aku lencun hari ni..

pertengahan malam kelam
meluru ke lapangan padang
mendepa tangan
menikmati hujan dosa
bersama lecah lumpur..
ah..
selesa lega..
biar petir, aku peduli?
sangkaan yang esok masih ada dan terus akan ada?
untuk kamu..
aku rindukan cuaca cerah sebenarnya
sinar ceria
lagi rindukan pelangi petang
kombinasi warna turutan menarik
mendamaikan..
dan aku..
aku penat berlari
berlari dari rahmat
sudah letih menghindar kasih
kerana serasakan tidak layak menerima
tetapi terus diberi..
diberi dan diberi
malu tahu tak, MALU!!..
*sigh~
dan..
dan aku berharap
bukan sekadar berharap bahkan sangat berharap..
suatu hari nanti dikembalikan semula
kehendak untuk kembali
berkiblatkan Dia
rindu . kembali . rasa dan suasana
-kata pendosa hina-
*ada secebis rasa ingin ini pun sudah syukur..