Saturday, August 28, 2010

jika betul dia yakin..




jika betul dia katakan segala-gala tentang akhirat itu lebih baik dari dunia sekarang.
maka takkan sikit pun rasa berat hati untuk melepaskan 'dunia' sementara..

jika betul dia yakin..


*****

aku tamakkan segalanya..
dalam doa meminta itu ini bagaikan tidak cukup..
berjela-jela memintanya..

sedangkan aku kedekut..
kedekutkan kudrat tenaga, rezeki harta dalam urusan 'jual beli' dengan agamaNya..
Allahu..

apakah itu 'adil' ataupun aib pada diri??


******

ya..
jika betul dia yakin..

segalanya lebih baik di sana..
tidak lalai leka alpa..
hati dipelihara..
senantiasa..

dialah dipilih oleh Sang Pemilih
agar hati terdetik


melainkan bilamana sudah tidak berada dalam pandanganNya
dengan rancangan Dia yang maha Bijaksana
hatinya terluput dari mengingati
terus menjauh..

jauh...

jauh...





jauh...




dan Dialah yang membolak balikkan hati manusia.
sentiasalah berdoa agar di tetapkan hati atas jalan yang diredhaiNya..




Allahumma ameen...

Wednesday, August 18, 2010

berqasidah..

Qasidah nukilan al Imam Abdullah ibn `Alawi al Haddad radhiallah anhu.



cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku
daripada permintaan dan usahaku
doa serta permohonanku
dalam kefakiran dan keperluanku

wahai Tuhanku yang memiliki aku
Engkau Maha Mengetahui akan perihalku
dan apa yang berada dalam lubuk hatiku
dari kesedihan dan kesibukanku

maka tolonglah aku dengan kelembutanMu
dariMu wahai Tuhan sekalian hamba
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah bantulah hambaMu
sebelum lenyap akan kesabaranku

wahai Tuhan yang mempercepatkan segala pertolongan
kurniakanlah kami akan pertolonganMu dengan segera
yang datang menghilangkan kesulitan dan kesusahan yang mendatang
dengan segala apa yang kami harapkan

wahai Tuhan yang sentiasa di sisi hambaNya, dan mendengar segala permintaan
wahai Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar
Aku mengaku akan kelemahanku
dan kehinaan serta kesedihanku

aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu
wahai Tuhanku kurniakanlah rahmat padaku
pada lembah kurniaanMu aku berada
wahai Tuhanku tetapkanlah aku di sana

aku sentiasa mempunyai sangkaan baik
ia (sangkaan baik) adalah sahabat dan temanku
juga penyenangku dan yang setia bersamaku
sepanjang malam dan siangku

wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat keinginan
tunaikanlah wahai Tuhan Yang Maha Menunaikan
tenangkanlah rahsia dan hatiku
dari kebimbangan dan pergolakan

maka aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku


YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD SALALLAHU ALAIHI WASALLAM DAN KELUARGA BAGINDA.


Tuesday, August 10, 2010

bersuara dalam diam-diam



telah tiba bulan mulia..
permulaan kepada permulaan..
perubahan namanya


malam pertama malam istimewa
syahdu merdu layan rakaat terbanyak seumur hidup..
satu malam yang medadak sungguh
perubahan ketara ini sampai bila akan tahan?


ketara atau tidak aku menuntut perubahan sehabis boleh
tidak cukup masa dah..
20 tahun berlalu harapan lah nak berganti lagi
tinggal saja sisa nafas berbaki..


folder2 game
susun2 letak di sorok hujung2 file tersembunyi..
merumitkan proses mencari..
agar subur sifat malas bila mula berkehendak..
mudah-mudahan faktor malas ini lebih kuat dari kerajinan yang ekstrim untuk bermain..

*kenapa x delete saja?..
oh karat jahiliah~

=(


malam ini malam pertama..
selama 20 tahun inilah baru sekali aku rasa..
kehadiran dia-sang ramadhan..


azam kuat ke masjid memburu apa yang sepatutnya aku buru dahulu kala..


''eh..rakaat berapa dah ni?
lapan? atau dua belas??''

Allah..
berkira-kira pula aku..
''dengar dan taat''
berkali-kali aku ulang agar kemas niat malam ini untuk Tuhan
khas buat sang Pencipta


*sepatutnya setiap masa khas untuk Dia..kan?



malu lah aku ingin bermain angka..
andai kata Dia berkira-kira juga pada nikmat..

Allah..
akur aku pada..
''syukurku ini takkan pernah setimpal dengan nikmat kurniaanMu ya Rabb''



doaku agar kekal rasa ini
tidak dicabut perasaan ini diganti penat lelah dan benci


-rasa hamba bertuhan-


*takut juga ''ditipu'' diri sendiri



******


p/s: amalan zahir manusia 'pandai' menilai, bagaimana amalan hati?..no one knows except Him..
dan mereka2 yang diberikan ilmu kasyaf..

Sunday, August 8, 2010

berlarilah dalam lecak..


berjalan aku kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur

jarang-jarang menampakkan urat
membutakan mata menggelapkan hati
tidakkah terang lagikan bersuluh?

kuala lumpur..
penuh hibur
sifat nikmat itu sementara
apakah musafir itu tidak berfikir?

hedonisme?
berhibur sakan yang tempiasnya hanya x lebih pada diri sendiri
manfaatnya?

kalau betul si dia itu cinta pada al Haq secara total
kalau betul si dia itu percaya beriman pada akhirat
nescaya tiada apalah y di buat melainkan memberi faedah kepadanya di hari kendian.


masih ada serpihan kaca gergasi keduniaan di hati tak aku nafi
namun mencoba dan tetap mencoba
menang kalah tarik tali nafsu iman itu ''normal''

namun aku bersyukur
kerana aku nampak
tika mana tahu

aku lah hina..
aku ahli maksiat..
fasiq!

merasa rendah serendah-rendahnya
hina dina sembam muka rapat ke tanah..
asal kejadian moyang
taraf paling bawah selayaknya seorang hamba..


jijiklah kalau diri merasa lebih mulia
lebih soleh
dan segala2 lebih dari orang lain.


******

Allah..
dengan nikmat aku takbur
dengan nikmat aku kabur
samar-samar menangkap cahaya hidayahMu

ditarik nikmat itu adalah nikmat
kerana ia menampakkan Allah, sang Pemberi nikmat


Allah..
jauhilah diri ini dari taman laranganMu
kerana dah tak termampu tanggung lagi dosa
apatah lagi bertambah..
berat..

tak terpikul bahu..
Allahu Rabbi..

ampun segala ampun
andai tiada nikmat atau musibah..
apakah aku masih melunaskan hak-hak Tuhanku selaku hamba
yang maha Esa
Pencipta segala makhluk

Allah..
terima kasih setinggi-tingginya..
kerana cuti ini sangat bermakna!..

limpahilah karunia barakahMu pada mereka2 yang menjadi 'vessels'
menghubungkan aku padaMu ya Allah.


laaailaha illallah ! Muhammadur Rasulullah!



******


p/s: dah la..aku penat menyibukkan diri dengan dia bernama ''toleransi''
mahu off handset seminggu ok?

jangan ganggu..itu saja.