
apa aku dapat hari ini?
atau..
apa yg aku beri hari ini?
-sebanyak mana aku beri itulah yg aku dapat.
bagaimana beza hari ini dan semalam?
apa yg aku dah buat?
bagaimana pula hari esok?
apa yg aku akan buat?
hmm...
atau?
sama sahaja..
aktiviti ulang-ulang
masuk tape, play dan tekan replay.
lagi dan lagi.
belum bosan?
hmm..
jika esok tiada matlamat,
buat apa bangun lagi?
hari esok tiba untuk mengulang hari ini... lagi?
pfftt..
menjalani kehidupan yg makin hari makin tawar..
*****
dikala kini solat bukan lagi perkara yg ditunggu-tunggu..
macam bukan perkara yg menyeronokkan
macam kena buat, sekadar syarat.
dengan pakaian tidur semalaman
dengan hati yg tidak sedia baru lepas main game
atau hati yg gundah FB-ing
tiada roh!
mana pergi takbir yg membesarkan Allah swt?
mana pergi rukuk dan sujud yg merendahkan diri?
mana pergi semua pelajaran solat dalam penerapan hidup seharian?
seperti kata rakanku, ibaratnya datang lecture tulis nama tapi tidur.
syaratnya hadir.dan kehadiran dikira.
bayangkan eh, itu tiang agama.
diperlakukan sambil lewa
masakan ia dapat memberi manfaat seperti mencegah maksiat?
ya,
kita pinjamkan tenaga keterpaksaan dalam melakukan ketaatan
mujur, jikalau saja menentang secara terbuka dikira kafir.
itu baru satu simbolik daripada ibadah yg tunjang
lain-lain yg cabang?
hmmm...
menakutkan tak?
seolah-olah tiada masa untuk fikir sejenak.
atau tiada dalam jadual harian?
tiada peruntukan?
seolah tandas itu lebih cergas kita kejar berbanding ibadah.
menunaikan hajat itu lebih utama, katanya.
makan, tidur dan keperluan fizikal seumpama
kita lebih tahu alas yg kita alaskan.
alasan.
kalaulah kita betul-betul kenal Dia dan Baginda..
kalaulah betul-betul kita yakin adanya siksaan neraka yg amat dahsyat!,
ganjaran syurga yg mendamaikan..
kalaulah...
setiap masa aku diingatkan, maka aku mengingatkan pula
tapi...
tak ramai mahu bualkan topik ini.
atau, jika diutarakan pasti saja membosankan,
dan bajet tukar topik.
atau, ini hanya bincang dalam usrah yg mana semua budak jadi baik sementara,
maka mind setting sudah sedia untuk menerima tajuk bajet-ilmiah ini.
soalan realiti lebih diabaikan..
dan bualkan topik-topik yg sikit pun tak berkaitan dengan realiti diri
sepertinya bola?
perihal rancangan drama?
cerita-cerita orang (mengumpat)
dan lagi-lagi contoh yg mungkin x beri pun faedah pada diri sndiri
kita suka lakukan apa yg kita suka
mudah..
mudahnya makna kehidupan sebegini..
bila hadapi kesusahan, bukan hadapi tapi melarikan diri..
sedih..
dan menyedihkan..
kalau tetap terus hidup dalam suasana yg tidak memajukan..
sayu..
:(
tukar tempat jom?
==''
dan kita sentiasa bersandar pada lumrah manusia yg lupa...
sebab tu tema kita, ingatkan aku untuk ingatkan kamu..
cuma kebelakangan ini aku kehabisan bateri positif.
dan pada masa yg sama orang lain pun nak habis bateri jugakk..
jadi...
ini kebetulanNya yg terancang.
aku cuma kena yakin.
barangkali yakin lebih sikit kali ni.
yosh~!
moga imanku kekal sejahtera,
pemikiranku juga sejahtera.
amalku sejahtera.
''Ya Allah, izinkan hamba-hambaMu ini untuk meyakini keluasan rahmatMu, sekalipun telah menumpuk maksiat kami. Jadikanlah ingatan akan kurniaanMu benar-benar modal bagi kami untuk tidak berputus asa..''
amin..