Showing posts with label moscow. Show all posts
Showing posts with label moscow. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

kiddo..



innocent itu universal approach
?


teehe!

saja berseloroh dengan kawan2..
hehe..
dengan orang lain x buatlah..



percaya x, kalau kita puji diri sndiri, nanti org lain x puji kita.
ha...terselamatlah sy daripada dipuji.

:P

ada satu kisah,tika di dapur umum, hostel Kuzmin, tahun lepas.
sy tengah memasak ayam..
ada lah sorang kawan ni, non muslim prmpuan.
tanya masak apa.sy katalah ''Ayam Masak Sedap''

terus dia buat muka mcm ni..

=.=''

aha~


tapi betul lah.sy yang cipta resepi tu.
jadi, selaku chef, sy patut bagi nama pada masakan sy.kan?
memandangkan bahan dari msia adalah terhad, harus cari sumber tempatan yakni disekitar tempat tinggal, sebab mudah cari.

ditanya sy rasa apa?
sy kata rasa ayam...haha

pastu bagi rasa sikit ja.
seeeeedap~!

hehe.takpe kan gini?
kalau rasa x mampu terima pujian, kita ''pusing'' sikit supaya x dapat pujian.
pujian kadang2 buat hidung tinggi tanbah panjang dan rasa awkward.
macam pinocchio.macam janggal.
tak tahu mcm mana nak sambut.

ada dengan membenarkan pujian pun, kadang2 dapat membatalkan hasrat untuk org memuji.
contoh mcm..

wah..knapa hensem sgt hari ni??

sy pun blakon ''hensem''..
pastu kata..aahh..hensem kann..

dan automatik orang tu akan buat gaya nak muntah..
haha..

kalau sy kata..''tak..mane de...''
lagi lah diorang nak usik.

jadi cara ni lagi efektif.kan?

=)

*sengih puas*
:)

Tuesday, April 19, 2011

mereka cermin saya =)

''mari bermuka-muka''
-peace-
(^^)~V



“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Islam dan iman adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”
[Umar al-Khattab]



setiap satu dari mereka (insan) punya perangai yg unik.
tersangatlah matang untuk diambil pengajaran juga sempadan.


*****

kau tahu?
dewasa kini, orang-orang kerap sengih-sengih depan komputer riba (masing-masing)
dunia sendiri, halaman rumah, tempat bertemu (berkumpul) makin sunyi sepi.
kerana lebih giat melakukan aktiviti masing-masing

disini pointnya masing-masing (tiga kali ulang dah ni, kalau x nampak stress juga tatau ah)

inner-self-sphere keep expanding eh org putih kata?
=p

suatu hari hening sepi
sepetang kami bersama teh dan kopi
datang satu makhluk pakar hack ID
facebook laman sesawang sosial nama diberi
*ewah pantun?

kau tahu? berkawan pun ada tahap atau level, sejauh mana dapat kita susahkan diri untuk dia (kawan)
diffrent level with different task atau ability.
misalannya, ada kenalan yg cukup hanya hai-hey!bye bey?
ada yg sampai ''bro pinjam seribu, pastu tolong belikan ayam,kobes kentang bawang keropok estrella dan segala yg menyusahkan, please.''
(trick-nya senyum innocent dan jangan lupa please)
terima kasih bila selesai.

different level are meant for different task.bila kamu dah buat tautan hati=)

ok.kembali kepada facebook tadi, ada orang menjadikan ia suatu yg besar, suatu yg even seorang kawan pun ''dont mess with me'' (my belonging etc) plus tunjuk penumbuk.

dan setiap orang itu ada stresspointnya yg lain-lain.
misalannya, kalau terpijak sejadah, langsunglah kene sound, lantaran didikan bapaknya dari kecil.
ada pula yg kalau melompat di rumah pun nak bising dek keterbiasaannya di rumah pangsanya dulu orang atas selalu main basket ball??
dan ada pula yg tak boleh mula memasak kalau-kalau dapurnya tika itu tidak kemas.
dan segala isu-isu sensitif terbina dari pengalaman dalam membesar.


eh, melalut dah, kembali kepada FB (facebook hacking) *senyum luas-luas (haha-evil)
jadi, untuk bercakap seseorang itu perlukan isu.dan inilah isunya.

''tak ada fasal, pegi cari fasal''

hacking pun kenalah ada rule, sure bukan ayat kebiasaan kegunaanya,
memang tujuannya untuk kantoi dan tidak memalukan.
misalannya, ada kawan mesti guna simbol ini (^^)V, atau cara ejaan ''hensem'' ke,
atau.. kamu mesti lebih arif bukan?
=)

oh ada kisah ni..
hehe..
ada sampai dikalangan ahli rumah kami punyalah geram pada ''si hacker'' dibuat pakatan.
sengaja seorang dibiarkan laptopnya on bersama facebook tidak log out seperti tertulis, ''hack lah sayeeeee...'' dan seorang lagi tugasnya mengumpan bersama rakaman video henset (mcm politk msia eh-budak2 lo ni pandai do`oh)

malangnya malang.hanya dapat ikan kecil.hehe (gelak puas hati)
orang lain yg terumpan.
time tu tengah jujur kott.kalau lihat balik video penuh, mmg gelak2 arr..

oh ya, selepas x jadi tu kan.ada ter ''bau'' sumthin-lah.
keluar bilik tiba-jadi sunyi.macam ada dua orang berbual tadi.
bila berlakon macam hendak ke tandas (tandas kami agak terlindung) lalu di katupkan pintu tapi jasad sebenarnya masih diluar tandas.

sok sek sok sekkkk!!

wah rancak berbincang cara nak tumpaskan hacker...hahaha (tiga harkat tanda puas hati betul!)

well~
(bangga x sudah kerja jahat ni)
=p

*****

ok, lagi-lagi rule kehidupan,
orang takkan beri apa yang kita tak beri.
eh macam penin pula.

kita, takkan buat sesuatu yg kita tak suka kepada orang lain, betul?
means, kalau kita suka orang buat kat kita (sedemikian) maka kita buat lah?

contoh, memuji?.. (sound so wrong~)
eh tak, puji bukan untuk dipuji balik tau, tapi bermanis mulut itukan sedekahh.
contoh sebenar adalah, bila pulang rumah, bawakan buah tangan untuk ahli-ahli rumah.
donut ke sbg contoh (disini-russia dipanggil ponchik)

belikan sesuatu lebih, sebagai hadiah itu dapat mengeratkan hubungan
(ini sgt2 pasti ada hadis melainkan bila ingat lafaz sebenar hadis itu akn ditulis)

dan memupuk agar tidak berkiralah sangat sesama kita.
bukankah ini tanda bersyukur?
rezeki yg kita dapat itu tidak hanya untuk diri sendiri, tapi untuk bersama.
dan orang bersyukur ni, akan ditambah nikmatnya kalau dia tahu.kan?

jadi, bersangatan lah tidak rugi, plus, win-win situation.

tapi, jangan pula dibenci kalau orang tak menerima pemberian,
jangan pula membenci pada yg kedekut sakan.

kalau x d terima, itu mungkin tanda niat atau sumber tidak betul?
*adalah menjadi kemestian untuk menyalahkan diri sendiri dan bersangka baik*

ada yg terpaksa mengikat perut, demi perancangan jangka masa panjang.
ada kawan oleh kerana nekad mahu mendirikan bahtera, kita patut faham.
dan dirinya xdapat lakukan sedemikian (belanja kawan) bersangatan.

tapi dalam kes sy, dia sangat mencuba.ada sekali dihadiahkan jeli-jeli bentuk binatang.
haha.comel je.orangnya pun comel.
mari doakan agar dia ''berjaya''
(sy menyarankan doa ke atasnya kerana beliau sgt berusaha)

kan saling mendoakan itu harmoni. bernasib baik, jika tanpa ketahuannya, malaikat pula doakan yg sama kembali buat si pendoa.

ha...kan cantik tu. =)


*****

remaja masakini sedia maklum rasanya apa itu ''sentap''
almaklum, dunia dihujung jari?
sentap itu satu kesenian sinis.=)

sekali kena, ouch! pedas.tapi nak lagi (haha?)

seperti kisahnya disini.
lambakan pinggan mangkuk di sinki.
biasalah, bermalas-malasan dan penangguhan itu dengan manusia amat sinonim walaupun kita tak wajar biasakan ia dengan kebiasaan.

tiap kali ke dapur aja pasti ada lambakan yg menyakitkan mata.
apalah salah tinggalkan komputer riba selesaikan hutang basuh dulu?
lima minit je kut??

tapi sabar, jangan luahkan.kita kasi sentap sikit. hehe
kita basuh, sambil betulkan niat.
kalau marah-marah pun, bukan dapat mengelokkan keadaan.
bahkan tambah keruh hubungan dua orang.ha kan?
niatkan sedekah dan sangka baik busy webcam dgn parents.
kan penting dan urgent tu!

nanti adalah yg ke dapur buat-buat cari,
''eh mana pinggan aku tadi?? la..kau basuh keeeee...baru nakk...''

hehe.xpe2 biase dah.kite memang ada orang gaji kat umah ni.
*fwhooopp..terus lesap terbakar pahala sedekah, wallahualam.

motif kisah?jangan mngungkit.buat hati sakit. (???)

=)

*****


ada perkara, yg kita pernah buat pada mereka, dibalasnya sama.
Allahu..puasnya..

memanglah suatu itu diperlakukan mesti ikhlas.tiada ubah dengan pujian atau kejian.
tapi kan manis begini?
orang berbudi mengenang budi.budi budi budi meramaikan orang budiman.dunia jadi aman.
satu hari lebih baik untuk hidup keesokan harinya.


kaaannnn~?


*****


*tidaklah hanya dalam gambar (atas) itu kawan saya, cuma mereka ada bilamana saya dan kamera bersama.kebanyakannya adalah ahli rumah saya, jadi munasabah lah kan?jangan jeles2 ok?

sebab motif post ini pun nak bagi kamu jeles. (haha~)
semangat buat kawan.
jangan cari lawan.

networking itu penting.

sekian.

****

nah hadiah untuk kamu, lagu best!

Wednesday, October 6, 2010

kasih 'cuitan' Dia..=)

65 again!?


astaghfirullah x3 ...



terdiam kaku....
dia teringat dosa pagi tadi...

Allah...

=(

hampenye...
lesu..

3rd try!




*click2!*

dalam hati seiring dgn bismillahi tawakkaltu `alallah!


*click2!*

Allah..soalan ni...
baru baca tadi...

.....


''kalau aku lepas..aku bernazar puasa sehari..''


*click2!*


last question..

last click for d day..please..


85!!!

alhamdulillah!!



heart beat=back to normal after rapid increase..
GIT motility back to normal..
all glands begin funtioning *normally..
fight & flight mechanism stops
selawat dan istighfar makin lama makin surut..

di ganti hamdalah...

Allahu...


******


berjalan pulang..
memandang langit dan berkata..

tanpa ihsanNya..

betapa aku takkan berjaya,
biar aku sumbangkan 100% kudrat tenaga,
aku lah hamba..
dan kan tetap hamba..
makhluk y diciptaNya


berbeza dengan Sang Pencipta..
Dialah berkehendak..
Dialah mampu merialisasikan apa-apa dengan kudratNya..


itulah..
aku lupa...aku ada Tuhan..
dan Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Pemurah..
memberi tanpa sikitpun kurang akan kekayaan kerajaanNya


******


p/s: semakin menyedari (yakin) y dalam hidup ini..
tiada reverse button..tiada pause..
y ada hanya cuma play dan fast forward (kalau lalai)..

jatuh-jatuh x boleh lama..
kan aku pernah cakap 24jam bukan solid aku punya?
belajar-belajar memaafkan diri..

kawan-kawan lain dah mula ''cycle''

hey yaperdaaaaa~
(bukan tamil tp advance malay kot~)

haha..

=)


tambahan: setiap kali wudhu..
alirkan air dan doakan..
agar anggota ini d bersihkan jua karat2 dosa..
gugurnya sperti daun2 luruh..

hu~
moga2 tangan2 y 'bersih' ini kan bisa di pimpin tangan Baginda salallahu alaihi wassalam yang mulia..
meniti titian sirat..

juga doakan tika basuh kaki..
agar kekal, menetap atas titian..tegar..tidak goyah2..


Sunday, May 30, 2010

notis ringkas..

ehem~!

eh..bismillah..

[sedang bertapa dalam gua sunyi]


maaf kelambatan respon pada ym fb dan blog..

beta masih bertapa menuntut ilmu..


menggulung rumusan silibus setahun~


*ber-uzlah sebentar ja..

ala..rindu2 bese la tu~


>.<''

huk3


-be rite back-
insyaAllah..

******

harapan: doa2kan saudara2mu disini juga..hari final juga menandakan hari cuti makin dekat..petanda gembira jugalah..jangan 'repeat paper' sudah..huhu

doakan juga buat skuad misi konvoi lifeline4gaza!


sungguh..belajar sambil on9 itu tidak macho~

Sunday, May 9, 2010

sebiru hari ini..


kenangan terindah..





sebiru hari ini..
indah-indah saja..

salam ukhwah salam permulaan
salam erat-genggam juga perpisahan..

sebiru hari ini..
walau seribu halangan-rintangan..
seribu juga yang datang..
atas satu syahadah

kebersamaan kami yang satu..
insyaAllah..



sebiru hari ini..
''oh kasut ini tapaknya haus..pengembara mungkin?''
''kasut ini agak trendy dan brandy..orang kaya-kaya kita?''
''kasut ini..kemas!..tiada rumput..mungkin orang yang mengikut undang-undang..''

kreatif..aku suka!..
sesi ta`aruf yang unik..

meski kenal sekejap itu nama..
akan pasti muka-muka ini dirakam jelas dalam kotak memori..




sebiru hari ini..
main kejar-kejar cuma..
biarlah kebudak-budakan..
kami cuma mesra-mesra saja..

riang ceria cara bersama kami..











sebiru hari ini..
mungkin acara kemuncak itu makan-makan dan makan..
tapi kami kongsi-kongsi hepi aja..
cukup tapi sikit bukan lebih..

asalkan habis..bukankah itu berkat?



oh yea..
sebiru hari ini..
senior-senior mengimbau sejarah lepas..
sedikit sebanyak perdebatan persoalan jiwaku mereka kupas..
yang mana aku kusut nak jawab..

jawapan mudah dari mereka..
percaya sama Tuhan..
Yakin 100% dengan Tuhan..SOLID!
you`re not ALONE!..

=)
aku senyum-senyum kambing saja..




iya..
sebiru hari ini..

terima kasih kenalan-taulan..
bukankah kita macam telah lama kenal?
selamat jalan teman..
teruskan berjuang-thabat!

moga masih ada selepas ini pertemuan..
indah-indah saja harapnya lagi..
moga makin erat genggam ukhwah..

tiada bye-bye
tiada selamat tinggal
tiada sayonara
yang cuma ada..''be rite back''

walau TERpisah..itukan sementara?


ayuh! pengang tanganku kita jumpa di 'sana'


-sungguh, aku cinta kamu-kamu-

*****

notakaki: definisi cinta : kasihsayang sesama insan membawa ke syurga
meski x sampai sehari sudah rindu-macam..

keterangan kepada keterangan..

er..takut sbnannya tulis macam ni dan ini..
takut ada yang tapaham..

risiko yang available ialah..

=digelar emotional (pressure sekeliling)..
gangguan study--->dihantar pulang tanpa sijil ijazah


*sedangkan laki sepatutnya rasional..(dato fadzillah kamsah)..


seperti yang semua sedia maklum..
rangka asas post kali ni ialah mengenai marah dan contoh2 situasi penyebab marah..

tapi..
ia juga berkenaan seorang perfectionist yang sangat detail menjalani kehidupan seharian..

juga dengan bertambahnya ilmu boleh bertambahnya iman (keyakinan) terhadap agama ini.

last but not least..almost everyone have an evil-potential kan?
samada mana yang mana lebih dominan..let face d fact.
jadi x peliklah kalau orang macam-baik buat ''salah'' kan?

*macam mana boleh timbul idea ni?..sebab kebelakangan ini ramai saja orang2 awam mengutuk para ulama yang bertingkatan ilmu lebih jauh dari mereka..-mufti kecil-


segala cara penyampaian emosi adalah satu bentuk permasalahan yang mana kadang-kadang pembaca ada solusi yang lebih unik..
di situ susasana saya cuba wujudkan..

''rasa ingin berkongsi..''

tapi..sejauh mana kita rancang..Dia punya perancangan of coz better..agree?


konsep seperti ''law of fikrah''..
yang mana mereka sealiran akan kekal sealiran
means..yang berfikiran sama akan tertarik dgn daya fikir y sama..
sekepala-sekepala la kalau senang cakap..
dan dgn menulis macam ni..

ada certain golongan saya lost..dan ada certain yang saya gain..

ini saya gamble..
outcome/result masih x stabil memandangkan x ramai yang ambil bahagian..
oh tak tak..salah saya..
*ish..jangan letakkan kesalahan pada orang lain..


ini blog x nampak macam-islamic
sebab tu disertakan link-link berkaitan disebelah..
''inspirasi mungkin''
page-page itu ada link-link yang best2 lagi padat dengan dalil naqli dan dalil aqli..
akan ditambah dari semasa ke semasa..
saya cuma orang perantara mengolah sumber pertama kepada lebih santai..
mesra pengguna mungkin?
sekadar mencuba..

product yang ''baik'' tak perlu diiklankan pun kalau betul-betul baik..
ia akan tersebar sendiri..

percaya?

*pusing punya pusing tulis..x lebih dari studnt life yang bakal kita miss nanti..kan?

normal..

=)

*ops..bersaya-saya pula sedangkan dengan Tuhan aku-Kau
(post khas balas komen Uncle Joe..baru kenal + hormat cara manusia-manusia)


*****



notakaki: bila baca sila abaikan segala hukum bahasa dan tatabahasa..amat-amat takut kalau ada cikgu BM & cikgu BI yang baca..huhu..*saya bukan orang bahasa!

Saturday, May 1, 2010

terima kasih tribulasi..


hari ini hari yang tidak produktif..
habuk tadapat..

=p

eh betul ke?..


*****

weh mat..sok free x?

er..awat nya?..

ade nak kemas-kemas dewan embassy untuk solat hajat ahad nanti..dalam pukul 4..ok x?

*alamak..daurah pukul 3 di kahov*

ajaklah sape-sape lagi..

hurm~

sape lg ko ajak?..

.....


*****

pukul 4 ye..gerak dalam pukul 2.30pm ok kut..
smpai 30 min awal sket..
eh..standard org datang lewat-lewat..bese ah..janji melayu..
xpe2..bole jalan-jalan jap kat kiev kompleks

tepat jam4
adeh..
mane bas ni..
berjanggut jugak tunggu ni..

''sevodnya tralley bus ii abtobus nyet''
*bas2 tade harini..

aduyai..awat x habaq esok ja makcik..
xpe2..at least beritau..

maka mencari lah marsyrut (van macam rapid kl function-nya)
ala..no brape la pulak pegi ke embassy malaysia..

ha..salam bro..tau dak marsyrut ke sane no bape..
sory2..ana pn tatau..cube cari yang pergi moflimovskii ulitsa..

oh...ok2..thx!

satu hal pulak lah kene cari nombo..
patut naik bas..dah ade pass bulanan..
ni kne baya extra ah ni..

*patut patah balik kuzmin(hostel) rehat2 tido blaja biochem dah..aih~

xpe2..
ingat kenapa tujuan kemari..

dapat naik bas secara rambang

fuh~
seb bek betul lah route marsyrut ni ..

eh eh..buat u turn pulak..stop!!!..

adeh~
separuh track nek bas separuh lagi jalan kaki..


lagi beberapa tapak nak sampai embassy..

eh eh..korang nak kemana?..
balik dah?


betapa.....

=.=''

******


antara daurah (program pengisian) dan mengemas embassy..
satu untuk topup iman (directly) satu untuk bantu kawan (indirectly iman jgk lah)
memandangkan dah ada wakil pergi..
kita isilah kekosongan..
*buat pemilihan terbaik yang ada..

orang meminta tolong..
dan kena pula time tu x ramai y free..
kalau dalam pemilihan aku meletakkan benefit kepada aku yang teratas..
sudah pasti aku pilih daurah..
*lagi-lagi tengah kemarau iman ni..

tapi..
solat hajat hari ahad..
kalau tergendala..
melibatkan lagi ramai muslim..
abaikan aku untuk mereka..


last-last..
dua-dua x dapat..
ha..macam mana tu?

sangat-sangat down..


*****


sorry doh..aku susahkan kau..
dah lah dari kuzmin (hostel paling jauh + mahal)
sampai2 habis dah..daurah pun burn..

*xpe2 biase dah~

=p




aku yakin yang dinilai itu usaha nekad..
bertegas segala result milik Allah mutlak..
insyaAllah..

*adakah aku berjaya ujian kali ni?



''shout whenever & i`ll be there''



seboleh-bolehnya hadir aku untuk meringankan beban..
andai mengeluh..tersejatlah segala korban..
harapnya mehnah (ujian) ini pembersih dosa-dosa lalu..


******


notakaki: ingin skali aku tahu..adakah seharian aku membazir?..dan apa kau dapat?kan sepatutnya aku belajar?

Saturday, April 10, 2010

lari (ii)


[dengan nama Allah] berkali2 ingat kan diri..

ehem..

kesian pada pembaca..
bila aku mula post macam tu..
ntah kenapa kebelakangan ini macam putus 2-3 fius..
sekali skala tukar selera..

*jiwa yang semakin sastera merosakkan bahasa..

hehe

menulis sampai terkeluar-keluar perkataan dari screen nih..

ia luahan yang bukan untuk pemahaman?
mungkin..
tapi x naklah begitu

sellfish..

meskipun sudah terang2 ini blog aku..*tapi Dia yang bagi..
tapi harus tahu pembacanya macammana pula??

*aku menulis bukan kerna nama~ ini lirik lagu ye..

ok..
kembali kepada tajuk..
ia berkenaan dengan post lari..

overall ia adalah berkenaan dengan lari..
lari apa??

lari daripada masalah..

memang..
ingin dan mahu..
kalau boleh ditinggalkan saja masalah ni..
letak kat suatu tempat yang takkan nampak dah..
dan lari laju2 meninggalkan..
xyah beban kepala nk pikir itu ini..

fuh~
bestnye dapat buat camtu..

berlari..
kenapa kena laju2?
nak tinggalkan cepat2..x tahan dah..

fakta satu..
tahukah kamu..jika kamu mencapai kelajuan melebihi masa..
kamu dapat kembali ke zaman silam?
*teori mesin masa..

oleh itu..dapatlah kamu berjumpa dengan mereka yang percaya bahawa manusia berasal dari beruk!..
kawan rapat mungkin..
lebih bertuah kalau dapat jumpe si pemberi teori..


oh..
berkenaan dengan kenapa Saleh
Saleh satu watak daripada perkataan ''mat saleh''
boleh terjemah perkataan masa kepada time

dia tahu..tapi masih melakukan..
sebab tu aku kata die mereng sket..

tahu mustahil berlari lebih laju dari cahaya..
itu limit manusia..
tahu ada masalah..setelkan lah!
ini tidak..buat sesuatu yang x menyelesaikan masalah langsung..

still buat jugakk..
kerana apa??
kerana DIA MAHU!
kerana kemahuan..
biarlah nampak pathetic mane pun..
dia tetap mahu..

itulah manusia..
masalah disini x selesai lagi..
ingin cari ruangan yang lain pula..

laut sini jingga sudah..keruh..
sana segar!..moh p sane!!

langsung meninggalkan najis..
perbuatan tangan sendiri..

itu lah aku cakap (tulis)..
itu fake-lah..tengok kaki pun tahu..

kebolehan kaki yang terbatas..
sudah terang lagikan bersuluh..mengapa mahu se-pathetic sedemikian?

kesian...


ok lah..
x mau ambil cerita orang lain..
cerita aku senang..

kat sini ada kelas bahasa..
kelas ruski (russian language)
ada sebilangan student malas yang amat mahu pergi..
tambah2 lagi guru2 nye yang ''baik2''

timbul satu suara..
ah!!...buat apa pergi??
aku x dapat pape pun??..
die cakap completely russian..satu habuk pun x paham!
baik aku duduk lepak bilik je!

buat biochem pun lagi elok!!..



see..
itu satu situasi..
mungkin aku yang dulu..
insyaAllah..mahu berubah..

tapi..
x menyelesaikan masalah..
memang tak boleh tukar sistem pendidikan..
kita tahu tahap mana kuasa student..
mengubah guru apatah lagi..

ke kelas bahasa pn malas2..
ni nak berkomunikasi dengan guru suruh mintak tukar..

dah lah tak pergi kelas
belajar subjek lain..
*itu pun kalau blja..kalau x?..x lebih daripada mengkhianati diri sendiri bukan?

abestu..bahasa komunikasi di negara orang takat tu je la..
tiada solusi..
duduk di bilik buat sesuatu yang x menyelesaikan masalah..
akhir skali..
bila mahu berurusan dengan orang tempatan..kekok2 lah amat..
menyusahkan kawan lagi..
jadi translator paksa-rela..
*tak malu!!..busuk punye perangai!..

susahkan diri dan susahkan orang lain..
double trouble maker..
tahniah..

untuk kamu (diri) yang amat pathetic..

sekian saja contoh yang bertubi2 headshot diri sendiri..



dosa2 semalam kian memeluk erat..
sukar hendak maju masa hadapan..
sesak..susah bergerak
habis ditenggelam silam..

elok juga padam
*aku perlu mula belajar memaafkan diri..


notakaki: kenapa aku rasa macam..x best pulak menerangkan..hilang kualiti ''seni'' pada sajak tu mungkin..lagi indah kalau dibiarkan misteri..aish!!!..jangan sellfish!..

Thursday, April 8, 2010

lari!!!..

aku nak lari!
lari lagi laju dari cahaya!!!

eh eh!!..
x cukup laju?

ok!
laju pecut mendahului masa!..

deraas!!...deras lagi!!

lagi!!

sampai nanti aku berjumpa semula dengan jelmaan beruk..
kawan rapat manusia..

*eh..nanti anjin kucin dan kumang-kumang mahu letak mana??



palsu..
sepalsu seiring masa...
atau time kata Saleh..
dia tahu..cuma mereng sket..


tapi laut ini jingga..
sana hijau biru segar!
bersama2 alga merah..aku mahu!

tapi laut jingga?

tak kira!

aku mahu jugak!!!


notakaki: itu fake-lah!..tengok kaki pun tahu..

Wednesday, March 17, 2010

laut awan dan tanah bumi



cantik awan berganding bahu dengan cahaya..
milik mentari..taaapi...



laut dan awan..
dapat dipisahkan?
tentunya tidak..

awan bukan sebarang awan tahu?
awan yang sungguh supportive

akrab sangat2 kata orang..

melalui proses kondensasi semulajadi
laut ingin berbakti pada tanah bumi
hujan awan perantara..

kian lama proses adat berlaku
ada kepincangan
awan curi tulang..
x menjadi sepatutnya dirancang

mungkin termakan hati dengan kata2 makhluk bumi..
''alaaaaaaaa...hujan~ ''

dihisapnya laut kekeringan..
*lagak vampire kehausan merah!

disimpan buat stock masa hadapan
berlangsungan kemarau nampaknya..
menghukum hidupan hijau terlibat..

mungkin juga..
awan x mendengar makhluk berzikir kata..
''hujan itu rahmat Allah..''

mungkin..

sekarang?..
berbelah bahagilah si laut..
kian memberi..
harus jugalah jaga bakti pada hidupan marine
pelihara rantaian makanan bumi

terus memberi bukan lagi usaha gigih..
bukan lagi prihatin..
tapi kebodohan..

tinggalkan saja awan sellfish..
yang hanya tahu menerima..
banyak lagi awan setia..


[berhati-hati!] suram2 pandangan awan mendung..meniti persahabatan rapuh



laut berfikir lagi..

tak..pastinya ada jalan lain..
naif sungguh..
degil!

berfikir dalam berfikir..
x bole lama..
masa berjalan tetap..
24jam cuma..

lalu ombak-ombak kegusaran berkumandang jelas..
tak dapat disembunyikan lagi..

datanglah si awan prihatin menanya khabar..

''sehat?''

''ok je..''

mudah saja mematikan dialog bajet kasihan..


encik awan..kalau betul ada negara kayangan..sudi2kan tunjuk pada saya..




dimana silapnya?
harus dipotong saja diplomasi antara dua??

padahal nanti sungai akan alirkan semula pada laut..
kalau la awan faham..
betapa kitaran itu harmoni..



makanya...
tinggal lah laut..
asing dari tujuh lautan..



dia yang ber-laut jingga



--------------------------------jatuh bangun laut jingga-----------------------------



notakaki: awan komulonimbus telah melarikan diri meninggalkan koloni2 awan..



ceria awan cantik comel..
bilakah akan ketemu lagi?
sungguh rindu~




******


bila hati ini menghadap Tuhan
baruku sedar ada kelemahan..


terasa kerdil berbanding yang Esa
terharu terfikir betapa agungnya Tuhan..


hamba hanya mampu sujud..



T.T
*isk isk isk..


Saturday, March 13, 2010

buat je bilamana perlu..



ha!..kan aku dah cakap..x sume orang bole pegi jaulah!!..

-end-

*ceh bajet je..



perihal aku mengenai berjalan sakan (holiday trip)

fenomena biasa buat pelajar-pelajar oversea..
contoh terdekat..persekitaran aku..

bila ada jodoh dengan winter break bertemu
ada-ada saja planning nak klua jenjalan sana sini..

bosan mungkin..
(cuti 2 minggu lebih kot~)
*bukan ke jadi student medic ni banyak je keje nak buat??..

poket berkepuk mungkin~
*duit rakyat..alahai~


apa-apa pun..aku terlibat sama..

=.=''

********

penggunaan star untuk membahagi bab macam menarik?..*abaikan




sesungguhnya..
aku malas mau klua jenjalan ikut diorang (sesape je la)..


oh..malas-semalas-2-nya..
sebab?..

aktiviti aku tengok diorang buat same je..
tangkap gamba berlatarbelakangkan itu ini..
*bole edit kot gamba..

yang paling tak bole bla..
tangkap gamba dengan patung..

*patung pun bangge ade orang nak tangkap gamba dengan die..
tapi di hari akhirat die diseksa..


kalau diikutkan..
aku lagi rela tengok di youtube/national geografi/*apa-apa media massa..
*ye..aku tau..kolot~ terima kasih..


sebab?

mari bertanya kepada peminat2 bola sepak..
mana lagi jelas permandangan ketika melihat?
tengok dekat stadium bola yang hanya bole lihat satu sudut ke..
atau tengok di TV yang memaparkan macam2 sudut sepakan bola..

*lebih kurang gitu la..

meskipun tahu..
media massa ni hanya tayangkan ''good side'' je...
*kebanyakannye macam tu kan?..



sekali lagi..aku lebih sokong youtube..
*hyperbola sungguh..


tapi..
andai kata dengan berjalan itu..
ada possibility untuk dapat manfaat 100% macam jaulah..
of coz + insyaAllah..aku mau join!!

bile da manfaat ni (reason yang cukup kuat)..
macam2 sanggup buat kan?

tapi tu lah..
tak sume bende kite bole decide atas ape yang kite nak..

ada 2 perkara aku kene pilih..

-menjaga diri..(sellfish?)
-menjaga orang lain..(untuk tidak disalahkan?)



ala...jaulah ramai da orang pergi..
ramai sudah wakil kau..
nanti bole la tanye2kan atau minta mereka yang sertai kongsikan pengalaman..
*walaupun cara pencerita/moderator program memberi pengisian x sama..but still..

kalau sume orang yang ''baik'' ni pergi jaulah..
siapa wakil nak jaga mereka yang enggan/segan/x terbuka hati/dll nak pergi jaulah?
....


''ala...saye bukan baik sangat..nak isi ilmu di dada lagi...seyes..die lagi baik...''

debiisssshsshhh!!!!!! aku kasi...

ini soalnya tanggungjawab..
andai kata andai tak klua option ini dalam minda..
atau apa2 yang seangkatan..
aku kira..kau x bersedia..
*plan Allah kan..kite ape tau?..

=)



well..
feel free to fill in the blank - yourself..

unsolved equation..

even tak boleh nak tambahkan perkara2 positif..
reduce-kan perkara2 negative pun cukup lah...kan?

*to act natural..kinda hard~
but..glad to say..hampir success!



akhirnya..
terpaksa keluar kepompong moscow..
berjalan meninggalkan zon selesa aku..


walaupun berat tapi mengingatkan dalil..
''bertebaranlah kamu di bumi Allah mencari ibrah''

insyaAllah..nak jadi orang beriman mestilah percaya sepenuh hati kan?..
*ya..meskipun berat..



juga..
aku mahu lihat proses tumbesaran kawan2 aku..
yup!..di depan mata..
*stalker??..


memerhati tanpa sedar~

-----------------------------------------


''ek eleee... keco je mamat ni nak cite itu ini..
diam2 suda la..''

[mok cik membebel] bla bla bla...
*nasihat sayang kot~


ok..
kenapa disibuk2 bercerita/beri penerangan..
atas beberapa faktor..

1) sebagai pencerahan..
2) kalau ada pengajaran untuk kau jadikan contoh..*mind the word ''kalau''
3) strategi akan sesuatu hal (jangka masa panjang)..*hehe..ini abaikan..
4) diari aku bila tua nyanyuk..*da nyanyuk nanti agak2 bole faham x?

erm..
x perlu lah list-kan macam2..
macam mahukan jaminan tutup mulut orang pulak..
*hak kebebasan bersuara??..

smestinya sedar akan post ini mempengaruhi sekeliling..kene berani amek risiko..
we focus more on risk sampai x nampak benefit..
*well..tade perkara yang absolute betul dan salah kan?

insyaAllah..
moga2 apa yang dibuat ini diredhai..



*abes la pasni xde orag nak ajak aku jenjalan da~

=)

-sungguh...aku sayang korang-




-----------------------------------------

notakaki 1: sekarang sepatutnya belajar biochem memandangkan isnin exam..tapi..
..(angkat bahu)...

doakan ye~

notakaki 2: korang jangan mara ek~

notakaki 3: post pasal trip ke UK akan disambung.. *baru tenang..huhu~

kamus dewan: jaulah tu menatang ape??
=program pengisian santai yang best!...

*masih mencari2 lagi maksud yang bersesuaian..
ada cadangn..sila beri..terimakasih..