Wednesday, July 27, 2011

alim-jahil




Punca bagi segala maksiat, kelalaian dan syahwat ialah redha dengan diri. Manakala punca segala ketaatan, berjaga-jaga dan memelihara pekerjaan yang diperintahkan ialah tidak redha terhadap diri.


Oleh kerana inilah, bersahabat dengan orang jahil yang tidak mengikut hawa nafsunya lebih baik dan banyak kebaikannya daripada bersahabat dengan orang alim yang mengikut nafsunya dan redha akan dirinya.


Maka orang jahil yang tidak sukakan dirinya dan tidak mengikut nafsunya, hakikatnya adalah alim. Manakala orang alim yang mengikut nafsunya dan redha terhadap dirinya, hakikatnya adalah jahil.

-petikan dari Kehalusan Anugerah-syarah Hikam Abi Madyan.



moga dapat manfaat.


Saturday, July 16, 2011

ahli bijak pandai.

KALAM HIKMAH 56

"Barangsiapa berpaling daripada bangkangan, maka dia adalah hakim (ahli bijak pandai) yang beradab dengan Tuhannya."


*****


Seseorang itu berpaling daripada membangkang Tuhannya disebabkan kesempurnaan Syuhud Tauhidnya, dan melihat Allah dengan nur basirahnya pada setiap sesuatu.Barangsiapa memandang dengan pandangan sedemikian maka dia adalah ahli cerdik pandai yang beradab dengan Tuhannya.



Barangsiapameminum dengan minuman ini, maka dia akan merasa puas kerana kejernihan dan kemanisan minuman tersebut. Barangsiapa berkelakuan seperti ini, maka tetaplah matanya melihat Tuhannya dan memandang kelembutan dan kasih sayang Tuhannya ketika senang dan memandang kekuatan dan kegagahan Tuhannya ketika susah.



Ketika itu, segala kepahitan dirasakan manis kerana mendapat faedah yang amat banyak dan indah di dalamnya. Jika Allah memberi, dia melihat dalam pemberianNya itu kebaikanNya. Jika Allah menegah, dia melihat dalam tegahanNya itu keperkasaan Allah. Dalam kedua-dua hal ini, dia memandang kepada Allah, di samping mengharapkan kelembutan Allah.



Barangsiapa berkeadaan seperti ini, maka sama padanya suka atau duka, susah atau senang, suruhan atau laranganNya. Ketika itu, jadilah dia orang yang berkuasa pada setiap tempat, mempuanyai kaum kerabat dan keluarga pada setiap masa, kaya dengan ketiadaan wang dan ringgit, mempunya kerajaan dengan ketiadaan menteri dan tentera dan seluruh manusia menjadi kawannya.


-petikan dari Kehalusan Anugerah-syarah Hikam Abi Madyan.

Thursday, June 30, 2011

merancang takdir



aku nampak, dia macam meredhai kehadiran kau?

bukan redha dia yang aku cari

still~
good luck ah, kawan
(sambil menepuk belakangnya, sedikit macho)

aku tak perlukan luck.

(sengih)
maksud aku, luck itu adalah murah rezeki
kita kan sama-sama tahu dari siapa kita dapat luck?


kenapa kita guna kot instead of insyaAllah?

er.tak samalah.
mana boleh tuduh aku gitu..

tak, still penukaran penggunaan kata?

bukan.mmg x sama.
penggunaan insyaAllah ada dalil khas menyuruh kita guna bila merancang kehadapan.
tapi tidak pula bagi rezeki.
kan?

(senyum)
aku suka cara kau balas.

ala...kau suka sebab tak dapat bidas.

apa? (macam tak dengar)

tak.sebab hujah aku konkrit.
=p







boleh jadi, cuti musim panas nanti bukan seorang, bahkan dua atau lebih yang akan mendirikan rumah tangga.sungguh, mereka sedang melengkapi agama.beruntunglah mereka.

barakallahu lakuma wa barakah~

ツ


Sunday, June 5, 2011

kiddo..



innocent itu universal approach
?


teehe!

saja berseloroh dengan kawan2..
hehe..
dengan orang lain x buatlah..



percaya x, kalau kita puji diri sndiri, nanti org lain x puji kita.
ha...terselamatlah sy daripada dipuji.

:P

ada satu kisah,tika di dapur umum, hostel Kuzmin, tahun lepas.
sy tengah memasak ayam..
ada lah sorang kawan ni, non muslim prmpuan.
tanya masak apa.sy katalah ''Ayam Masak Sedap''

terus dia buat muka mcm ni..

=.=''

aha~


tapi betul lah.sy yang cipta resepi tu.
jadi, selaku chef, sy patut bagi nama pada masakan sy.kan?
memandangkan bahan dari msia adalah terhad, harus cari sumber tempatan yakni disekitar tempat tinggal, sebab mudah cari.

ditanya sy rasa apa?
sy kata rasa ayam...haha

pastu bagi rasa sikit ja.
seeeeedap~!

hehe.takpe kan gini?
kalau rasa x mampu terima pujian, kita ''pusing'' sikit supaya x dapat pujian.
pujian kadang2 buat hidung tinggi tanbah panjang dan rasa awkward.
macam pinocchio.macam janggal.
tak tahu mcm mana nak sambut.

ada dengan membenarkan pujian pun, kadang2 dapat membatalkan hasrat untuk org memuji.
contoh mcm..

wah..knapa hensem sgt hari ni??

sy pun blakon ''hensem''..
pastu kata..aahh..hensem kann..

dan automatik orang tu akan buat gaya nak muntah..
haha..

kalau sy kata..''tak..mane de...''
lagi lah diorang nak usik.

jadi cara ni lagi efektif.kan?

=)

*sengih puas*
:)

Friday, June 3, 2011



mohon doanya agar Ummi kami cepat sembuh..