Saturday, December 25, 2010

puji-pujian segala layak..


‎"Perumpamaan orang yang memuji Tuhan dengan hati yang lalai adalah seperti orang yang berbuat salah kepadamu. Dalam keadaan sedar, ia tidak meminta maaf kepadamu. Dalam keadaan mabuk, ia berdiri di hadapanmu lalu mencium kedua kakimu seraya memujimu dengan pelbagai pujian. Bukankah kamu tahu bahawa orang tersebut tidak memahami ucapan dan perbuatannya sendiri? Ucapan dan perbuatannya tidak bermanfaat."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]



"Orang yang memuji Tuhan tanpa mengetahui makna ucapannya ibarat orang yang membawakan seuntai syair untuk raja. Setelah mendengar syair itu, raja bertanya, 'Apa ini?' Ia menjawab, 'Ini pujian yang kuberikan untukmu.' 'Tahukah kamu makna pujianmu?' tanya raja. 'Tidak,' jawabnya, 'Yang kutahu ini adalah pujian.' Raja bertanya, 'Dari mana kamu tahu ini adalah pujian? Bisa jadi ini adalah kejian.' Ia pun bingung, lalu mengaku, 'Aku hanya bermaksud mendapatkan sesuatu darimu.' Akhirnya, setelah mendapatkan apa yang diminta, ia segera diusir dari hadapan raja.

Perumpamaan orang yang memuji Tuhan dengan memahami maknanya daripada orang lain adalah seperti seorang penyair yang mendatangi dan melantunkan syair pujian kepada raja. Setelah mendengar syair, raja bertanya, 'Kamu memang mengenal semua sifatku itu, atau diberitahu orang lain?' Ia menjawab, 'Aku diberitahu oleh orang-orang di pasar bahawa kamu adalah seperti demikian-demikian.' Kedudukannya pun jatuh di hadapan raja dan ia hanya memperoleh sesuatu sesuai dengan kedudukannya yang telah jatuh itu."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]




‎"Pengemis yang langsung pergi - itulah perumpamaan orang yang berdu'a tanpa hati yang penuh harap (raja') dan cemas (khauf). Ia tak ubahnya seperti pengemis yang meminta sesuatu di depan pintu rumah, namun ia langsung pergi dan tidak berhenti (menanti). Ketika permintaannya hendak dipenuhi, tuan rumah tidak menemukannya. Tuan rumah pun masuk kembali dengan membawa sesuatu yang tadinya hendak diberikan kepada si pengemis. Tuan rumah berkata, 'Si pengemis sudah pergi.' Begitulah keadaan pengemis yang langsung pergi dari setiap pintu rumah; (tetapi) ia tidak akan mendapat apa-apa. Demikian pulalah keadaan orang yang berdu'a tanpa disertai kehadiran hati."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]


*di petik dari page FB al-Hikmah , post saudara Mohd Shafiq bin Abas



Allah..
betapa setiap kali berwirid dan doa selepas solat...
meluncur laju dibibir ''ampu'' namun tak berserta hati dek keterbiasaan perbuatan harian...
peringatan ini benar2 menusuk..
apalah erti amalan zahir kalau tak di sertai hati??...



Wednesday, December 15, 2010

bismillah ar Rahman ar Rahim
Allahumma solli wasallim wabarik alaihi wa ala aalih..


saya memang mahu update..
tapi bila tergesa2 banyaklah pula lubang itu ini..
maaf~

memandangkan ramai pula yg link-kn page y x seberapa ni d blog mreka.
orangnya bukan calang-calang..
jadi..

*sebetulnya..byk pula draft y tergantung..perlu d baiki..

perlukn masa dan suasana~

dan kadang2 fikir..
mungkin belum sampai masa utk d ceritakan..
*atas perancangan Dia mungkin?

kerana ada ketikanya, suatu itu x dapat d hurufkan..
kalau cuba pn, macam x sampai maksud..

sangat2 down bila baca sendiri..
haih~


dan ada pula ketikanya bacaan ini sesuai dengan target golongan ini..
dan bukan itu..


apa-apa pun maaf ya~


****

oh yea..
nak tanya sikit ni..
blog ni dah x boleh edit warna pada font.
dan beberapa function lain..
*sukar pula nak buat article dlm bentuk cerita.
melimitkan watak

ada cadangan?


oh ya..ni saya menempek d laptop org lagi..huhu
utk memastikan masa penggunaan y singkat dan tepat lg jitu..ehem!
XD

lain-lain on9 adalah d buat dengan device lebih mobile, harap maklum

sekian saja..maaf skali lagi~

*tambah lagi musim exam..doakan kawan2 kt sini juga ya~
terima kasih!

=)
*senyum manis*

Friday, December 3, 2010

abstrak + random

ia plastik, bukan elastik..

rapuh cuma, dan tidak konkrit.



hampir setiap manusia mahukan lebih masa..

segalanya manusia rasakan tidak cukup?

kerana semua perbuatan itu adalah time-consume

hakikat makhluk yg sangat2 terikat dengan masa..erat!


dan setiap kalinya manusia mengeluh mahukan masa..

masa yg lebih untuk melakukan kerja-kerja dianggap penting dan berfaedah..


namun,

mampu saja manusia mencipta (baca:mencuri) masa untuk facebooking dan seumpama..

hujah-alasannya tampak mudah..

berhibur , tenangkan fikiran dan berehat..

apa-apalah yg dirasakannya 'berfaedah'..


*manusialpa..leka..manusia sering diberi dan diberi tanpa mengenal erti rasa syukur dan rasa cukup..


tidak kurang pula manusia yg setiap hari memasang niat untuk berubah..

betul!..sungguh-sungguh! manusia mahu berubah..


kekalnya kehendak nekad untuk berubah setiap masa!..

setiap hari!

namun seiring masa, nekad itu puput luput dengan leka alpa..


pupus..

lama-kelamaan tidak diperbaharui..

maka berkarat lagikan berlumut..


niat murni yg cahayanya mampu menembus langit ketujuh..

tanpa output (baca: usaha) tetap tidak berganjak dari titik setempat.

sungguh-sungguh itu hanya tinggal pada nama..

ianya tinggal pada kata..



manusia, manusia dan manusia..

solusi depan mata, tidak diendah buat-buat buta..


tak tahukah manusia bahawa ada satu golongan dipanggil rakan?

sahabat sejawat?

yg dikurnia Tuhan kadang-kadang untuk mengingat?


atau manusia tak sedar?..

atau manusia tak endah?..

-akan kewujudan populasi ini.


atau, sememangnya manusia memilih untuk keseorangan dalam keramaian..

pun entah~


seperkara lagi..

''kebetulan'' itu suatu kejadian atas kawalan Tuhan..

yg mana umumnya manusia memanggil ia sebagai 'nasib-baik'

tidakkah manusia sedar?


baiki hubungan dengan Tuhan nescaya 'luck' adalah milikmu (teori ini adalah mungkin)..

(katanama sebenar 'luck'= rezeki)


*terdetik atau terpetik hati lecturer untuk memberi markah penuh, itu juga 'nasib-baik' ..kan?

dan tidaklah penulis menafikan hak usaha pada kejayaan..tidak sama skali ya.


sudah tentu yg membolak-balik hati itu ialah Tuan punya segala hati kalau manusia tahu?


dalam beberapa perkara pertimbangan harus/perlu/wajib dibuat antara dua..

samada turuti kehendak ataupun keperluan.

*hukum pemilihan (wajib/harus/perlu) depends pada situasi..


ia kan menjadi indah pabila kedua-duanya selari..

apa yg dikehendaki, itulah keperluan..

tiada perlu lebih-lebihan, biasa-biasa saja hendaknya.

lebih-lebihan kan bisa menjadi beban untuk mendaki kejayaan..

kejayaan nun di puncak 'sana'..


ia kan tampak lebih manis jika kehendak manusia, selari dengan kehendak Tuhan..

masyaAllah tabarakallah..

hati bersih, pandangan tajam, jauh kehadapan.

decision yg dipandu.


bila sudah selari..

barulah layak untuk katakan..

''biarlah aku menjadi aku..usah turuti yg bukan-bukan aku''


*kerana setiap perbuatan itu akan disoal terutama perihal masa umur muda dibelanjakan di mana..




******


harap ia bermanfaat.

buat tangan yg menulis biar menjadi saham paling tidak, pada tuan punya diri.

moga-moga tidak terfitnah dengan jari sendiri.


-penulis aku.bukan.aku-

Friday, November 26, 2010

ada-ada nama..

sang bunga comel, mekarlah
agar dapat ku petik..
segera..


dalam hati ini,
ada nama-nama..

nama-nama yg sering di rindu-rindu..
seringkali hiasi kamar hati.
(x kurang juga untuk jasad-jasad d malaysia..)


mendidik hati agar rindu..
lahirkan rasa kasih..

pada yang berhak, pada yang layak
*sepertiga malam..

iya sepertiga malam bila rindu..
bila malam betul-betul syahdu..

benar-benar sunyi untuk melayan hizib ratib warisan 'mereka-mereka' yang mulia..
suara lantang niatkan agar dia yg mendengar
dia yg lena bermimpi dapat manfaat..
bukan takat Alam sementara..bahkan manfaat disana..
insyaAllah..

saling mendoakan..
itu harmoni!..


sering aku tanyakan apa itu bahagia?
adakah ia kudrat untuk mampu memiliki segala kehendak?
adakah ia kuasa untuk mengarah? agar d patuh segala arahan?

ataupun ketenangan..
ketenangan hati..

dan sememangnya di ketahui umum..
hatikan bisa tenang dengan mengingati Tuhan..

dan itu intipati doaku untuk kalian..
agar mendapat ketenangan sepertimana orang yg tidak lengang mengingat Tuhan..

agar d jauh segala bala bencana yg entah bila-bila bakal menimpa
agar d murahkan rezeki y 'mahal'
dipercepat pertolongan y 'lambat'
di permudah segala urusan ketaatan..
di batalkan segala niat keingkaran...

*pertama-tamanya buat diri Baginda yg Mulia, Ibu-Ibu para mukminin, ahlul bait, para sohabat, tabi3, tabi3 tabi3ein..
buat awal2 yg menyampaikan ilmu kefahaman, yg mendahului dengan iman, bapa-bapa ibu-ibu sekeluarga sekalian...

(alfatihah)

moga kabul..
moga diterima..

=)


untuk melazimi selawat atas Baginda salallahu alaihi wasallam,
kerana Allah subhanahu wa taala dan para malaikat pun berselawat atas baginda..
ikatkan dengan perbuatan harian yang significant.

contohnya berwuduk..
cuci pergelangan tangan sambil berselawat..niatkan agar tangan ini adalah tangan y di pimpin tika mana merentas titian sirat
mencuci hidung sambil berselawat..niatkan agar dapat bau wangian datang dari jasad Baginda yg mulia
berkumur sambil berselawat (dalam hati)..niatkan agar dapat menyertai golongan mukmin yg d ganjari minum air telaga Muhammad (telaga al-Kauthar)

dan segala anggota wudhuk niatkan terhapus dosa dan perkaitan manfaat yg dapat dilakukan(dimuliakan) dengannya..
manakan anggota y kotor itu mempunyai perkaitan dgn jasad Baginda yang mulia??

*astaghfirullahhh....*
ighfirlana ya sami3an
ya rabb..

T.T

semoga istiqamah..
bukan hanya mendoakan diri sndiri..turuti sama org-org y disayangi..

*tahukah kamu bahawa rasa kasih y lahir dari sesama ahli keluarga itu fitrah?
semulajadi ada sejak lahir?
tapi kasihkan diri Baginda itu perlukan 'keterpaksaan' pada diri..
mendidik diri dan usaha berterusan..

kalau betul-betul mengenal Baginda salallahu alaihi wasallam.
Makhluk Tuhan yang paling mulia
penutup segala Rasul..
penghulu hari kiamat..
Babullah..

Allah..tidaklah semua ini menjadi beban..


******

untuk melabel seseorang itu baik (sepenuhnya) itu tidaklah solid/sesempurna kata-nama
kerana ia pasti ada jatuh bangun..

lebih selesa kalau menggelar/melabel ''dia-yang-berusaha-untuk-jadi-baik''
itu lebih konkrit atau kukuh.
ayat yang sempurna.

=)

aku makin khuatir untuk menulis yg sebegini..
takut-takut aku yang menyarankan tidak dapat buat..
menyuruh sedangkan tidak melakukan..kehinaan ternyata!

seringkali doa-doakan agar..
diberi kefahaman juga keupayaan untuk menanggung kefahaman..
agar tidak terfitnah dengannya..

agar juga tidak mengundang benci mata-mata memandang dan menilai..
disembunyi kehinaan dari diri sendiri (tidak tahu) adalah sebenar-benar hina..

aku pohon dan aku sangat-sangat pohon..
agar tak disandarkan kelemahan/kesilapan pada siapa-siapa pendidik aku..
yang lemahnya adalah aku..
yang kurangnya adalah aku..
sandarkan pada aku..hanya aku..

aku dan kefahaman aku (yg mungkin silap)..
kalau mahukan kebaikan..maka tegurlah aku..
dan tegur sepertimana kau mahu ditegur..

jangan katakan ''ah! pandailah dia bawa diri''
atau
''elehh..kalau nasihatpun bukan nak dengar, dibidas cemuh adalah...!''

kerana untuk memberi respon reaksi itu adalah aku..
dan menegur itu adalah tugas mu.
tugasku untuk menerima sehemah mungkin..ok?

sama-sama, kita ada tugas bukan?



lend me your hand, will ya?
friend forever?
=)
*sampai syurga hendaknya..


*kerana setiap hari aku citakan perubahan..betul!

doakanku juga ya?..

Wednesday, November 3, 2010

antara dua dunia



''ohh! awak!..''




aku dan dia..
ada jarak..

ada jurang..

tatkala aku memandangnya..
aku mendongak..
dia menunduk..

walau saling pandang berlaga..

kedudukan kami berbeza!



*****




''tolonglah mengaku yang ilmu kau tu banyak!..''

*diam seketika...

''bilamana seseorang itu mengaku ilmunya banyak..maka dia binasa!...''


pandangan mata redup..
kerendahan ilmu..


ujarnya lembut..

aku enggan berikan penjelasan penuh..
aku khuatir..
tatkala ia adalah hujah buat aku..
orang kan bisa pergunakan isi y sama sebagai alasan..
itu bencana!
melalui aku..


maka..
enggan menerima jawatan itu adalah kerna ke-tidak-sempurnaan..


kalau bukan engkau..siapa lagi?


*sengih-sengih*
(macam sudah lali dengan persoalan itu kan?)


kalau engkau mampu..
rasa layak memimpin dengan kelemahan sedia ada..
tanpa perlu baiki..
maka silakan..




maaf..
bukan aku..
cuma..bukan aku..

tidak mahu aku sesat lagi menyesatkan..

=(



*****


menunggu dan menunggu..
sampai masa dia diiktiraf oleh orang yang ahli..
maka itu sebuah 'kesempurnaan-teguh-kukuh'


*satu taraf ukur y diletakkan pada diri..
org kan bisa nampak 'kelecehan'
org kan nampak itu menyusahkan/membebankan..

pada dirinya itu lah benar..




org y ahli x bermaksud org dari 'persatuan'..tp org y ahli pada bidangnya..


disaat org menjerit..''kaulah calon yg layak!''
meremang tengkuk..erk~

''kau-lah!..''



pada y dah mula/bersedia..
di ucapkan tahniah..moga d permudah segala urusan ketaatan kalian..
=)



nota sisi:



[go on..]

kau boleh teruskan jalan, tanpa dia..

maaf..dia lambat..dia 'tempang' juga 'kerenah'..

*dia beban bukan?..

=(

-redha je-