Tuesday, April 19, 2011

kenal?




"Orang yang mengenal Allah s.w.t. secara langsung lewat hatinya, bertutur, 'Aku mengetahui sifat-sifat-Mu dengan pengetahuan yang melebihi pengetahuanku tentang diriku sendiri. Pengenalanku tentang-Mu tidak pernah pudar.'

Allah s.w.t. berfirman:

'Aku tidak menjadikanmu jahil dengan pengetahuan tentang-Ku,
tidak akan mengaburkan pengenalanmu tentang-Ku,
serta tidak akan membuat keyakinanmu menjadi ragu, penglihatanmu menjadi buta dan petunjukmu menjadi kesesatan.

Aku akan mencukupimu dengan seluruh pengetahuanmu tentang Diri-Ku.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Maha Dermawan, kedermawanan-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Maha Penyayang, sayang-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Maha Pemurah, kemurahan-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Mahakasih, kasih-Ku untukmu.
Jika kamu mengenal-Ku sebagai Zat Yang Mahalembut, kelembutan-Ku untukmu.

Jika kamu mengenal kemuliaan-Ku, cinta-Ku untukmu. Untukmu tambahan dan kelangsungan kurniaan-Ku.
Tidaklah baik bagi-Ku, jika kamu mengenal-Ku dengan sifat tertentu, Aku memperlihatkan sebaliknya sehingga pengetahuan dan pengenalanmu tentang-Ku menjadi kabur.
Aku seperti yang kamu kenal secara benar. Aku hadirkan untukmu sesuatu yang kamu kenal dari Diri-Ku agar pengetahuanmu menjadi nyata.' "


"Ini senada dengan sabda Nabi s.a.w. : 'Seandainya kamu benar-benar mengenal Allah, maka gunung-ganang bergeser dengan du'a kamu. Seandainya kamu takut kepada Allah dengan takut yang sebenar-benarnya, kamu telah mendapat ilmu yang tidak pernah bercampur dengan kebodohan.'

Barang siapa mengenal-Nya dengan benar, ia mengenal kekuasaan-Nya.
Barang siapa mengenal kekuasaan-Nya, ia tidak akan merasa aneh dengan bergesernya gunung.
Barang siapa mengenal kemurahan-Nya secara benar, ia tidak akan merasa aneh kalau du'anya agar gunung digeser terkabul.
Barang siapa sejati takut kepada-Nya, hilanglah kebodohan dari dirinya, kerana rasa takut adalah cahaya dari-Nya.

Ketika cahaya itu memenuhi hati, ia akan takut dengan takut yang sebenarnya. Kebodohan pun sirna, sebab hati hidup dengan cahaya Allah.

Ilmu bersumber dari kehidupan (hati), sedangkan kebodohan bersumber dari kematian (hati)."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

*hadiahkan doa buat ayahnya sahabat kita Mohd Syafiq supaya cepat sembuh.moga2 itu yg terbaik.

-fahamilah-

Wednesday, April 6, 2011

tahu tapi..

dont ask me.
i know nothing..
and stop staring!

-middle ugly duckling-




''buraq tu bukan kuda terbang..
buraq tu ada maksud!''

sambil memandang muslimah minta persetujuan..
sama-sama angkat kening lalu memandang ahmad.
macam hero yang ditunggu-tunggu keluarkan jawapan.

malulah kalau x tahu!


*****


seketika kisah itu berlaku,
ahmad teringat peristiwa dulu ketika hadis majlis ilmu yang lalu..
ketika Syeikh menghuraikan kitabnya ''Mu`jizat Isra` dan Mi`raj''

ya, dia ingat lagi huraian kitab itu, namun kabur-kabur kelabu.
lantas pulang ke rumah lalu kembali menelaah.

al bariq membawa makna putih (semulia-mulia warna),
al barq membawa makna kilat (pantas yg amat).

buraq itu kuda terbang bersayap? tak pasti lah pula,
nama d beri sempena ciri2 tersebut.
putih dan kilat.

yg pasti, ia adalah kenderaan tercanggih (malah teristimewa antara kalangannya-ada kisah) buat tunggangan semulia-mulia makhluk Allah,kekasihNya , Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam.


tujuan berlakunya peristiwa ini adalah?
''..untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.. ''
(sila rujuk sini)

boleh saja bumi melipatkan mukanya untuk memendekkan langkah Baginda salallahu alaihi wasallam lantas terus sampai ke destinasi,
sekelip mata teleport bahkan tidak mustahil?


tapi, oleh kerana antara tujuannya adalah untuk memperlihatkan kekuasaanNya, lantas disediakan kenderaan tercanggih dari syurga.kholas, stakat itu.

''..tak menjadi suatu keajaiban jika
Baginda salallahu alaihi wasallam dibawa oleh malaikat atau angin bagi menempuh atau menyingkat jarak sejauh ini. Berlain halnya, apabila
Baginda salallahu alaihi wasallam menempuhnya dengan menaiki tunggangan..''

''Allah subhanahu wa taala mengutuskan Buraq dari syurga untuk membesarkan dan memuliakan
Baginda salallahu alaihi wasallam. Sebagaimana adat bagi raja-raja, apabila mengundang orang-orang besar, seseorang yang istimewa, maka diutuskan kepadanya kenderaan khusus yang hebat bersama orang-orang kanannya untuk mengundang tetamunya. Maka Buraq itu pula dari alam ghaib..''

kenderaan hebat=Buraq
orang kanan (pengiring) = Malaikat Jibril alaihi salam.



*****



habis lamunan, kembali peristiwa muslimah memandang hero
menunggu jawapan keluar..


maka ahmad pun buat muka blurr..
comel kan?
;p


*****



ahmad rasanya dikurniakan kepekaan dalam suatu perkara (dalam lingkungan yg diizinNya)
seawal peristiwa itu berlaku adalah kerana, yg mula bertanya itu adalah non-muslim-yet.
dia mahu buktikan pada kawannya (the other nons) bahawa dia pernah bersekolah (belajar) di sekolah melayu.
fullstop.

kalau mahu pembuktian, senang hati ahmad boleh jadi saksi.
tanpa perlu menjawab soalan.


sebenarnya kan, jawapan itu tergantung (ketika itu) agar..ahmad bersabar

mase peristiwa tu berlaku kan, dalam hati cepat2 jerit AHMAD TAHU!..
fuh..bahaya sungguh ni..sabar, step back.betulkan niat balik, maka beritahu bila mana sudah betul (insyaAllah).



*****


*tujuan post adalah untuk tidak menyembunyikan ilmu, pencerahan, dan iktibar (jika ada).
yg pertama sebagai hadiah, buat mohon maaf.



nampak baik itu membebankan tatkala ramai mahu hulurkan jawatan bahkan itulah allergen (perkara yg induce allergic reaction) kamu, lebih baik nampak hina (dihina) kerana itulah hakikat hamba, barulah mengaku kelemahan, kekurangan depan Tuhan yang Maha memiliki segala-galanya empunya mutlak.

tapi..menceritakan amal akan membakar pahala seperti daun kering?
tapi juga, kami dilarang untuk menceritakan keaiban sendiri?
lantas diceritakan yg baik itu untuk dicontohi (kalau ada) dan tidak boleh menceritakan yang tidak baik (membuka pekung tanpa tujuan)..maka, nampaklah yg baik2 aja...

atau ada apa yang x betul pendirian ini untuk kau tegur dan betulkan?silalah..
kerana itu kalam ini di UMUM kan kepada UMUM.


-risau aku-

Tuesday, March 29, 2011

let it be-lah




why bother explaining, when it is imperfectly perfect the way it is?..


*sometimes..

=)

-unpuzzled-

Friday, March 18, 2011

jangan kau pulang

just walk away lah?
since no turning back for 'me'



al kisah.tersebut lah kisah.
tentang Si Bintang Terang yg terbuka aibnya seluruh alam
(atas kehendakNya sebagai pengajaran).
cepat.iya. sangat cepat merebak berita aibnya.


sekali tersebar aib, maka lupuslah segala jasa dalam ingatan.
macam seorang banduan pendosa besarlah yang selayaknya terima layanan binatang.
dibenci malah diherdik.

dipasar-pasarkan cerita cacat celanya.


akibatnya?..
langsung seluruh alam segan menghulur bantu kasih padanya.
kesian..

betul ni. kesian...

malah.ada seorang Pakcik Tua yg baik hati luhur budinya.
dgn simpati menghulur bantuan.
dengan niat mahu membantu bukan menambah beban

kamu tahu apa diorang kata kat pakcik tu kerana tidak setuju?
diorang kata PAKCIK tu BODOH!..
PAKCIK BANGANG!.
dan segala caci maki carut orang muda yang melambangkan kebencian amat.
kepada seorang pakcik yang membantu.

walhal pakcik itulah kebenaran.
kebenaran yang membantu.

*****

cerita bermula bila Si Arjuna dapat tahu bahawa Bintang Terang ini ada aib.
macam besar-universe lah bila dapat tahu aibnya itu
langsung dicanang, langsung di lelongkan ceritanya.
jadi buah mulut ramai.
padahal, apalah dosa Bintang Terang padanya sedangkan perilaku salah itu pada org lain?.

dengar cerita punya cerita dari mulut cerita,dia pun jadi benci.
apalah nasib, oh apalah nasib.

bukan tak tahu kebolehan dirinya (Arjuna)
yang suaranya lantang mudah didengari ramai.
maksud lantang disini adalah, orang mendengar dan mudah percaya kpdnya
(cerita yang dibawa)
kerana personalitinya yang sebegitu.
menarik untuk telinga-telinga mendengar.
*orang cool lah katakan?

org minda kelas ke-tiga.
jadahnya mahu cari kesahihan sumber?
mahu tengok bukti depan mata?
cerita kedai kopi cukuplah.
percaya bulat-bulat.

*oh masyarakatku layu~



sebarlah kebencian.sebarkan.
sebab itu tak membuatkan kau lebih baik sikit pun.

malah bukan menyelesaikan masalah?
sedang diri pun cacat cela. seronok dicanang kelemahan atau keburukan orang.

=(



buat bintang terang..
tiada rumah untuk kau pulang lepas ni.
tiada pulang..

kesian, oh kesian.


*kalau saja kau meletakkan dirimu ditmptnya, merasakan macam tiada peluang kedua.
baru kau tahu erti kejam tiada empati.



dunia kini terbalik, yang jahat itu mendapat nama,
yang baik itu dihina.

dan of coz lah aku x mahu jadi so called ''baik'', kalau definisi baik itu adalah orang untuk diambil kesempatan?


mari.ramai dah org tukang komen yang bikin telinga berasap.
bikin panas hati.
tinggalnya, untuk orang mencari dan melakukan solusi itu pupus.
mari-mari.idea mari. kalau betul hatimu juga mencari.

-MARI-

Sunday, March 13, 2011

subur-tandus

tanya sama iman, apa sebab goyang
nanti jawab iman?
-nafsu yg sering di subur-suburkan-



dibaja dijaga rapi, bernama jasad..
dengan supplement-foodnya, dengan excercise-yoganya

satunya lagi element dirinya dipinggirkan, ditirikan..
tidak dibelai, tidak mendapat perhatian..
walhal itu lah yang diperlukan untuk mencapai sebuah tujuan

gayanya berat sebelah..
jasad kenyang,roh tandus!

alahai..


HeY!.
jangan ditipu rasa bahagia-lah, sedangkan diri dalam ketidak-taatan!
jangan pula ditipu rasa bahagia walaupun dalam ketaatan!
boleh jadi saja itu hanya sangkaan..
alat mainan tipu daya nafsu-syaitan..


kitakan bisa tertipu dan terus tertipu
tanpa ilmu!
dan dalam menimba ilmu
mengamalkannya adalah kemestian untuk tidak ditipu.
sampai sehabis mampu!


apabila nafsu dan roh tidak mengenal Tuhan
padahal tika dulu rohlah yang pertama-tama bersyahadah!
nafsu pula telah mengaku ketuhanan Tuhan
itupun selepas dimasukkan ke dalam neraka lapar!


moga tidak jasad dikhianati hati
juga moga jasad tidak mengkhianati

sepertinya jasad dalam enak solat,
hati masih tenggelam dalam nafsu,
KHIANAT!..

Allahu Allah.
katanya Abuyon.
jasad dan hati kenalah selaras
itulah siddiq!

jasad dan hati perlu muafakat,
sebagaimana syariat kena muafakat dengan hakikat.

moga diri kita tidak tertipu pada mata dan rasa
diperlihatkan yang haq itu haq
yang batil sepertinya batil

(pabila dibukaNya!)

moga kami dikurniakan Dia,
apa yang didakwa itulah yang dirasa.

siapa tahu kita bisa ditipu?
tiba-tiba rasa mulia, hakikatnya insan hina!
=(


*himpunan kata-lata ini jikalau saja benar ia pada kebenaran..
ia adalah dari Tuhan, Pemberi ilham.



atas cadangan Nurul Isdiyantie Ilias,
saya paksakan juga menulis (gubah sedikit) himpunan kata-kata hikmat dari Tuan Abuyon dan Siti Sara Bt. Alizaman
-4 Januari 2011-

(moga Allah memberkati dan permudahkan segala urusan ketaatan mereka dan kita semua.amin)