disclaimer:
dikhuatiri tidak bermanfaat kalau terus membaca, sila abaikan
(atau buat-buat tidak nampak).
dikhuatiri tidak bermanfaat kalau terus membaca, sila abaikan
(atau buat-buat tidak nampak).
بسم الله الرحمن الرحيم
Ringkasan cuti?
''kenapa saya suka rumah saya?''
''sebab die besst~!''
home is whenever i`m with you (family)
*****
ummi, dengan kerisauannya bagai menanggung satu dunia, namun itulah kasih sayang.
salah satu nilai kemuliaan yg Allah hadirkan dalam hati ummi.
risau dengan abang yg bawa kreta macam F1
adeknya takpa la juga, ala-ala James Bond, bawa selamat. (hoho)
risau kalau-kalau, nanti kalau x kejutkan sahur, tak terdayalah berpuasa
risau kalau-kalau pulang lewat sedikit, atau kemana dan kemana
risau kalau-kalau ..dan kalau-kalau lagi..
masa baru pulang dulu-dulu, terus je call pakcik makcik.esp yg belah kelantan.
maklumlah, lama sudah x pulang dan berhubung..nanti jumpa x kenal muka dah.
menyambungkan silaturrahim amalan yg mulia tau!
''ummi ni..habis orang macam artis dibuatnya.. (ha ha)''
ada satu kali, seluar jeans ni..kan ia dari jenis yg tahan lasak, dan lama..
jadi adalah sikit-sikit koyak dibahagian kaki dek kelabuhan .
ummi berkeras la jugak nak jahitkan..
alamak, kan dah susahkan?
''eh, xpe je ummi..nanti x rockers ar orang.kate artis.... :P''
end up, terjahit juga..
kadang-kadangkan, mereka (baca: parents) suka untuk buat sumthing untuk kita, dan kita tolak kerana memikirkan nanti akan menyusahkan mereka.
tapi, its totally opposite.betul ni..
sebahagian contoh masakan ibu lah kan..
hari tu ummi tanya mahu makan apa. jawab je, ''makan sedap!''
sebab memang diterima umum bahawa masakan ibu memang semuanya sedap bukan?
adalah penting untuk menjaga kegembiraan ummi untuk mengelakkan dari datangnya sakit lama ummi.
ummi, memang yang terindah untuk abi.dan senantiasa mencuba.
ummi, didikan abi.
kisah abi pula?
ini biarlah rahsia, kerana memang sinonim seorang bapa itu sangat cool.
cukuplah dikatakan sifatnya seorang pemberi.malah memberi sebelum diminta.
meski bukanlah kaya bersangatan, tapi Allah murahkan rezeki dan memberi kemuliaan kepadanya untuk mampu memberi..
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
ibubapa bukanlah satu faktor sekeliling yg boleh dipilih.suka-suka pilih.
dan melalui merekalah kami, anak-anak ni mengenal agama.
atau berkehendak untuk lebih kenal agama.
''ya Allah, bantulah akan kami supaya dapat selalu menyebut namaMu, mengingati namaMu, bersyukur kepadaMu dan membaguskan ibadat kami terhadapMu..''
amin...
******
p/s: asalnya mahu tulis pendek saja.iaitu bahagian paling atas yg tulisan bold tu saja.nama pun ringkasan.tapi, macam dah selalu sangat berahsia sampai menyeksakan pembaca (yaka?).
akhirnya kali ni ku longgarkan syarat penulisan.
akhirnya kali ni ku longgarkan syarat penulisan.
lagipun, dengan menceritakan nikmat adalah salah satu cara bersyukur.
tambahan lagi, 'mereka' pun membaca..
it`d be nice if they know, and make `em smile =)
it`d be nice if they know, and make `em smile =)
mudah-mudahan kalian juga dalam keadaan sejahtera.gembira.
senyum sokmo!
merungut:aish macam kelakar je sebab dah putuskan untuk berhenti menulis.