulu!
chop!
=)
*****
walhal yang dihulurkan itu (mungkin saja) tidak siapa yang meminta pada tempat pertama.
tiada siapa mahu, bagaimana saja mungkin orang mahu menghargai?
sebab nilainya jasa itu tidak significant, tidak bernilai mengikut keperluan semasa.
banyak di dunia ni perkara yang kita fikir sepatutnya berlaku tapi x berlaku.
seperti halnya orang berbudi dibalasnya jasa.
tak setiap orang setiap masa ingat yang dia mesti membalas jasa.
sebab itu ertinya orang budiman.
tapi tanyakan kembali.
kenapa MESTI aku memberi?
kenapa PERLU aku memberi?
kenapa HARUS aku memberi?
untuk apa?
untuk apa?
=(
Allahu Allah..
jauhi aku dari rasa berjasa.
jauhi aku dari rasa ingin menerima sebaik sahaja memberi!
*khas buat kamu yang mahu terasa.aku menulis general oke?
pesan aku.kerja2 volunteer ni memang penat.
serious sangat-sangat penat.sebab pada mata kasar, memang tak berbaloi.
apatah lagi dengan jangkaan awal untuk peroleh itu ini yang dunia!
kalau buat untuk Dia yang KEKAL dan takkan hilang
sentiasa ADA dan menDENGAR!
maka sumber kekuatan itu terus mengalir non stop.sebabnya source itu limitless.
ya, limitless
oleh kerana aku yg menulis, maka aku lah paling layak untuk terasa segala bagai, faham?
*tiba-tiba ada ''kakak'' di seberang jalan angkat penumbuk, tanda amaran.
oh, bekengnyo!..
=.=''

