Friday, February 26, 2010

keliru masih..


suatu malam yang hening..

aku mencari suasana..
suasana yang dahulu aku senang sangat nak cari..
untuk berkhalwat..

teeetttt!!..




maksudnya bersendirian..
bersendirian ''mengaji''..


ketika sedap membaca..
terhenti seketika..

waktu perenggan awal surah al-waqi`ah..



sayup-sayup hati bicara..
kenapa aku baca?..
mesti baca?..

kenapa?




kenapa?..



hening berlalu..
baca lagi surah itu..
macam sedap...
manis..



tiba lalu sorang member..
langsung stop bacaan aku..

kenape kite kene bace quran??..
aku tanya dia..



soalan yang mana dahulu aku amat jelas sangat jawapannya..
tapi sekarang...

samar...



jawapan diberi..
agak skema..

aku menduga..

apakah jawapan yang dia bagi itu teori semata-mata?
apakah dia faham apa yang dia sebut itu?
aku terus tanya..

tanya lagi..
lebih lanjut..
nyata..
dia pun keliru..

maaf..
aku libatkan kau..
x patut aku..
sepatutnya biarkan kau yang sedia faham ketika itu..
x patut memberi kekeliruan..

------------------

''maka benarlah kata-kata Allah...''

bagaimana bisa aku habiskan bacaan aku dengan ungkapan adat diatas
sedang aku pun sepatah haram tak faham apa yang aku baca?..



terus berfikir...



peristiwa malam genap aku puluh..
dua puluh umurku..

kenapa sekarang?





mencari arah lagi..

soalan...

soalan...


soalan...





mana jawapan??..

siapa dapat jawab?






penah tahu jawapan..
tapi takut untuk ungkapkan..
sebab tidak me-maksud-kan..


pengecut kan aku?..



'' i said what i meant and i meant what i said!!..''
*jujur pada diri..
======================


budak ini ada bakat..
tapi...dibiarkan 'sesat' ..
xpe lah..
x kacau periuk nasi korang..
kenapa perlu tolong?..

haha..
abaikan..



-------------------------

Sabda Nabi S.A.W,

“ Dalam hati manusia ada segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk gumpalan darah itu, maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa gumpalan darah itu adalah HATI”

once terlintas perkara buruk..
bagi aku..ada wayar putus dalam HATI..
paling kurang berpinar bersilang pukang..
keliru kelam..

bersihkanlah HATI selalu..
sucikan..

kau tahu kan..
setiap kali buat maksiat (apa-apa yang Allah s.w.t larang)..
hati akan kotor..

oh..kotor bukan sebarang kotor..
kotor menghalang cahaya..
cahaya hidayah barangkali..
ilmu juga..

jadi..
lakukanlah berlawanan..
buatla ibadah..
paling senang..

baca qoran..kan?
baca je
seyes..mudah!..
lama-kelamaan..rasa manis..
lagi-lagi bile da dapat jage makhraj huruf dan segala hukum tajwid..
lagi manis letting kalau faham maksud..
*kelantanese..

teknik mengawal keimanan??..
safety precaution je..
*je?..

[perumpamaan pada hati]

contoh kertas 2 kertas putih A4..
satu kau hitamkan dengan marker satu page full..
satu lagi kau biarkan..

pen hitam ada?..
tuliskan ''saya ingin mencuri''
atau segala apa perbuatan buruk..
yang mana nampak lebih jelas?

aha...
kertas yang telah sedia hitam itu..
sikit pun takde beza..

macam bole perasan kalau nak buat jahat..sikit?

tapi..
ketas putih..
tulis sikit pun dah terkesan..
orang kebanyakan cakap..
SKEMA!..
buat itu x bole...ini x bole..
strict giler..




obat hati tau?..
cari Opick..tanye die..
apa itu ''Tombo ati ''

hehe~
cari kat youtube sure jumpe..
selamat mencuba~


===============================

bacalah quran dengan ''basah''

maksud aku..

macam ni..
kau baca buku fizik dan novel..
mana lagi feeling?

ha..
satu baca pakai akal semata2..
satu lagi penuh emosi..
baca dengan hati??..

oh?..mengapa basah?
andai kan kapas kering bersama tanah yang kering..
nescaya tiada sikit pun resapan warna..
andai kata dibasahkan kapas tu..
mungkin..
warna tanah tersebar diserap kapas..
tak gitu?

korang mesti tahu kan..
yang setiap ayat dalam al-quran tu untuk setiap umat Nabi Muhammad..
untuk setiap golongan..setiap lapis masyarakat..
tidak dapat tidak ayat tu mesti ada kene mengena dengan diri kita..

mukjizat merentasi masa...hebat bukan?
surat sayang dari Tuhan untuk setiap hambanya..

cuba setting pada minda sket..
yang stiap kali lepas baca quran..
''aku mahu dapat sesuatu!''
baca terjemahan...kaitkan kisah kau dengan ayat kau baru baca..

mudahnya..
kalau ia bermula dengan ''nak''
bilamana hambaNya berkehendak untuk mendekati Dia..
tidak sesekali Dia menghampakan..
*tidakkah kau yakin?..


-mari menjadi hamba~

Saturday, February 20, 2010

jangan diminta-minta~


eh... zai sakit??...

kesiannye..

apa?..
x dapat rasa apa-apa?
taste bud rosak ke?..
demam kus-kus agaknya..






selang beberapa hari..




terlintas..
hurm..
da lame aku tak sakit..
kenape ek?..

padahal..
kalau kat malaysia dulu..
aku la makhluk yang paling senang nak demam ke..seleseme ke..batuk2 ke..

Allah dah tak sayang aku?..
*takutnye..

tiada lagi kifarah dosa buat aku?..


============================


eh qusyai...
jangan la tido macam tu..
tido duduk..
sebelah peti ais pulak tu..

tahu tak..yang peti ais ada magnet..
bole tarik cell2 kepale kau..
karang kau sakit...


*ape la die ngarut ni..
aku nak lelap jap je..
tenangkan otak..
huhu..

===============



urgh!!...
ape sejuk sangat neh!!..
bingis hati keras..
ditariknya selimut..
x cukup-cukup?..

sejuk~~
tapi panas..
ah..
rasa apa ini?..

err..
loya pula..

ahhh...
sinki2..
cepat2..

*blueeeeekkk!!*
(tummy--->empty )

@_@
penin2..

ya Allah...
beratnye kepale ni..
kiri kanan pun x stabil..
lelap kjap lagi ok la kut..
berdenyut2 lagi..
apakah migrain?


.......


...............



qusyai...bangun...

bangun....

sempat lagi ni....

*eh..ni suara..





(senyap..)


buka mata...



nyaaaann~~




cerah dah langit..
*silau oke..



tahniah...

sila tunaikan subuh anda..

=.=''

===========================



beberapa pengajaran minggu lalu yang aku dapat..
pertama..

sakit itu..
jangan diminta-minta..
memanglah kifarah dosa tapi..

masa sehat sebelum sakit??
itu rezeki..
da perguna sebaik-baiknya??


ayat seperti...
''Allah dah tak sayang kat aku'' ..
seperti..mengabaikan nikmat2 yang lain..

ditariknya nikmat islam dan iman baaaaru tau..

kan?


dan..betapa Allah nak jaga hambanya..
dihantar wakil selayaknya ganti bagi tugasan2 tertentu..
kejut subuh mithalannya..

x pernah2 dia kejut aku subuh..
tapi..ditakdirkan Allah..
dia la yang kejut..memastikan aku beribadat..
ingat Dia..

betapa Allah sayang kat hamba Dia sangat2..
*tapi..klaka la die kejut..


bila bangun dari lena..
fikir punya fikir..
kenapa aku x bole bangun tepat pada waktunya..

aku rasa..aku ada terbangun dalam zon subuh lagi
tapi..
aku x menunaikan hak pada subuh..
zalim!..


mungkin minda bawah waras lagi waktu tu..

mungkin kah?..
tidur 5jam = checked
safety precaution sblm tidur? = checked
*segalamacam ayat..

apalagi ni seh..



mungkin juga..
untuk mereka sedar yang..
berharap pada makhluk itu sesuatu yang fatal..

*qusyai!!..esok kejut aku ye!..

=)



-------------------------------------------


ingin segalanya indah..
segalanya sedia terhidang..
dapat terus satu set lengkap

ingatlah bahawa
kalau sekarang dia 'kuat'
dahulu dia pernah lalui anak tangga lemah..
terpaksa panjat..
itu proses..

*ada sesapa yang lahir2 terus fully equiped?..

Tuesday, February 9, 2010

kembara salju 2010 (part 1)



request penceritaan dari rakan..

haih~
baiklah..
aku mulakan..






25/01/2010, Isnin

pagi itu..indah seperti biasa..
tidur yang lena..terhenti disana..

=)

Domodedovo, moscow, russia
sebelum berpisah di airport..





kami makan di sbarro..
salah satu restoran..
kedai makan disini..
main dish?..
pittsa!!..

pilihan yang mungkin halal..
gribie dan margareeta( sir)
cendawan dan keju..

keju 2 keping dan air pepsi mencecah RM20+
*mahal bukan?..adat makan luar..

tiba masa check in..
gelagat agak kejakunan sedikit..

beg nak masok kargo ke x neh~?
*mengeluh?..

takut..
nak berjimat..
kalau-kalau kena bayar lebih..

last-last dapat tahu yang..
itu termasuk harga tiket..

kenapa jadi isu?
sebab..
ada diantara kami yang bawak barang-barang cecair(liquid)
sepertimana yang korang tahu..
bende-bende liquid ni procedure die leceh sket..
kalau bawak masuk handluggage la..
tapi..kalau kargo..balun ja..
=p

selesai sudah..
tiba masa imigresen..


hepi je kan?..orang bercuti salu ade muke ni..*kot?..


oh ya..
12 orang yang datang..

sorang tukang hantar..
baki selebihnya sepatutnya terbang..

ok..
satu lepas..
dua lepas..
tiga lepas...

....


.....


(..teruskan mengira..)



ok..

sebelas??..





tak..




sepuluh..

yep..
sepuluh orang lepas dengan selamat..

mane lagi sorang??

jeng3....

(kisah ini amat sedih, marah, dan tragis mungkin?..)


nampak ceria tapi mata berkaca..


oh yea..
mungkin korang tak tahu suasana best kat sini..
baaanyak kerenah..

yang mampu membatalkan cuti sakan korang..
hanya kerna procedure..

dah beberapa mamat yang terbatal hasrat bercoti..
tiket burn gitu ja..

visa muke x same..
gambar comot..
cop tanggal..
imigression card hancur..
dan macam-macam lagi..

sangat-sangat......

=.=''


sambung cerita..
kami terbang dengan sedih, marah, dan mungkin excited?

yelah..
dulu mase spm..
tak terfikir langsung..

akan ke paris? london?..
*tak merancang pun..


haha..
rezeki masing-masing...
nanti korang pulak kan?..

=)

*sangat putih moscow pandangan dari atas..bulat mata melihat..
winter kot~




rase cam nak guling2 je dalam salji tu..seyez!




flight kami transit di Vienna, Austria..
dan terus ke Paris...


(end part 1)


notakaki 1: kurang gemar menulis genre ini..macam sellfish (dasar tertutup)
notakaki 2: sambungan cerita mungkin mengambil masa..
nota kaki3: gambar2 lain..bole lihat di facebook.. album2 aku di tag..

sekian..

==========================


tambahan..

cuti-cuti jugak..buku jangan tinggal..kan?
=)



sang pelakon!..


ah!!!...

buat ape nak selamatkan diorang..
kompem da x bole diselamatkan..
kalau dalam kes cancer..
stage 4 dah..
kritikal..
sangat-sangat kritikal..
chance untuk diselamatkan adalah rendah!!

sangat-sangat!!..


--------------------------------------

aku bukan aku..
diri aku yang macam-macam..
aku boleh jadi sesiapa..
sesiapa saja yang aku mahu..

kau..cuma nampak luaran..

kau tahu?
dunia ini pentas?
pentas lakonan watak-watak duniawi..
mempersembahkan pada Tuhan..
persembahan cara masing-masing..

*itu pun..kalau manusia sedar..
per-sembah-an itu untuk Tuhan..



CARA...

aku bukan aku?

kau tahu mengkarung?
yang boleh bertukar warna?
mengikut suasana keliling?..

ape tengok-tengok.. ade hutang?


dia menukar..
bukan tertukar..
konsep yang berbeza..

maknanya sengaja..atau terrrsengaja..
2 perkara yang berlainan..
samada diiringi niat atau tak..


----------------------------------------------


memilih jalan ini memerlukan aku untuk tenggelam bersama..
sama-sama hanyut..

i mean.. ''hanyut''..

untuk faham..
kenapa ini?
kenapa itu?

untuk aku berada dalam situasi mereka..
menilai dari kacamata mereka..
dan nampak..
nampak sepertimana mereka nampak..

dengan kata lain..
merosakkan diri..

eh..bukan rosak..
tapi ''rosak''

bagai robot hilang fungsi..pada Tuannya..




*konklusi: niat tak menghalalkan cara??...

soalan ini untuk kau nilai balik..fikir..

------------------------------------

satu kisah..

peristiwa semalam..


''kau nampak macam hepi..'' aku mula bicara..
bicara bajet tahu...

aku dan dia ada bahasa alien..


''maaacam hepi..'' bidas dia..

kadang-kadang..kita perlu nampak hepi untuk orang lain nampak hepi..
tak sume bole hepi dengan kite hepi tapi ada..

walaupun kite sakit.. sambung die lagi.

biar sakit qusyai..
biarpun sakit..

tiada apa melainkan tunduk setuju..


ah..tapi..

buat apa nak kasi orang hepi?..
lagikan aku sakit?..



hanya satu..
hanyasanya satu..

kerna Dia..

tugas seorang khalifah..
memakmurkan dunia..

dan..
jangan sempitkan pemikiran..
tentang maksud memakmurkan setakat itu sahaja..
luas..
amat luas..
sepertimana ibadah..
*bahkan bawah satu tajuk yang sama, mungkin?


--------------------------------

segala apa yang aku tulis..
ideology karut-marut aku..

aku pesan agar..
kau timbal-balik..
kalau mahu ikut..
buat contoh..


aku tak kata cara aku ni betul..
absolute betul..
mahupun salah..

yang aku tau..
aku mencoba..
sebaik aku..
kerja 'khalifah'..

sebab..
aku tahu siapa aku..
lebih kenal aku dari kamu-kamu...

dan..bagi kau juga sama..




andai kata andai..

kau nampak cara aku salah..
tegur..tegur dan tegur..
jangan jemu...aku pinta..

jangan jemu..
mungkin nanti aku bidas dengan sesuatu yang konkrit..

tegur saja..
kalau salah dimatamu..

tapi..siapa tahu nanti aku betul-betul hanyut?
maklumlah..
aku jua manusia..
manusia imannya yang bukan macam malaikat..
senantiasa sama..

yang penting..kau coba..

aku buat tugas aku..
dan kau buat tugas kau..
kita settle kan part yang kite kene buat..

supaya?..

kita mampu jawab soalan hari kelak..

*kau tahu hari kelak?..




-mahu bertugas lebih gigih-

Sunday, February 7, 2010

hardest word??..

sorrry seems to be the hardest word...

indeed..

T.T

memang..
dugaan dalam memegang tanggungjawab..
akan ada yang menyalahkan kite..
free2 je kene mara..

*seriously!..free of charge!!..


padahal..
kalau diikutkan..
kite yang offer diri mahu tolong..
pegang amanah itu..
untuk tolong mereke..

*meski x dipinta..langsung..

yela..
kalau x kite yang tahu ni..siapa lagi?
yang lain..
pandang sebelah mata ja..
tamau tampil..
'memimpin'..
tanggungjawab kosong..

*tergantung gitu ja..

meski buat keje sehabis baik..
akan ada yang x puas hati..
so..kne mara lagi..



tapi..




takkan la aku nak marah balik..kn?
aku tahu..aku buat bende betul..
aku patut tegakkan hak aku..
bende aku buat betul..tapi kene mara...

*fire kang!..




tapi..


takkan nak cuahkan api dengan petrol..
for sure akan marak..
tak gitu?..

''i know i`ve been tought to take the blame''



huhu..
sedihnye..
kene gak tundukkan ego..
ngaku kesalahan..

asek jadi encik-serba-serbi-betul pun taboleh jugak kan?
hero hindustan pun luka2 kalau berlawan..
=p

*kekadang tu..hero pun kene kalah..baru jadi crite.. =)




well..kne ikut ja flow tu..
seseorang kena mengalah..

berkorban..

berkorban ego..

demi tidak mengeruhkan lagi keadaan..


nanti..bile aku pula yang x waras..
kau pulak mengalah ye..





*oh?..aku agak keanak-anakan?..
haha..

bersebab..


====================

tapi ingat..
aku juga manusia..
bila-bila je aku boleh berubah..

361 degrees skali pusing..pun boleh

aku tak pernah lari dari buat silap..
juga boleh lupa..

kadang..
sampai lupa akan watak dan peranan aku sebagai manusia..
sebagai hamba..
lemah yang amat..

di pementasan..alam ciptaanNya..
aku gagal..
mungkin gagal..

jadi..
sahabat..
dalam doamu..

aku pohon..
tolong sertakan aku..kau dan dia..
agar terus thabat atas jalanNya..

yakni jalan yang lurus..
juga jalan orang yang Dia berikan nikmat..
bukan jalan mereka yang dimurkaiNya..
bukan jua jalan orang yang sesat..

tolong ye..

=)


*kite bersahabat bukan?




---------------------------------------


terlalu banyak maaf yang aku ungkapkan...
seakan-akan terlalu murah kata sahabat..

xpelah..

at least..
i try my best..
and i`ve done my part..

tugas mereka untuk memaafkan atau tidak..kan?



tapi..
harus ingat..
terutama aku yang harus ingat..
ucapan maaf tu bukan saja-saja..
bukan sebagai lesen untuk ulang kesalahan yang sama kepada orang yang sama..
harapnya tidak..
hendaknya tidak..
takkan..

insyaAllah..


=)


-aku coba-

Tuesday, February 2, 2010

sangat takut..


sambil membaca blog orang..
ada review mengenai 2012

===============

suasana berubah tatkala aku pandang ke langit..
ingin berubah tempat..

pandangan kurang jelas..
nampak ekoran asap jet sahaja..
bawah bumbung barangkali..
aku beralih..

ke bawah langit lebih jelas..
komet..
asteroid mungkin!!..

gegar!!!

langsung berkawah2 bumi..
permukaan yang berlopak..

nauzubillah..

waktu itu..
baru permukaan bangunan yang aku duduki rosak..
sedang aku dalam stesen stren..

telah membayangi macam2 keadaan

*terlintas sejenak..keadaan yang mana kerajaan menyembunyikan berita2 yang patut rakyatnya tahu..

takut..
serious aku takut..
segala plan melarikan diri aku fikirkan..
ye lah..
aku di pusat kenderaan awam...
macam2 arah tuju dalam pilihan..

terlebih dahulu..
aku harus bergegas ke bawah tanah..
untuk selamatkan diri..
dari serangan langit..

semestinya..
bawah tanah lebih logik..

tak fikirkan lagi..
segala peraturan yang manusia buat..
procedure sopan aku langgar..
dah tak fikirkan cctv..

biar muka aku terpapar
[ wanted!! ]

aku mahu selamat..
betul!..

aku takut..
*istighfar*

sambil melewati ke arah tempat selamat..
aku masih sempat bertemu dengan manusia yang mahu selamatkan yang lain..
berlari dalam keadaan merah berdarah..

di hentikan kenderaan untuk diberi tumpang..
murninya mereka..

sedang aku..
*sellfish..


kiri kanan..
aku lihat..
bangunan-bangunan runtuh..
bukan runtuh..

ia macam..

dissolving..
membentuk satu pokok..
entah kenapa..
dalam alam itu..
aku di beritahu bahawa makanannya ialah manusia...

menakutkan..
aku nampak..
mereka berpelukan sambil dimakan..

iya..dimakan..
sayu...
sedih...
takut...

*istighfar..
entah kenap terlintas difikiranku pokok yangf melindungi yahudi di hari dijanjikan

perlahan-lahan pokok itu makan..

...


...........



lantas..aku terbangun dari lena...

sekejap yang memeranjatkan..


macam komik bukan?..

tapi..

bagi aku..
ia realiti..

betul..
aku boleh memastikan samada mimpi atau benar..
dalam mimpi

''oh..ini mimpi..''

tak..kali ni lain..
seakan benar...

setiap saat kau istighfar..

ya Allah..
sangat takut..

aku takut..






======================

latar tempat..macam sesuatu yang oversea..AS mungkin?..
kenapa?..

sedang aku bercuti..
suasana senang-lenang leka..
mungkin..

menunggu subuh..
di depan laptop..

aku bangun awal..
tidur awal mungkin?..




*entah kenapa aku langsung tak terlintas orang-orang yang ku sayang..
keadaan yang mungkin benar hari yang dijanjikan??

mungkin..



bangun dan terus menulis..
ruang jiwa..

6.36am, london,UK