Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Monday, October 24, 2011

cahaya..



''ha..basya!..camne nak bace ni..?''

''akidatul awwam..''

''ala..tu baca biasa.awam.''

''`akidatul `awwami..''

''ha..knapa baris bawah?..''

=)



masuk bab nahwu (ilmu lughah) lagilah..
takda chemistry dengan ilmu bahasa sangat. (sigh~)
masuk bab ni, abang die jadi tiang kejap.

:p

diam tanda protes...tettt..




eh tak, basya amik Bahasa Arab Tinggi (BAT).jadi die boleh jawab ar..
abang die hat sorang lagi ni ha yg jadi tiang ...

:p
*****



yang paling kecil, namun dialah harapan..

Ustazah kecil di antara kami, seronok sudah dengan dirinya.
tenggelam dalam majlis ilmu.

(alhamdulillah)


''Aqidatul Awwam, nama lain die aqidah 50..ha..knape?"

''eeelehh..20+20+1, 4+4+1''
''kaaaacang pis je..''
(sengih bangga dapat jawab.haha..)

''apa yg 41-nya? apa yg 9-nya?''


*grinn*



dan berlarutanlah malam-malam akhir puasa kami dengan kepetahan ninja kecil tu..
daripada kisah-kisah tenaga pengajarnya lulusan Darul Mustafa, subjek-subjeknya yg..

Allahu..nak jealous bagai..




dihafal matan ilmu dulu, baru diajar Gurunya..
warisan demi warisan.

*****


sekarang baru tingkatan satu dan aku masih lagi memahami ilmunya.
nanti sudah lama-lama, tak terkejarlah abangnya yg sorang ni.

fikir-fikir, mahu juga berhenti dan sambung aliran tu. (berangan~)
tapi, bersyukurlah.

moga-moga, jikalau kami ini bukan dari kalangan ahli ilmu, yg mana seluruh alam memohon ampun baginya, darjatnya yg tinggi selepas tapak kenabian, paling tidak kami ini menjadi pembantu mereka.memudahkan urusan mereka.

moga dengan ini, memberikan kami tempias manfaat kemuliaan yg ada pada mereka.haruman mereka mewangikan.sungguh, itulah punca taman-taman syurga...

-buat ustazah kecil, yang paling bongsu-


p/s: hat lain toksah nak jeles bagai.sekeh karang mau?..
(sengih puas..ha ha..)

Wednesday, September 28, 2011

ringkaskan

disclaimer:
dikhuatiri tidak bermanfaat kalau terus membaca, sila abaikan
(atau buat-buat tidak nampak).





بسم الله الرحمن الرحيم




Ringkasan cuti?

''kenapa saya suka rumah saya?''
''sebab die besst~!''

home is whenever i`m with you (family)


*****


ummi, dengan kerisauannya bagai menanggung satu dunia, namun itulah kasih sayang.
salah satu nilai kemuliaan yg Allah hadirkan dalam hati ummi.

risau dengan abang yg bawa kreta macam F1
adeknya takpa la juga, ala-ala James Bond, bawa selamat. (hoho)
risau kalau-kalau, nanti kalau x kejutkan sahur, tak terdayalah berpuasa
risau kalau-kalau pulang lewat sedikit, atau kemana dan kemana
risau kalau-kalau ..dan kalau-kalau lagi..


masa baru pulang dulu-dulu, terus je call pakcik makcik.esp yg belah kelantan.
maklumlah, lama sudah x pulang dan berhubung..nanti jumpa x kenal muka dah.

menyambungkan silaturrahim amalan yg mulia tau!

''ummi ni..habis orang macam artis dibuatnya.. (ha ha)''



ada satu kali, seluar jeans ni..kan ia dari jenis yg tahan lasak, dan lama..
jadi adalah sikit-sikit koyak dibahagian kaki dek kelabuhan .
ummi berkeras la jugak nak jahitkan..

alamak, kan dah susahkan?

''eh, xpe je ummi..nanti x rockers ar orang.kate artis.... :P''

end up, terjahit juga..

kadang-kadangkan, mereka (baca: parents) suka untuk buat sumthing untuk kita, dan kita tolak kerana memikirkan nanti akan menyusahkan mereka.
tapi, its totally opposite.betul ni..

sebahagian contoh masakan ibu lah kan..

hari tu ummi tanya mahu makan apa. jawab je, ''makan sedap!''
sebab memang diterima umum bahawa masakan ibu memang semuanya sedap bukan?

adalah penting untuk menjaga kegembiraan ummi untuk mengelakkan dari datangnya sakit lama ummi.

ummi, memang yang terindah untuk abi.dan senantiasa mencuba.
ummi, didikan abi.

kisah abi pula?
ini biarlah rahsia, kerana memang sinonim seorang bapa itu sangat cool.
cukuplah dikatakan sifatnya seorang pemberi.malah memberi sebelum diminta.
meski bukanlah kaya bersangatan, tapi Allah murahkan rezeki dan memberi kemuliaan kepadanya untuk mampu memberi..


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
ibubapa bukanlah satu faktor sekeliling yg boleh dipilih.suka-suka pilih.
dan melalui merekalah kami, anak-anak ni mengenal agama.
atau berkehendak untuk lebih kenal agama.


''ya Allah, bantulah akan kami supaya dapat selalu menyebut namaMu, mengingati namaMu, bersyukur kepadaMu dan membaguskan ibadat kami terhadapMu..''

amin...


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



******



p/s: asalnya mahu tulis pendek saja.iaitu bahagian paling atas yg tulisan bold tu saja.nama pun ringkasan.tapi, macam dah selalu sangat berahsia sampai menyeksakan pembaca (yaka?).
akhirnya kali ni ku longgarkan syarat penulisan.

lagipun, dengan menceritakan nikmat adalah salah satu cara bersyukur.
tambahan lagi, 'mereka' pun membaca..

it`d be nice if they know, and make `em smile =)



mudah-mudahan kalian juga dalam keadaan sejahtera.gembira.
senyum sokmo!


merungut:aish macam kelakar je sebab dah putuskan untuk berhenti menulis.


Monday, August 1, 2011

indah..


malam ini kami beratapkan langit,
tidak bertemankan cahaya purnama kerna baru kelahiran anak bulan.
tapi lampu malap di halaman
dan cengkerik, bunyi menghiasi

sedikit-sedikit,
mendengarkan khatam soheh Bukhari (kitab paling soheh selepas al-Quran)-bab puasa
kaedah baca dan dengar -menadah ilmu...

menemui ramadhan, memasukinya dengan ilmu..

malam ini bukan terancang.ia berlaku dan berlalu begitu..


=)

11:56pm
01/08/2011
rumah manis

Sunday, June 5, 2011

kiddo..



innocent itu universal approach
?


teehe!

saja berseloroh dengan kawan2..
hehe..
dengan orang lain x buatlah..



percaya x, kalau kita puji diri sndiri, nanti org lain x puji kita.
ha...terselamatlah sy daripada dipuji.

:P

ada satu kisah,tika di dapur umum, hostel Kuzmin, tahun lepas.
sy tengah memasak ayam..
ada lah sorang kawan ni, non muslim prmpuan.
tanya masak apa.sy katalah ''Ayam Masak Sedap''

terus dia buat muka mcm ni..

=.=''

aha~


tapi betul lah.sy yang cipta resepi tu.
jadi, selaku chef, sy patut bagi nama pada masakan sy.kan?
memandangkan bahan dari msia adalah terhad, harus cari sumber tempatan yakni disekitar tempat tinggal, sebab mudah cari.

ditanya sy rasa apa?
sy kata rasa ayam...haha

pastu bagi rasa sikit ja.
seeeeedap~!

hehe.takpe kan gini?
kalau rasa x mampu terima pujian, kita ''pusing'' sikit supaya x dapat pujian.
pujian kadang2 buat hidung tinggi tanbah panjang dan rasa awkward.
macam pinocchio.macam janggal.
tak tahu mcm mana nak sambut.

ada dengan membenarkan pujian pun, kadang2 dapat membatalkan hasrat untuk org memuji.
contoh mcm..

wah..knapa hensem sgt hari ni??

sy pun blakon ''hensem''..
pastu kata..aahh..hensem kann..

dan automatik orang tu akan buat gaya nak muntah..
haha..

kalau sy kata..''tak..mane de...''
lagi lah diorang nak usik.

jadi cara ni lagi efektif.kan?

=)

*sengih puas*
:)

Tuesday, April 19, 2011

mereka cermin saya =)

''mari bermuka-muka''
-peace-
(^^)~V



“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Islam dan iman adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”
[Umar al-Khattab]



setiap satu dari mereka (insan) punya perangai yg unik.
tersangatlah matang untuk diambil pengajaran juga sempadan.


*****

kau tahu?
dewasa kini, orang-orang kerap sengih-sengih depan komputer riba (masing-masing)
dunia sendiri, halaman rumah, tempat bertemu (berkumpul) makin sunyi sepi.
kerana lebih giat melakukan aktiviti masing-masing

disini pointnya masing-masing (tiga kali ulang dah ni, kalau x nampak stress juga tatau ah)

inner-self-sphere keep expanding eh org putih kata?
=p

suatu hari hening sepi
sepetang kami bersama teh dan kopi
datang satu makhluk pakar hack ID
facebook laman sesawang sosial nama diberi
*ewah pantun?

kau tahu? berkawan pun ada tahap atau level, sejauh mana dapat kita susahkan diri untuk dia (kawan)
diffrent level with different task atau ability.
misalannya, ada kenalan yg cukup hanya hai-hey!bye bey?
ada yg sampai ''bro pinjam seribu, pastu tolong belikan ayam,kobes kentang bawang keropok estrella dan segala yg menyusahkan, please.''
(trick-nya senyum innocent dan jangan lupa please)
terima kasih bila selesai.

different level are meant for different task.bila kamu dah buat tautan hati=)

ok.kembali kepada facebook tadi, ada orang menjadikan ia suatu yg besar, suatu yg even seorang kawan pun ''dont mess with me'' (my belonging etc) plus tunjuk penumbuk.

dan setiap orang itu ada stresspointnya yg lain-lain.
misalannya, kalau terpijak sejadah, langsunglah kene sound, lantaran didikan bapaknya dari kecil.
ada pula yg kalau melompat di rumah pun nak bising dek keterbiasaannya di rumah pangsanya dulu orang atas selalu main basket ball??
dan ada pula yg tak boleh mula memasak kalau-kalau dapurnya tika itu tidak kemas.
dan segala isu-isu sensitif terbina dari pengalaman dalam membesar.


eh, melalut dah, kembali kepada FB (facebook hacking) *senyum luas-luas (haha-evil)
jadi, untuk bercakap seseorang itu perlukan isu.dan inilah isunya.

''tak ada fasal, pegi cari fasal''

hacking pun kenalah ada rule, sure bukan ayat kebiasaan kegunaanya,
memang tujuannya untuk kantoi dan tidak memalukan.
misalannya, ada kawan mesti guna simbol ini (^^)V, atau cara ejaan ''hensem'' ke,
atau.. kamu mesti lebih arif bukan?
=)

oh ada kisah ni..
hehe..
ada sampai dikalangan ahli rumah kami punyalah geram pada ''si hacker'' dibuat pakatan.
sengaja seorang dibiarkan laptopnya on bersama facebook tidak log out seperti tertulis, ''hack lah sayeeeee...'' dan seorang lagi tugasnya mengumpan bersama rakaman video henset (mcm politk msia eh-budak2 lo ni pandai do`oh)

malangnya malang.hanya dapat ikan kecil.hehe (gelak puas hati)
orang lain yg terumpan.
time tu tengah jujur kott.kalau lihat balik video penuh, mmg gelak2 arr..

oh ya, selepas x jadi tu kan.ada ter ''bau'' sumthin-lah.
keluar bilik tiba-jadi sunyi.macam ada dua orang berbual tadi.
bila berlakon macam hendak ke tandas (tandas kami agak terlindung) lalu di katupkan pintu tapi jasad sebenarnya masih diluar tandas.

sok sek sok sekkkk!!

wah rancak berbincang cara nak tumpaskan hacker...hahaha (tiga harkat tanda puas hati betul!)

well~
(bangga x sudah kerja jahat ni)
=p

*****

ok, lagi-lagi rule kehidupan,
orang takkan beri apa yang kita tak beri.
eh macam penin pula.

kita, takkan buat sesuatu yg kita tak suka kepada orang lain, betul?
means, kalau kita suka orang buat kat kita (sedemikian) maka kita buat lah?

contoh, memuji?.. (sound so wrong~)
eh tak, puji bukan untuk dipuji balik tau, tapi bermanis mulut itukan sedekahh.
contoh sebenar adalah, bila pulang rumah, bawakan buah tangan untuk ahli-ahli rumah.
donut ke sbg contoh (disini-russia dipanggil ponchik)

belikan sesuatu lebih, sebagai hadiah itu dapat mengeratkan hubungan
(ini sgt2 pasti ada hadis melainkan bila ingat lafaz sebenar hadis itu akn ditulis)

dan memupuk agar tidak berkiralah sangat sesama kita.
bukankah ini tanda bersyukur?
rezeki yg kita dapat itu tidak hanya untuk diri sendiri, tapi untuk bersama.
dan orang bersyukur ni, akan ditambah nikmatnya kalau dia tahu.kan?

jadi, bersangatan lah tidak rugi, plus, win-win situation.

tapi, jangan pula dibenci kalau orang tak menerima pemberian,
jangan pula membenci pada yg kedekut sakan.

kalau x d terima, itu mungkin tanda niat atau sumber tidak betul?
*adalah menjadi kemestian untuk menyalahkan diri sendiri dan bersangka baik*

ada yg terpaksa mengikat perut, demi perancangan jangka masa panjang.
ada kawan oleh kerana nekad mahu mendirikan bahtera, kita patut faham.
dan dirinya xdapat lakukan sedemikian (belanja kawan) bersangatan.

tapi dalam kes sy, dia sangat mencuba.ada sekali dihadiahkan jeli-jeli bentuk binatang.
haha.comel je.orangnya pun comel.
mari doakan agar dia ''berjaya''
(sy menyarankan doa ke atasnya kerana beliau sgt berusaha)

kan saling mendoakan itu harmoni. bernasib baik, jika tanpa ketahuannya, malaikat pula doakan yg sama kembali buat si pendoa.

ha...kan cantik tu. =)


*****

remaja masakini sedia maklum rasanya apa itu ''sentap''
almaklum, dunia dihujung jari?
sentap itu satu kesenian sinis.=)

sekali kena, ouch! pedas.tapi nak lagi (haha?)

seperti kisahnya disini.
lambakan pinggan mangkuk di sinki.
biasalah, bermalas-malasan dan penangguhan itu dengan manusia amat sinonim walaupun kita tak wajar biasakan ia dengan kebiasaan.

tiap kali ke dapur aja pasti ada lambakan yg menyakitkan mata.
apalah salah tinggalkan komputer riba selesaikan hutang basuh dulu?
lima minit je kut??

tapi sabar, jangan luahkan.kita kasi sentap sikit. hehe
kita basuh, sambil betulkan niat.
kalau marah-marah pun, bukan dapat mengelokkan keadaan.
bahkan tambah keruh hubungan dua orang.ha kan?
niatkan sedekah dan sangka baik busy webcam dgn parents.
kan penting dan urgent tu!

nanti adalah yg ke dapur buat-buat cari,
''eh mana pinggan aku tadi?? la..kau basuh keeeee...baru nakk...''

hehe.xpe2 biase dah.kite memang ada orang gaji kat umah ni.
*fwhooopp..terus lesap terbakar pahala sedekah, wallahualam.

motif kisah?jangan mngungkit.buat hati sakit. (???)

=)

*****


ada perkara, yg kita pernah buat pada mereka, dibalasnya sama.
Allahu..puasnya..

memanglah suatu itu diperlakukan mesti ikhlas.tiada ubah dengan pujian atau kejian.
tapi kan manis begini?
orang berbudi mengenang budi.budi budi budi meramaikan orang budiman.dunia jadi aman.
satu hari lebih baik untuk hidup keesokan harinya.


kaaannnn~?


*****


*tidaklah hanya dalam gambar (atas) itu kawan saya, cuma mereka ada bilamana saya dan kamera bersama.kebanyakannya adalah ahli rumah saya, jadi munasabah lah kan?jangan jeles2 ok?

sebab motif post ini pun nak bagi kamu jeles. (haha~)
semangat buat kawan.
jangan cari lawan.

networking itu penting.

sekian.

****

nah hadiah untuk kamu, lagu best!

Wednesday, October 6, 2010

kasih 'cuitan' Dia..=)

65 again!?


astaghfirullah x3 ...



terdiam kaku....
dia teringat dosa pagi tadi...

Allah...

=(

hampenye...
lesu..

3rd try!




*click2!*

dalam hati seiring dgn bismillahi tawakkaltu `alallah!


*click2!*

Allah..soalan ni...
baru baca tadi...

.....


''kalau aku lepas..aku bernazar puasa sehari..''


*click2!*


last question..

last click for d day..please..


85!!!

alhamdulillah!!



heart beat=back to normal after rapid increase..
GIT motility back to normal..
all glands begin funtioning *normally..
fight & flight mechanism stops
selawat dan istighfar makin lama makin surut..

di ganti hamdalah...

Allahu...


******


berjalan pulang..
memandang langit dan berkata..

tanpa ihsanNya..

betapa aku takkan berjaya,
biar aku sumbangkan 100% kudrat tenaga,
aku lah hamba..
dan kan tetap hamba..
makhluk y diciptaNya


berbeza dengan Sang Pencipta..
Dialah berkehendak..
Dialah mampu merialisasikan apa-apa dengan kudratNya..


itulah..
aku lupa...aku ada Tuhan..
dan Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Pemurah..
memberi tanpa sikitpun kurang akan kekayaan kerajaanNya


******


p/s: semakin menyedari (yakin) y dalam hidup ini..
tiada reverse button..tiada pause..
y ada hanya cuma play dan fast forward (kalau lalai)..

jatuh-jatuh x boleh lama..
kan aku pernah cakap 24jam bukan solid aku punya?
belajar-belajar memaafkan diri..

kawan-kawan lain dah mula ''cycle''

hey yaperdaaaaa~
(bukan tamil tp advance malay kot~)

haha..

=)


tambahan: setiap kali wudhu..
alirkan air dan doakan..
agar anggota ini d bersihkan jua karat2 dosa..
gugurnya sperti daun2 luruh..

hu~
moga2 tangan2 y 'bersih' ini kan bisa di pimpin tangan Baginda salallahu alaihi wassalam yang mulia..
meniti titian sirat..

juga doakan tika basuh kaki..
agar kekal, menetap atas titian..tegar..tidak goyah2..


Saturday, July 24, 2010

berbezanya pendapat itu..

buat masa sekarang..

kepada dia bernama 'ketidak-serasian'

beberapa lama berada dalam 'arena' ini
(tidaklah lama mana pun sebanarnya..)
telah berlaku pertembungan idealogi/fikrah/pndapat/pembawaan/etc..

di sini ingin dinyatakan pendirian (semasa)

pada golongan yang belum tahu..
aku ingin kongsikan pada mereka..
perkara2 yang mana bagi aku..bagus untuk mereka..

tapi..buat mereka (dia 'ketidak-serasian) y sudah punya hujah..
aku tak berharap utk berlawan hujah..

sedikit sebanyak permulaan mungkin (sekadar menduga?)
benar..awal2 persoalan utk menguji kefahaman masing2

tapi jika meleret2..takut di celah syaitan laknatullah..
menyuburkan ego..membawa kepada tajuk ''aku betul kau salah''

jadi perkara ini sangat2 mengusutkan hati lagi menyesakkan jiwa..
sangat buruk lagi huduh!
paling teruk TERputus persahabatan..
jadi renggang tidak akrab..tiada kemurnian d situ..


aku yakin..tidaklah bertegur sapa itu berlaku kerana sayang lagi concern akan sahabat y di sangka menyimpang..
niat murni itu aku sanjung..

namun tiada paksaan dalam agama bukan?
pasti tahu kadar mana limit


kau yang di sana..
aku berharap kau ada bersebelah dengan aku..
aku pasti kau juga mengharapkan yang sama (bagi pihakmu)..


makanya..aku memilih besederhana, toleransi, beradab & tiada paksaan..moga Allah merahmati.


secebis 'usaha' dan doa aku kirimkan..moga Allah memberkati..


*****


*suka untuk aku ingatkan..dalil2 itu bukanlah hanya 'bullet' untuk 'menembak' orang..lagikan yang tak mampu..

menyatakan sekian2 orangnya..sekian2 kitabnya..
sedangkan ramai yang tak tahu taraf kitab itu muktabar atau diubahsuai?
orang yang dikatakan `alim ulama itu adalah alim ulam yang sebenar?sikap dan kisahnya?

atas kejahilan..ya..salah kami..untuk kami perbaiki..


kepada yang ''belum-tahu''
pesan aku..carilah guru yang bersanad (bersambung) terus amalan/ilmunya sampai ke Rasulullah صلى لله عليه وسلم

formulanya ialah..
Siapa yang paling dekat dgn Allah? dgn Rasulullah صلى لله عليه وسلم ? dengan sahabat..n so on..
sangat2 perlu teliti kerana ini untuk membimbing kehidupan abadi.
bukan sekadar perkara kecil
sangat besar!
-bergerak melangkah ke arah sebuah ''tujuan hidup''

`alim satu hal..wara` juga satu hal..
kalau ragu2?..aku cadangkan beristikharah..
rasa hati juga membantu..

=)
moga Allah beri petunjuk.

Saturday, July 17, 2010

mu`jizat Isra` dan Mi`raj (1)

Permulaan



ini adalah hakikat sirah Baginda صلى لله عليه وسلم yang mana sejarah terhebat dan teragung yang tak pernah disaksikan dan dirakamkan dalam sejarah manusia

juga peristiwa ini tak pernah dicapai oleh seorang manusia pun di dunia ini melainkan Muhammad ibn Abdillah صلى لله عليه وسلم
khusus buat Baginda صلى لله عليه وسلم



Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil-Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan
kesuburan tanahnya), untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi, Maha Mengetahui."
(Surah al-Isra', ayat 1)


-dimulakan ayat ini dengan "Maha suci Allah..''
bermaksud mensucikan Allah dari segala keburukan..
kesilapan dari memilih wakilNya dari kalangan yang pendusta


-mukjizat adalah perkara yang mencarik adat.
tidak boleh semua difikirkan logik diselesaikan dengan akal.

tidaklah perkara ini berlaku ketika Baginda صلى لله عليه وسلم bermimpi
tapi hadirnya roh dan jasad dalam keadaan jaga..

sekiranya yang berlaku pada peristiwa ini adalah mimpi..
pastinya orang-orang kafir Quraisy tidak menolak dan mendustakan
pastinya orang-orang yang lemah iman tidak murtad dan terfitnah

mimpi bukan perkara yang mencarik adat..pasti mudah diterima akal



''..menjalankan hambaNya (Muhammad)..''

ayat ini menerangkan bahawa peristiwa ini berlaku atas timetable penuh yang disediakan Allah kepada Baginda صلى لله عليه وسلم

Baginda akur dan patuh mengikuti 'program' ini tanpa banyak bertanya..
yakin segala-galanya berserah penuh kepada rancangan Allah taala.


di beri jarak antara ''Masjidil-Haram (di Makkah) hingga ke Masjidil Aqsa (di Palestin)''
antaranya kerana..

ini adalah jarak yang paling jauh pernah di capai oleh penduduk Makkah ketika itu..
dan mengambil masa selama 40 hari untuk travel sejauh jarak itu
ini kemampuan masyarakat arab ketika itu..

even kalau ada jarak yang lebih jauh..
nescaya bergeraknya pergerakkan malam israa turut sejauh itu..


antara tujuan berlakunya peristiwa ini adalah?
''..untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.. ''

berlakunya peristiwa ini pada 'Tahun Kesedihan'
yang mana wafatnya dua orang yang sangat sangat Baginda صلى لله عليه وسلم kasihi.
yakni Saidatina Khadijah binti Khuwailid (isteri) dan Abu Thalib (bapa saudara)

sedihnya Baginda صلى لله عليه وسلم kerana akan bertambah kufur orang-orang kafir Quraisy
kerana dua orang yang amat amat Baginda صلى لله عليه وسلم kasihi itu adalah 'backup' besar dalam perjuangannya..

keputusan pembesar-pembesar Makkah harus mendapat persetujuan/memberitahu outcome persidangan kepada Abu Thalib yang merupakan bapa saudara Nabi Muhammad صلى لله عليه وسلم
boleh saja dia (Abu Thalib) tidak membenarkan keputusan tersebut ataupun memberitahu keputusan yang diambil oleh pembesar-pembesar Quraisy

manakala peranan Saidatina Khadijah turut memainkan peranan yang besar..
kerana beliau adalah Ahli korporat ternama ketika itu yang turut menyumbang kepada kemajuan pembangunan Makkah
orangnya dihormati lagi disegani masyarakat arab ketika itu.


Jadi peristiwa ini untuk meyakinkan/memantapkan lagi hati Nabi Muhammad صلى لله عليه وسلم dalam meneruskan perjuangan ini




*****



rujukan:

Kitab Mu`jizat Isra` dan Mi`raj karangan al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Ibn `Alawi al Maliki al Hasani
terjemahan al Faqir ilallah al Qawiyy Muhammad Fuad Bin Kamaludin al Maliki

dan tambahan maklumat daripada huraian yang diberikan ketika menghadiri kelas/kuliah di Darul Maliki, Ampang dan Masjid TAR


*saya pohon kemaafan, jika terdapat kesalahan dalam menterjemahkan (kepada perkataan pilihan saya) sebarang teguran membina, saya terima dengan hati yang terbuka.

Sunday, July 11, 2010

berita gembira!

hadith musalsal diriwayatkan daripada Nabi Ibrahim 3alaihi salam.

''Aku menemui Nabi Ibrahim 3alaihi salam pada malam aku diisraa`kan (ke langit), dia bersabda kepadaku, ''Wahai Muhammad! Sampaikanlah salam daripadaku kepada umatmu, dan beritahulah mereka bahawasanya syurga itu bagus tanahnya, tawar airnya dan ia merata, dan tumbuh-tumbuhannya ialah:

''subhanallah, wal hamdulillah, wa la ilaha ilallah, wallahu akbar''

Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Agung

-------------------




pada malam 27 rejab telah d sanadkan hadith ini kepada kami..
lalu kami menyampaikan..

perawinya sangat2 panjang daripada sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki sampailah ke Ibnu Mas`ud ra.
*x d tulis complete semua list perawinya d blog ini..harap maaf..

hadith ini adalah antara cebisan2 peristiwa israa mikraj..
dan alhamdulillah..baru semalam khatam pembacaan kitab israa mikraj bersama guru kami dan di ijazahkan..

=)

dan perkara ini sangat2 mesti d ketahui umum..
terkandung hikmah yang sangat..sangat..besar!!!

*aku berharap keberkatan masa..huhu..akan usahakan perkongsian..



secara ringkas..
hadith ini bersambung sanad dua orang nabi pilihan Allah swt. bersambung sanad secara terus..
antara rare case yang manis/lazat..

pasti kalian tahu bukan..Nabi Muhammad saw. adalah keturunan Nabi Ibrahim as.

Nabi Ibrahim as. kirim salam kpd umat Muhammad saw.

d syurga terdapat tanah yang subur..maka tanaman2 nya ialah..(seperti di atas)




*****

tindakan kita:
1)jawab salam..*ada seseorang y x pernah jumpa kita mendoakan kesejahteraan kpd kita..
apakah pantas bagi kita x menghiraukan?

*atau kita bukan umat Muhammad 'sebenar'?..nauzubillah..

tersingkap kisah kaitan antara yang mati dan yang hidup..
bukan seperti y didakwa sesetegah pihak..ini bidah!

sebenarnya bukan ya..ada hadis soheh..dan ijma` x mnyatakan jatuh kufur..


2)selamat menanam d tanah yang subur..pasti ia adalah ''hobi'' y menarik..kan?
insyaAllah..latih hati supaya 'suka'
benefit buat orang yang percaya Hari Pengadilan Allah..

Friday, July 9, 2010

seribu bahasa bisu..

please keep your mouth shut & do your work!


seperti biasa..
renggang dek kelapangan waktu..
bukan tak mahu
tapi..

ah usahkan bertapi-tapi..
kalau dah manusia namanya..

iya manusia jenis kau..



*****


saban hari melewati waktu..
tawar kata..
persahabatan lusuh..
lama x ketemu..

ah..
persis si penipu..
jangan katakan rindu kalau hanya manis di bibir ampu..


haluan masing-masing..
berubah ikut susur galur kesukaan..
perwatakan yang tidak sama seperti dulu
atau aku yang sellfish?

kini mereka meningkat dewasa..
tinggal aku jauh..

sendiri..
sepi..

atau aku yang terus melarikan diri menjauh..
dari kelompok ramah..
jaga kain sendiri..
mungkin..

tiada daya hanya alasan..
maafkan teman..

nampaknya aku lah jenis loner..


****



tidak sekepala jadi isu..
serasi dan segala bagai..
bosan omong kosong dengan orang-orang..
inikan yang bertajuk pangkat, harta, lawak-lawak untuk yang orang kering gusi..
mengherdik memakan daging bersaudara..


oh puhlease..



bicarakan idea

nah aku mencelah..
pasti menarik aku pasang telinga..


kurangkan nada 'main-main'
hidup ini terlalu singkat untuk menjadi seseorang typical-normal..
mereka di 'sana' sudah matang memikirkan usia..

umur yang berbaki sudah tahu tujuan untuk apa..
nafas yang berlalu tiada reverse kata orang..kan?


*****


x lebih sekadar luahan ''seorang AKU''
dimana semuanya tentang pekik-loya individu AKU..

aku aku dan aku..
kau dia siapa?..

LANTAK lah..
peduli apa?

stiap pandangan dari sudut sendiri
tak perlu fikirkan hujah bidas orang lain..

sellfish..
celah-jurang-dalam stiap sisi manusia..
hanya empunya diri yang perasan..

antara lawan atau layan..
sendiri pilih..

----------------------------------------------------------------------------------


keadaan semasa: nak update diri lah..
meski dalam ruang cuti aku bizi..
dalam lapang aku sempit..

tidak seperti dulu..semput2 pun boleh jah update..
nikmat lapang dalam kesempitan..

keduanya adalah nikmat bertepatan dgn keadaan aku..
masyaAllah..rancangan Dia x pernah gagal mengajar aku..

baiklah..aku terangkan sedikit faktor aku 'sempit'
yang hakikatnya satu nikmat..
kalau refer pada post 2 sebelum ini..
itu adalah hasil mengikuti kelas (macam kelas lah jgk)
biodata Guru ada aku selitkan pada post tersebut..

malu bagi kita (aku lah tu)
yang bila sebut..dialah ulama` muktabar..ini kitab besar dan seumpama..
tapi kita terpinga-pinga..

''ye lah kot''..sekadar membenarkan info2 dibacakan melalui telinga..
endah x endah..
sikap..sikap..aih~

seringkali juga aku tertanya2..bagaimana iman para sahabat dahulu?
yang aku punya ni..adakah hampir?
atau langsung x mencapai kadar minima?

nauzubillah..kalau2..kita ni bukan dalam lingkungan dalam 'pandangan' Dia..

moga2..doa2kan sesama kita..
kebaikan bersama..





Saturday, June 26, 2010

tiada batas..itu kasihnya..

rasa kasih dan sayang terhadap ummat Baginda ,
junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

betapa dalam hanya satu kisah,
Sheikh Muhammad Fuad B. Kamaludin al-Maliki menghuraikan sangat terperinci perihal Kekasih Allah SWT.


******

Malam, Gerhana bulan,

15 Rejab 1431
27 Jun 2010 [7.10-900pm]
masjid Taman TAR.

bismillah ar-Rahman ar-Rahim + sollu 3ala nabi

solat sunat gerhana
2 rakaat
diikuti 2 khutbah..

ada pun 2 rakaat itu..
stiap satu rakaat ada dua rukuk..

cth..
rakaat pertama..
takbiratul ihram spt biasa,
doa iftitah
al-fatihah
surah2 'bonus'
rukuk
iktidal
dan kembali al-fatihah juga surah bonus
(kedudukn tangan kembali spt berdiri tegak pada awal solat)
dan barulah rukuk iktidal dan sujud dan seterusnya..

begitu jugalah pada rakaat ke dua..

adapun solat sunat gerhana ada 3 tahap..
y pertama ialah solat sunnat biasa..(biasa-biasa saja)

tahap kedua adalah pertengahan sptmana contoh diatas..

dan tahap ketiga adalah seperti y nabi amalkan selalu tanpa miss tiap kali gerhana..
x kira gerhana matahari mahupun bulan..
ini menjadi kelaziman Nabi kita..junjungan mulia, kekasih Allah SWT.

Nabi tunaikan sepanjang waktu gerhana itu..
bagaimana Nabi solat sangat sangat sangat panjang sehinggakan ada sahabat y mengatakan..
kalau rukuk itu macam x mahu iktidal..dan kalau sujud tu dah tak mahu duduk..

dan ada juga y menyatakan Nabi membaca surah al-baqarah
selepas itu surah `ali imran
an Nisaa
dan al Maidah
pada setiap alfatihah..

*masyaAllah..nak bayangkn betapa lama nabi solat..kerana apa??


*******


ada Sheikh menyelitkan betapa beruntunglah orang yang menghidupkan amalan2 Nabi ketika mana ummatnya ROSAK akan di kurniakan seperti 100 pahala syahid..

masyaAllah..
syahid itu atas tarafnya dari syurga..
d beri nikmat berjiran denga Allah SWT d akhirat kelak..
nikmat yang sangat tinggi..
masyaAllah..

betapa Nabi juga ingin..
syahid..hidup semula..syahid..hidup semula..
tapi..Nabi sedar akan hakikat..hidup ini sekali..
maka beruntunglah sapa yang menghidupkan amalan2 Nabi d akhir zaman ini..
masyaAllah..
bonus2 besar utk ummat islam (y beriman) d akhir zaman ini..
huu~

rugi besarlah kita..y berpeluang jadi ummat baginda tapi tak kejar bonus2 y terhampar ini..
bahkan..ada sebahagian Nabi y terdahulu..ingin menjadi ummat Nabi Muhammad SAW..

apakah bisa untuk kita persiakan peluang ini?
tepuk dada..dan tepuk dada lagi..

*toksah tanya2 dah...

*****


tahukah tuan-tuan betapa keadaan Nabi SAW dalam melakukan solat itu..
sangat2 cemas..
sangat2 gentar dan takut..
sampaikan ada riwayat yang menyatakan..
Nabi x smpt pun memakai selendang Baginda d bahu
malah di heret saja d tangan..
(walaupun kerja ini sangat mudah)..
menjadi kebiasaan bagi Nabi utk memakai selendang ini tiap kali solat..
dalam kalau kebiasaan sndiri pn tak smpat petanda apakah itu???
hmm..fikirkan..


dan adapun riwayat y lain menyatakan bahawa smpaikan Nabi tersalah ambil baju besi
kerana sangat2 cemas dan ingin cepat2 menunaikan solat gerhana ini..
kenapa?
kenapa bahawa Nabi seorang yang sifat asalnya sangat tenang boleh cemas gentar sedemikian rupa??



dikatakan bahawa berlakunya gerhana itu alamat kiamat..
kerana ia adalah tanda kiamat..
peristiwa gerhana ini adalah ancaman kepada hambaNya yang lalai lagi alpa..


dan tika menunaikan solat sunat ini..
Nabi sampai bercucuran air mata..
cemas..gusar..gementar gerun!! dan seumpama..

aduhai..
tuan-tuan..
Nabi yang maksum terpelihara segala dosa silam dan akan datang..

juga telah d beritakan di dunia lagi..
dosa-dosa Baginda di ampunkan
dapat komfem sewaktu hidup lagi..
jikalau d bandingkan dengan Nabi2 yang terdahulu..
even setelah wafat pun x tahu dosa mereka d ampun kan atau tidak..

Sheikh menceritakan bahawa..
ketikamana ummat manusia berbondong2 datang ke para nabi y terdahulu utk meminta syafaat..
kata para Nabi.. ''aku..aku..aku.."
masing2 x terlepas memikirkan hal sendiri y x tentu lagi..
hanya Nabi kita seorang yang berhak lagi layak..
untuk memohon syafaat dari Allah SWT. ketika itu..
datang Nabi ke Arassy Allah..memuji Allah dgn pujian yang sangat sangat cantik..
tak pernah kita dengar pujian secantik itu dan seisi makhluknya..
masyaAllah..

dan Allah perkenankan..
maha suci Allah..
masakan permintaan kekasihNya itu tak di tunaikan..



satu info menarik utk tuan-tuan..
setiap Nabi ada satu doa (peluang) doa kompem d makbulkan Allah SWT.
sebagaimana nabi-nabi y terdahulu..
telah menggunakan peluang ini spt..
turunkan makanan dari langit..binasakan kaumnya(nabi Nuh as.)
dan d ceritakan kpd ku bahawa..Nabi Muhammad SAW telah menyimpan 'last bullet' ini untuk memberi syafaat kepada ummatnya d akhirak kelak..

''ummati..ummati..ummati..''
betapa Nabi x simpan untuk kepentingan diri sendiri...bahkan di dahulukan ummat Baginda
masyaAllah..betapa kasihnya baginda kpd ummatnya..

*****

oh yea..aku x cerita lagi..kenapa Nabi sangat2 gerun..cemas..takut..
pertamanya tadi bukan sbb dirinya x terurus nanti..
beliau itu maksum lagikan tanpa dosa..
masakan akhirat kelak merupakan ending yang tidak best bukan?

adakah sebab anaknya?
Sayyidatina Fatimah permata Rasulullah SAW.
sedangkan anaknya itu..telah d janjikan Allah d bentengi dari neraka..
lihat saja pada nama y d berikan..
(huraian pada nama aku kurang ingat..aasif jiddan..)

masyaAllah..

adakah pula sebab menantu Baginda, Sayyidina Ali (di muliakan Allah wajahnya)
mana mungkin..
diriwayatkan bahawa..
ada tiga orang y dirindui syurga akan orang nya dan salah seorang nya ialah Ali..

masyaAllah..

adakah sebab cucu-cucu Rasulullah SAW. Sayyidina Hasan dan Hussin?
tapi 2 orang cucu kesayangan Rasulullah ini d janjikan pangkat penghulu syabab(pemuda) d syurga nanti..

betapa jaminan ke atas keluarga Baginda itu sudah sesuatu yang pasti..
apakah yang memungkinkan Nabi begitu dasyat keadaan ketika gerhana?

ke-ra-na....
ummatnya yang melakukan dosa besar...

yup..kerana ummatnya..
ummatnya yang soleh x perlu d risaukan.
kerana mereka boleh mensyafaatkan orang-orang lain..(begitulah lebih kurang maksud)
ini yang fasiq!
berdosa besar!

siapa?
ummat Baginda sendiri..
betapa kasih dan sayang Baginda ..
ngilu rasa lihat ummatnya merana..
pedih lagikan sakit..tengok ummatnya akan disiksa..

waktu itu..Nabi berkata..''wahai Tuhanku, tidakkah Kau berfirman, ''Tidaklah mereka akan di azab selagi Engkau (Muhammad) bersama mereka''

kerana ini Nabi menangisi ummatnya yang FAAASIQ..
lalai dari mengingati Allah SWT.

tapi dimana kita dengan Rasulullah SAW.
yang mengasihi kita lebih dari kita mengasihi diri sendiri?
even lebih kasih kita dari parent kita..
lebih lagi dari sayangnya si suami kepada ister..dan sebaliknya..

astaghfirullahal A`zimmm...

imannya seseorg mukmin itu..pada kasihnya dia kpd Rasulullah SAW.
tidak beriman seseorang itu..selagimana dia x mencintai Allah dan rasulNya lebih dari diri sendiri dan seisi umat manusia yang lain..

lihat lah..
kita tak sambut sayang Nabi..kasih Nabi..
kita even tak nangis pun Nabi di caci..
lagi-lagi media sudah berpakat nak buat 21 mei ini hari cacian Nabi
nauzubillahi minzaalik..

dimanakah kita???


terlalu bodoh bagi mereka yang tak kasihkan dirinya sendiri
dan tak kasihkan Nabi Muhammad SAW.
apatah lagi ada yang menghalang jalan kebaikan?
aduh...betapa jauhnya kita...

wasiat Nabi..pusaka Nabi..
al Quran yg mulia, juga Sunnah sandarannya..
pusaka warisan melebihi intan dan emas..
apa yang ditinggalkan oleh Nabi ini akan menyebabkan sentosa..
bukan binasa sepertimana harta...

masyaAllah..dimanakah kita??

dimanakah kita....

renung-renungkan..

ini antara isi khutbah solat sunnat gerhana tadi..
bukan isi penuh dan aku harap perbetul..
segala kesilapan adalah dari kelemahan dri dengan kehendakNya..
dan segala baik itu tentunya dari Allah SWT.

segala ilmu ini aku sandarkan pada Sheikh..
kerana Beliau lebih alim..lebih tahu..
muhaddis y insyaAllah..komfem soheh info2 y d beri..insyaAllah..

=)
moga perkongsian ini dapat manfaat bersama..
wallahua`lam..

*****

p/s: post ini antaranya menerangkn betapa perlunya kita berselawat ke atas Nabi yang sepatutnya menjadi kekasih sejati kita..kualiti dan kuantiti selawat itu juga taraf ukur keimanan seseorang..(macam indicator mnyukat level kasihkan Baginda)..

insyaAllah..

p/s lagi: sesungguhnya..ini mencapai antara objektif hidup aku..tentang mengenali siapa yang perlu aku kasih..apa2 aktiviti y cross progrm ini adalah x penting..y pasti...tujuan hidup mestilah paling utama..