Sunday, April 29, 2012

al Fatihah



al Fatihah

ku hadiahkan buat al Habib, al Mustofa SAW.
kepada keluarga Baginda, seluruhnya
kepada para Sohabat
pengikut dan pembawa metodnya
kepada yang Baginda sangat kasihi
dan kepada yang mengasihi Baginda
kepada para Imam,para walinya, Muhaddithin, alim `ulama

al Fatihah, buat Syeikhuna
Syeikh Muhammad Fuad Kamulidin al Maliki.
dan Abuya as Sayyid Muhammad Alawi al Maliki
kerajaan asSofa
anak muridnya, kaum keluarganya

Buat Abi,
buat Ummi
dan kedua ibu susuanku, ummu Afzan dan Ummu Sofiah sekeluarga
adik beradik kecintaan termasuk susuan

para Guru dan rakan taulan
dan ummat islam amnya.


semoga dengan al Fatihah ini,
kami dikurnia gembira, hati girang, tenang yang hakiki.
semoga hati kami dibersihkan dari bintik-bintik hitam, noda kedosaan.
semoga Yang Maha Pengasih memandang kami dengan pandangan kasih
semoga dengannya segala urusan  kami dipermudahkan
semoga rezeki kami dimurahkan.
semoga dengannya diangkat bala

semoga kami dibangkitkan bersama-sama.
bersama dihulur dan minum telaga Houdh.
dihimpun bersama dibawah Panji-panji yg dipuji
liwa`ul Hamd!

amin, amin.
perkenankanlah...


****

Allah..
rindu sangat mahu pulang.
kerinduan ini terubat mesti saja dengan pertemuan.
semoga sempat bertemu, dibulan mulia.

Allamhumma balighna romadhon...

amin...


tak sabarnya, mahu kembali membaja hati!

:")

entahnya..


entahnya..

agamanya tak lebih hanya sebuah ritual
sedikitpun tidak membaja spiritual

ironi sungguh,
bila bermaksiat, sangat memberi kesan (pada hati dan diri)
bila beramal, tak pula sebaliknya?

agaknya, bila buat dosa itu, dilakukan sepenuh hati?
dan dengan segenap keinginan 



*segala dakwa dakwi itu tanpa bukti,
segala peri-kata yg mesti dilaksanakan...

Allah..takkah kita takut? celaan atas setiap yang kita suruh tapi tak buat.
celaan yang merendahkan, menghinakan.

T.T

Sunday, April 22, 2012

dilema

-dilema-

dalam pada masa yang sama, beberapa kali soalan ini menjengah..

apakah benar kemahuan ini selari dengan keperluan hidup?

jadi, minta petunjuk itu menjadi kemestian.



boleh jadi, tatkala aku mengejar sesuatu yang besar, aku terlepas pandang menyusun batu-bata yang lebih asas.unit kecil yang membina dasar utuhnya suatu binaan.suatu perancangan.

dan kerana, akhir tiap sesuatu itu yang kita cari adalah kegembiraan. sepertimana yang dihuraikan Syeikh Hamza Yusuf, testimoninya perihal Imam al-Ghazali.

*betapa, aku ingin mendalami ihya ulumuddin*

ihya` itu sendiri maknanya hidup.aku ingin lebih hidup!punyai hati yang hidup!


Friday, April 20, 2012

rancangan 2



nafas terasa makin pendek,
sedikit-sedikit dan sentiasa tak cukup!
paksakan juga tarik dalam-dalam

*inhale panjaaaannng........kemudian lepas*

bagai bernafas dalam udara yang lelah,
keletihan.



aku Islam. tapi Islam bersifat memuliakan. maka apakah aku tika ini dimuliakan?
melihat kedudukan aku di zaman ini, di tempat ini, jawapan sangat condong kepada TAK.
maka apa silapnya?di mana?

islam aku bagaimana?bahkan islam aku tak bercahaya menerangi sekitarnya.sekelilingnya.
seolah, takda pun cahaya asalnya. atau mungkin yg tersebar adalah bau busuk.dosa-dosa yg mempengaruhi.


jadi dalam kesingkatan waktu seharian yg diperuntukkan Tuhan, yakni 24jam
aku rasa aku boleh peroleh lebih lagi manfaat berbanding sebelumnya dengan memaksimakan tenaga muda. sekarang ini aku ada usia muda.ya.muda.sangat bertenaga.
jadi aku ingin laburkan.aku mahu buat sesuatu.

terutama perkara yg memajukan diri

sekarang ini aku dalam cycle mudah.punya banyak masa.kelas separuh hari sudah selesai.
maka ada baki petang dan malam.sangat panjang.jadi perlu diisi.
kita kan tahu, masa selalu berjalan(berlari lebih tepat), dan takkan berhenti.

jadi, ia adalah suatu bentuk harta yang tidak dapat tidak, mesti dibelanjakan.
dan jenis berbelanja pula bergantung kepada hasil.untung atau tidak (rugi)?
kalau untung, mestilah bermanfaat.

salah satu perkara yg aku ingin penuhkan diri ialah dengan membaca.
aku dapati, aku gemar baca orang.terutama orang yg membaca.dunia mereka sangat menarik
jadi apalah kiranya kalau aku pula jadi orang yg membaca.
biar aku pula jadi sumber sekunder (selepas primer)
lebih dekat pada sumber lebih kurang isi yg diubah suai.kan?

pernah main permainan telefon rosak?
dalam satu barisan panjang. seorang fasilitator akan berikan suatu kisah pada orang yg dihadapan barisan secara bisik.mestilah orang dibelakang tak tahu.kemudian cerita di-pass-kan kebelakang sampai akhir.dan orang terakhir akan menjeritkan cerita tadi.lihatlah berapa banyak pengubahsuaian yg berlaku.

jadi, perkara yg sama dalam hal ini.aku ingin terus mencapai sumber primer.

seorang Syeikh pernah bangkitkan satu perkara maksudnya lebih kurang begini:
teks book turun temurun makin dipermudahkan.setiap generasi memberi rumusan.
generasi atas akan simplify content sesuatu bahan spt buku untuk generasi bawah.
sampai ke yang akhirnya, pengisiannya seperti nestum.untuk para bayi.


dalam menjadi orang yg membaca.mestilah ada bahan bacaan
salah satu cabaran menjadi pembaca tegar ialah bahan.mana nak cari?kewangan?
jadi dari situlah timbulnya perancangan library online ni

aku sering juga melawat tempat-tempat kediaman kawan, di hostel dan apartment. ramai ja ada bahan baca yang bagus.cuma itu dalam lingkungan sfera aku ja.
mana tahu kot-kot yang luar-luar lagi ada bahan yg best.maka perkara ini di umumkan.
mesti saja ada bahan yg kita mahu tapi tak jumpa.mesti stress kan?
jadi munasabah untuk diumumkan kepada umum

memandangkan social status aku takdalah tahap selebriti, jadi aku tak mengharap mana.
cuma pada aku, ini sebagai membuka peluang kepada sesuatu yg besar.

ya mudah-mudahan.

siapa belum baca sila refer sini

oh.dan buku-buku yg nak ditawarkan untuk diberi pinjam tak semestinya hanya beneficial pada aku (philosophi, psychology), boleh saja novel macam-macam genre dan lain-lain sebagai kegunaan orang lain.ok?


-----cukup sampai sini dahulu-----


ini agak luar kebiasaan aku untuk buat sesuatu dengan rancangan berskala besar dan umum. kerana sebahagian besar masa perlu diperuntukan untuk menanggung urusan sesama manusia.
semoga dipermudahkan.

:)

cadangan..





aku bercadang untuk buka library tempatan.ini sebagai penambah bahan baca.
buat stock online.

contoh
tajuk buku yg available: (genre dan komen boleh google rasanya)
kuantiti:
empunya:
siapa peminjam sekarang: (bersama tempoh or tarikh jangkaan pulang pinjam)
siapa giliran seterusnya:

dan list buku dalam bentuk salinan soft copy pun boleh sertakan.
contoh nama:
siapa ada file: (sertakan cara nak berhubung)

sekali lagi ulangan, ini sebagai penambah bahan baca.
ada sapa-sapa nak join?cadangan idea-penambah-baikan?

*dan juga aku cari orang untuk proses perbincangan demi meng-ekstrak intipati buku dengan lebih efisyen.ini hal yg kedua.langkah pertama mesti selesai dahulu.

ini boleh jadikan platform pertemuan orang-orang dari background yg berbeza.tak semestinya melibatkan aku.boleh jadi kau jumpa kenalan lain. (mungkin jodoh dan seumpama)

sapa nak join?


ok point pertama yg ingin disentuh ialah siapa yg nak sertai- berkongsi bahan
kedua ialah siapa nak join perbincangan buku
dan akhir skali, penambahbaikan idea-idea, cadangan dan seumpama.
PENTING: ini sekadar rough idea.tak terhad pada bukupun sebenarnya.boleh ja movie dan seumpama, tapi aku skeptism sikit tang tu.

*untuk hardcopy, kemungkinan penglibatan terhad pada orang setempat (pelajar moscow), manakala softcopy boleh aje dari mana-mana ceruk dunia.

so, sapa nak join?
dan nak cadangan.

-sementara menunggu reply, aku akan cari org terdekat utk mulakan secara kecil-kecilan.supaya terus bergerak.perkara ini sangat besar karana melibatkan amanah.nak jaga barang kekal dalam keadaan baik dan seumpama.jadi, mari besarkan jiwa. :)

Monday, April 16, 2012

seruan..



seperti yg diperkatakan, sebagaimana fiqh itu dapat mengeras hati, begitu jugalah yg berlaku bila aku kian mendalami ahli-ahli pemikir.

maka ubatnya seperti belajar tasawwuf, ilmu pembersihan hati.melazimi majlis ilmu dengan para masyaikh dan habaib.

dan keduanya crucial.perlu aku seimbangkan.sangat!
kalau tidak aku akan kehilangan bahasa kerendahan.dan itu suatu yg sangat hodoh.

aku dalam fasa memperbaiki diri.sampai suatu tahap, barulah beralih kepada kedua dan ketiga.ketiga adalah lebih global.
(bila aku suarakan hal ini, orang cepat saja membidas-tunggu sempurna mainan syaitan!)

-bagaimana kau mahu suruh suatu yg kau tak (belum/sukar) patuh?
maka, ia adalah perancangan yg panjang.sangat panjang.janjiku pada jasad, juga pada roh pinjaman.

mereka mungkin yakin akan kekuatan diri mereka lantas terus saja lompat ke tahap 3.global.
maka tahniah aku ucapkan

maaf aku himpun, atas segala ketidak-serasian kita.semoga tidaklah membawa permusuhan.
semoga kita menghadapi kehidupan dengan lebih matang.
menjalani usia dengan penambahbaikan senantiasa.

dan aku lebih berkehendak pada yg berkehendak.(makam muridin)
apa-apa yg relevan pada aku.seperti pesanan Syeikh Hamza Yusuf.

*menambah bahan-bahan berfaedah.jom!aku percaya siapa yg ada kecenderungan yg sama maka mereka saling menarik.

mudah-mudahan tak tertipu.mari amalkan doa ini.dan jujurlah dalam mencari.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yg memberi manfaat, amalan yang diterima-Mu dan dikurniakan rezeki yang elok & baik.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyu', doa yang tidak dikabulkan/tidak didengari & amalan yang tidak diangkat/tidak diterima.

---------------------------

Berdoa Itu Tanda Orang Beriman..


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina."

Al Quran | Surah Al Mu'min / Ghafir | Ayat 60


***



di sini aku sertakan puisi yg aku janji dahulu buat penjawab soalan-soalan lalu.


Sunday, April 15, 2012

tipu



bertahanlah diri dari menunjuk pandai,
kerana ia tunjukkan lebih kepada kebodohan

duhai diri yg perasan dikurnia ilmu!
dengan ilmu sepatutnya lebih nampak Tuhan,
bukan lebih menghijabkan!

Wahai Tuhan, Pemilik Segala Ilmu, Tuhan Maha Tahu,
aku berlindung dari kejahatan tanganku-kejahilanku

*perkenankanlah*



betapa mudah kita baca kesusahan sebagai ujian,
tapi kita tak layan kesenangan sedemikian rupa.
oh tertipu..

aku tertipu..

duhai,
kucai dengan labu-labunya..





p/s: aku ini tak lebih dari hanya menari ditelapak tangannya (mereka), bila-bila saja boleh direnyukkan.langsung jadi sampah.

dan perkara seperti ini adalah sebagai rawatan hati.agar tidak berpenyakit.agar kaki terus mencecah bumi.agar terus jadi manusia.doakan aku.saling mendoakan.



Wednesday, April 11, 2012

tugasan panjang..




memelihara jiwa yang tenang.
mula membuat kawan dan kenangan.
menjalani kehidupan tanpa terlalu membesarkan perkara yang kecil.
terus membaja 'self-esteem'

rasa seperti kewujudan aku terlalu kecil.dibandingkan dengan lipas, atau kuman.

mohon kawan-kawan nasihat aku kembali ke pangkal jalan dan kekal di atas jalan.




kelihatan aku sebegini kerana terlalu melayan kecenderungan aku yang satu dan baharu.
inilah yang membuatkan aku rindukan aku yang dahulu.

oh ya, aku ada buka satu laman jiwa yang baru.lebih kepada pesan aku untuk aku.
klik sini kalau mahu.