
ceritera sekolah kehidupan aku.. pengalaman bukan untuk dilupakan..tapi untuk dijadikan pengajaran..
Monday, January 24, 2011
rinduan kalbu

Sunday, January 9, 2011
aku lencun hari ni..

Saturday, December 25, 2010
puji-pujian segala layak..

"Pengemis yang langsung pergi - itulah perumpamaan orang yang berdu'a tanpa hati yang penuh harap (raja') dan cemas (khauf). Ia tak ubahnya seperti pengemis yang meminta sesuatu di depan pintu rumah, namun ia langsung pergi dan tidak berhenti (menanti). Ketika permintaannya hendak dipenuhi, tuan rumah tidak menemukannya. Tuan rumah pun masuk kembali dengan membawa sesuatu yang tadinya hendak diberikan kepada si pengemis. Tuan rumah berkata, 'Si pengemis sudah pergi.' Begitulah keadaan pengemis yang langsung pergi dari setiap pintu rumah; (tetapi) ia tidak akan mendapat apa-apa. Demikian pulalah keadaan orang yang berdu'a tanpa disertai kehadiran hati."
[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]
Wednesday, December 15, 2010
Friday, December 3, 2010
abstrak + random

ia plastik, bukan elastik..
rapuh cuma, dan tidak konkrit.
hampir setiap manusia mahukan lebih masa..
segalanya manusia rasakan tidak cukup?
kerana semua perbuatan itu adalah time-consume
hakikat makhluk yg sangat2 terikat dengan masa..erat!
dan setiap kalinya manusia mengeluh mahukan masa..
masa yg lebih untuk melakukan kerja-kerja dianggap penting dan berfaedah..
namun,
mampu saja manusia mencipta (baca:mencuri) masa untuk facebooking dan seumpama..
hujah-alasannya tampak mudah..
berhibur , tenangkan fikiran dan berehat..
apa-apalah yg dirasakannya 'berfaedah'..
*manusialpa..leka..manusia sering diberi dan diberi tanpa mengenal erti rasa syukur dan rasa cukup..
tidak kurang pula manusia yg setiap hari memasang niat untuk berubah..
betul!..sungguh-sungguh! manusia mahu berubah..
kekalnya kehendak nekad untuk berubah setiap masa!..
setiap hari!
namun seiring masa, nekad itu puput luput dengan leka alpa..
pupus..
lama-kelamaan tidak diperbaharui..
maka berkarat lagikan berlumut..
niat murni yg cahayanya mampu menembus langit ketujuh..
tanpa output (baca: usaha) tetap tidak berganjak dari titik setempat.
sungguh-sungguh itu hanya tinggal pada nama..
ianya tinggal pada kata..
manusia, manusia dan manusia..
solusi depan mata, tidak diendah buat-buat buta..
tak tahukah manusia bahawa ada satu golongan dipanggil rakan?
sahabat sejawat?
yg dikurnia Tuhan kadang-kadang untuk mengingat?
atau manusia tak sedar?..
atau manusia tak endah?..
-akan kewujudan populasi ini.
atau, sememangnya manusia memilih untuk keseorangan dalam keramaian..
pun entah~
seperkara lagi..
''kebetulan'' itu suatu kejadian atas kawalan Tuhan..
yg mana umumnya manusia memanggil ia sebagai 'nasib-baik'
tidakkah manusia sedar?
baiki hubungan dengan Tuhan nescaya 'luck' adalah milikmu (teori ini adalah mungkin)..
(katanama sebenar 'luck'= rezeki)
*terdetik atau terpetik hati lecturer untuk memberi markah penuh, itu juga 'nasib-baik' ..kan?
dan tidaklah penulis menafikan hak usaha pada kejayaan..tidak sama skali ya.
sudah tentu yg membolak-balik hati itu ialah Tuan punya segala hati kalau manusia tahu?
dalam beberapa perkara pertimbangan harus/perlu/wajib dibuat antara dua..
samada turuti kehendak ataupun keperluan.
*hukum pemilihan (wajib/harus/perlu) depends pada situasi..
ia kan menjadi indah pabila kedua-duanya selari..
apa yg dikehendaki, itulah keperluan..
tiada perlu lebih-lebihan, biasa-biasa saja hendaknya.
lebih-lebihan kan bisa menjadi beban untuk mendaki kejayaan..
kejayaan nun di puncak 'sana'..
ia kan tampak lebih manis jika kehendak manusia, selari dengan kehendak Tuhan..
masyaAllah tabarakallah..
hati bersih, pandangan tajam, jauh kehadapan.
decision yg dipandu.
bila sudah selari..
barulah layak untuk katakan..
''biarlah aku menjadi aku..usah turuti yg bukan-bukan aku''
*kerana setiap perbuatan itu akan disoal terutama perihal masa umur muda dibelanjakan di mana..
******
harap ia bermanfaat.
buat tangan yg menulis biar menjadi saham paling tidak, pada tuan punya diri.
moga-moga tidak terfitnah dengan jari sendiri.
-penulis aku.bukan.aku-
