Tuesday, April 19, 2011

mereka cermin saya =)

''mari bermuka-muka''
-peace-
(^^)~V



“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Islam dan iman adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”
[Umar al-Khattab]



setiap satu dari mereka (insan) punya perangai yg unik.
tersangatlah matang untuk diambil pengajaran juga sempadan.


*****

kau tahu?
dewasa kini, orang-orang kerap sengih-sengih depan komputer riba (masing-masing)
dunia sendiri, halaman rumah, tempat bertemu (berkumpul) makin sunyi sepi.
kerana lebih giat melakukan aktiviti masing-masing

disini pointnya masing-masing (tiga kali ulang dah ni, kalau x nampak stress juga tatau ah)

inner-self-sphere keep expanding eh org putih kata?
=p

suatu hari hening sepi
sepetang kami bersama teh dan kopi
datang satu makhluk pakar hack ID
facebook laman sesawang sosial nama diberi
*ewah pantun?

kau tahu? berkawan pun ada tahap atau level, sejauh mana dapat kita susahkan diri untuk dia (kawan)
diffrent level with different task atau ability.
misalannya, ada kenalan yg cukup hanya hai-hey!bye bey?
ada yg sampai ''bro pinjam seribu, pastu tolong belikan ayam,kobes kentang bawang keropok estrella dan segala yg menyusahkan, please.''
(trick-nya senyum innocent dan jangan lupa please)
terima kasih bila selesai.

different level are meant for different task.bila kamu dah buat tautan hati=)

ok.kembali kepada facebook tadi, ada orang menjadikan ia suatu yg besar, suatu yg even seorang kawan pun ''dont mess with me'' (my belonging etc) plus tunjuk penumbuk.

dan setiap orang itu ada stresspointnya yg lain-lain.
misalannya, kalau terpijak sejadah, langsunglah kene sound, lantaran didikan bapaknya dari kecil.
ada pula yg kalau melompat di rumah pun nak bising dek keterbiasaannya di rumah pangsanya dulu orang atas selalu main basket ball??
dan ada pula yg tak boleh mula memasak kalau-kalau dapurnya tika itu tidak kemas.
dan segala isu-isu sensitif terbina dari pengalaman dalam membesar.


eh, melalut dah, kembali kepada FB (facebook hacking) *senyum luas-luas (haha-evil)
jadi, untuk bercakap seseorang itu perlukan isu.dan inilah isunya.

''tak ada fasal, pegi cari fasal''

hacking pun kenalah ada rule, sure bukan ayat kebiasaan kegunaanya,
memang tujuannya untuk kantoi dan tidak memalukan.
misalannya, ada kawan mesti guna simbol ini (^^)V, atau cara ejaan ''hensem'' ke,
atau.. kamu mesti lebih arif bukan?
=)

oh ada kisah ni..
hehe..
ada sampai dikalangan ahli rumah kami punyalah geram pada ''si hacker'' dibuat pakatan.
sengaja seorang dibiarkan laptopnya on bersama facebook tidak log out seperti tertulis, ''hack lah sayeeeee...'' dan seorang lagi tugasnya mengumpan bersama rakaman video henset (mcm politk msia eh-budak2 lo ni pandai do`oh)

malangnya malang.hanya dapat ikan kecil.hehe (gelak puas hati)
orang lain yg terumpan.
time tu tengah jujur kott.kalau lihat balik video penuh, mmg gelak2 arr..

oh ya, selepas x jadi tu kan.ada ter ''bau'' sumthin-lah.
keluar bilik tiba-jadi sunyi.macam ada dua orang berbual tadi.
bila berlakon macam hendak ke tandas (tandas kami agak terlindung) lalu di katupkan pintu tapi jasad sebenarnya masih diluar tandas.

sok sek sok sekkkk!!

wah rancak berbincang cara nak tumpaskan hacker...hahaha (tiga harkat tanda puas hati betul!)

well~
(bangga x sudah kerja jahat ni)
=p

*****

ok, lagi-lagi rule kehidupan,
orang takkan beri apa yang kita tak beri.
eh macam penin pula.

kita, takkan buat sesuatu yg kita tak suka kepada orang lain, betul?
means, kalau kita suka orang buat kat kita (sedemikian) maka kita buat lah?

contoh, memuji?.. (sound so wrong~)
eh tak, puji bukan untuk dipuji balik tau, tapi bermanis mulut itukan sedekahh.
contoh sebenar adalah, bila pulang rumah, bawakan buah tangan untuk ahli-ahli rumah.
donut ke sbg contoh (disini-russia dipanggil ponchik)

belikan sesuatu lebih, sebagai hadiah itu dapat mengeratkan hubungan
(ini sgt2 pasti ada hadis melainkan bila ingat lafaz sebenar hadis itu akn ditulis)

dan memupuk agar tidak berkiralah sangat sesama kita.
bukankah ini tanda bersyukur?
rezeki yg kita dapat itu tidak hanya untuk diri sendiri, tapi untuk bersama.
dan orang bersyukur ni, akan ditambah nikmatnya kalau dia tahu.kan?

jadi, bersangatan lah tidak rugi, plus, win-win situation.

tapi, jangan pula dibenci kalau orang tak menerima pemberian,
jangan pula membenci pada yg kedekut sakan.

kalau x d terima, itu mungkin tanda niat atau sumber tidak betul?
*adalah menjadi kemestian untuk menyalahkan diri sendiri dan bersangka baik*

ada yg terpaksa mengikat perut, demi perancangan jangka masa panjang.
ada kawan oleh kerana nekad mahu mendirikan bahtera, kita patut faham.
dan dirinya xdapat lakukan sedemikian (belanja kawan) bersangatan.

tapi dalam kes sy, dia sangat mencuba.ada sekali dihadiahkan jeli-jeli bentuk binatang.
haha.comel je.orangnya pun comel.
mari doakan agar dia ''berjaya''
(sy menyarankan doa ke atasnya kerana beliau sgt berusaha)

kan saling mendoakan itu harmoni. bernasib baik, jika tanpa ketahuannya, malaikat pula doakan yg sama kembali buat si pendoa.

ha...kan cantik tu. =)


*****

remaja masakini sedia maklum rasanya apa itu ''sentap''
almaklum, dunia dihujung jari?
sentap itu satu kesenian sinis.=)

sekali kena, ouch! pedas.tapi nak lagi (haha?)

seperti kisahnya disini.
lambakan pinggan mangkuk di sinki.
biasalah, bermalas-malasan dan penangguhan itu dengan manusia amat sinonim walaupun kita tak wajar biasakan ia dengan kebiasaan.

tiap kali ke dapur aja pasti ada lambakan yg menyakitkan mata.
apalah salah tinggalkan komputer riba selesaikan hutang basuh dulu?
lima minit je kut??

tapi sabar, jangan luahkan.kita kasi sentap sikit. hehe
kita basuh, sambil betulkan niat.
kalau marah-marah pun, bukan dapat mengelokkan keadaan.
bahkan tambah keruh hubungan dua orang.ha kan?
niatkan sedekah dan sangka baik busy webcam dgn parents.
kan penting dan urgent tu!

nanti adalah yg ke dapur buat-buat cari,
''eh mana pinggan aku tadi?? la..kau basuh keeeee...baru nakk...''

hehe.xpe2 biase dah.kite memang ada orang gaji kat umah ni.
*fwhooopp..terus lesap terbakar pahala sedekah, wallahualam.

motif kisah?jangan mngungkit.buat hati sakit. (???)

=)

*****


ada perkara, yg kita pernah buat pada mereka, dibalasnya sama.
Allahu..puasnya..

memanglah suatu itu diperlakukan mesti ikhlas.tiada ubah dengan pujian atau kejian.
tapi kan manis begini?
orang berbudi mengenang budi.budi budi budi meramaikan orang budiman.dunia jadi aman.
satu hari lebih baik untuk hidup keesokan harinya.


kaaannnn~?


*****


*tidaklah hanya dalam gambar (atas) itu kawan saya, cuma mereka ada bilamana saya dan kamera bersama.kebanyakannya adalah ahli rumah saya, jadi munasabah lah kan?jangan jeles2 ok?

sebab motif post ini pun nak bagi kamu jeles. (haha~)
semangat buat kawan.
jangan cari lawan.

networking itu penting.

sekian.

****

nah hadiah untuk kamu, lagu best!

kenal?




"Orang yang mengenal Allah s.w.t. secara langsung lewat hatinya, bertutur, 'Aku mengetahui sifat-sifat-Mu dengan pengetahuan yang melebihi pengetahuanku tentang diriku sendiri. Pengenalanku tentang-Mu tidak pernah pudar.'

Allah s.w.t. berfirman:

'Aku tidak menjadikanmu jahil dengan pengetahuan tentang-Ku,
tidak akan mengaburkan pengenalanmu tentang-Ku,
serta tidak akan membuat keyakinanmu menjadi ragu, penglihatanmu menjadi buta dan petunjukmu menjadi kesesatan.

Aku akan mencukupimu dengan seluruh pengetahuanmu tentang Diri-Ku.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Maha Dermawan, kedermawanan-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Maha Penyayang, sayang-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Maha Pemurah, kemurahan-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Mahakasih, kasih-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Mahalembut, kelembutan-Ku untukmu.

Jika kamu mengenal kemuliaan-Ku, cinta-Ku untukmu. Untukmu tambahan dan kelangsungan kurniaan-Ku.
Tidaklah baik bagi-Ku, jika kamu mengenal-Ku dengan sifat tertentu, Aku memperlihatkan sebaliknya sehingga pengetahuan dan pengenalanmu tentang-Ku menjadi kabur.
Aku seperti yang kamu kenal secara benar. Aku hadirkan untukmu sesuatu yang kamu kenal dari Diri-Ku agar pengetahuanmu menjadi nyata.' "


"Ini senada dengan sabda Nabi s.a.w. : 'Seandainya kamu benar-benar mengenal Allah, maka gunung-ganang bergeser dengan du'a kamu. Seandainya kamu takut kepada Allah dengan takut yang sebenar-benarnya, kamu telah mendapat ilmu yang tidak pernah bercampur dengan kebodohan.'

Barang siapa mengenal-Nya dengan benar, ia mengenal kekuasaan-Nya.
Barang siapa mengenal kekuasaan-Nya, ia tidak akan merasa aneh dengan bergesernya gunung.
Barang siapa mengenal kemurahan-Nya secara benar, ia tidak akan merasa aneh kalau du'anya agar gunung digeser terkabul.
Barang siapa sejati takut kepada-Nya, hilanglah kebodohan dari dirinya, kerana rasa takut adalah cahaya dari-Nya.

Ketika cahaya itu memenuhi hati, ia akan takut dengan takut yang sebenarnya. Kebodohan pun sirna, sebab hati hidup dengan cahaya Allah.

Ilmu bersumber dari kehidupan (hati), sedangkan kebodohan bersumber dari kematian (hati)."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

*hadiahkan doa buat ayahnya sahabat kita Mohd Syafiq supaya cepat sembuh.moga2 itu yg terbaik.

-fahamilah-

Wednesday, April 6, 2011

tahu tapi..

dont ask me.
i know nothing..
and stop staring!

-middle ugly duckling-




''buraq tu bukan kuda terbang..
buraq tu ada maksud!''

sambil memandang muslimah minta persetujuan..
sama-sama angkat kening lalu memandang ahmad.
macam hero yang ditunggu-tunggu keluarkan jawapan.

malulah kalau x tahu!


*****


seketika kisah itu berlaku,
ahmad teringat peristiwa dulu ketika hadis majlis ilmu yang lalu..
ketika Syeikh menghuraikan kitabnya ''Mu`jizat Isra` dan Mi`raj''

ya, dia ingat lagi huraian kitab itu, namun kabur-kabur kelabu.
lantas pulang ke rumah lalu kembali menelaah.

al bariq membawa makna putih (semulia-mulia warna),
al barq membawa makna kilat (pantas yg amat).

buraq itu kuda terbang bersayap? tak pasti lah pula,
nama d beri sempena ciri2 tersebut.
putih dan kilat.

yg pasti, ia adalah kenderaan tercanggih (malah teristimewa antara kalangannya-ada kisah) buat tunggangan semulia-mulia makhluk Allah,kekasihNya , Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam.


tujuan berlakunya peristiwa ini adalah?
''..untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.. ''
(sila rujuk sini)

boleh saja bumi melipatkan mukanya untuk memendekkan langkah Baginda salallahu alaihi wasallam lantas terus sampai ke destinasi,
sekelip mata teleport bahkan tidak mustahil?


tapi, oleh kerana antara tujuannya adalah untuk memperlihatkan kekuasaanNya, lantas disediakan kenderaan tercanggih dari syurga.kholas, stakat itu.

''..tak menjadi suatu keajaiban jika
Baginda salallahu alaihi wasallam dibawa oleh malaikat atau angin bagi menempuh atau menyingkat jarak sejauh ini. Berlain halnya, apabila
Baginda salallahu alaihi wasallam menempuhnya dengan menaiki tunggangan..''

''Allah subhanahu wa taala mengutuskan Buraq dari syurga untuk membesarkan dan memuliakan
Baginda salallahu alaihi wasallam. Sebagaimana adat bagi raja-raja, apabila mengundang orang-orang besar, seseorang yang istimewa, maka diutuskan kepadanya kenderaan khusus yang hebat bersama orang-orang kanannya untuk mengundang tetamunya. Maka Buraq itu pula dari alam ghaib..''

kenderaan hebat=Buraq
orang kanan (pengiring) = Malaikat Jibril alaihi salam.



*****



habis lamunan, kembali peristiwa muslimah memandang hero
menunggu jawapan keluar..


maka ahmad pun buat muka blurr..
comel kan?
;p


*****



ahmad rasanya dikurniakan kepekaan dalam suatu perkara (dalam lingkungan yg diizinNya)
seawal peristiwa itu berlaku adalah kerana, yg mula bertanya itu adalah non-muslim-yet.
dia mahu buktikan pada kawannya (the other nons) bahawa dia pernah bersekolah (belajar) di sekolah melayu.
fullstop.

kalau mahu pembuktian, senang hati ahmad boleh jadi saksi.
tanpa perlu menjawab soalan.


sebenarnya kan, jawapan itu tergantung (ketika itu) agar..ahmad bersabar

mase peristiwa tu berlaku kan, dalam hati cepat2 jerit AHMAD TAHU!..
fuh..bahaya sungguh ni..sabar, step back.betulkan niat balik, maka beritahu bila mana sudah betul (insyaAllah).



*****


*tujuan post adalah untuk tidak menyembunyikan ilmu, pencerahan, dan iktibar (jika ada).
yg pertama sebagai hadiah, buat mohon maaf.



nampak baik itu membebankan tatkala ramai mahu hulurkan jawatan bahkan itulah allergen (perkara yg induce allergic reaction) kamu, lebih baik nampak hina (dihina) kerana itulah hakikat hamba, barulah mengaku kelemahan, kekurangan depan Tuhan yang Maha memiliki segala-galanya empunya mutlak.

tapi..menceritakan amal akan membakar pahala seperti daun kering?
tapi juga, kami dilarang untuk menceritakan keaiban sendiri?
lantas diceritakan yg baik itu untuk dicontohi (kalau ada) dan tidak boleh menceritakan yang tidak baik (membuka pekung tanpa tujuan)..maka, nampaklah yg baik2 aja...

atau ada apa yang x betul pendirian ini untuk kau tegur dan betulkan?silalah..
kerana itu kalam ini di UMUM kan kepada UMUM.


-risau aku-