ceritera sekolah kehidupan aku.. pengalaman bukan untuk dilupakan..tapi untuk dijadikan pengajaran..
Monday, October 14, 2013
judge
selagi ada mata, selagi itu orang akan judge,kan?
satu perbuatan salah tidak menilai perbuatan betul seseorang.
satu perbuatan betul tidak menilai perbuatan salah seseorang.
betulkan yg betul.salah tetap salah.
*tapi..kita ukur dengan kayu ukur apa?
Tuesday, October 1, 2013
seperca
seperca hati yang kita saling kedekutkan lantaran luka-luka silam,
itulah yang menguburkan kasih sayang semaian orang-orang tua kita.
dan berpakaian pudarlah kita..
hilang dari pandangan orang yang pernah kita sayang
atau orang yang kita pernah akui sayang...
*tahukah kau, tahukah aku..ini kerana kita sama-sama jauh dari empunya kasih, ar Rahim! ar Rahim!
sangat jauh....
dan jauh itu tak mesti jarak.
dan ketahuilah..kenapa aku cuba selawat. walau secebis, walau dibibir.
adalah tuk menyuburkan..
yang telah layu. yang dulunya kayu!
(kerna Bagindalah dipinjamkan namaNya, ar Raouf ar Rahim!)
amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)