Thursday, November 10, 2011

Melodi Dunia

''lagukan seruling tua''



dengan seruling KeAkuan,
dia mainkan Melodi Dunia..
sebuah lagu kehodohan..
*dan mungkin kebodohan..

''hey..hey..
kubur kita masing-masing...''

''hey..hey..
kita dan dunia pusing-pusing..''

''dan dalam ramai sebenarnya kita asing..''



mungkin dia lupa..
dahulunya, dialah yg menyanyikan Senandung Sabar

''siapa bilang sabar itu punya had?..''
walhal kitalah limitasikan sabar kepada had..

sabar..sabar..dan sabar~


****

jadi..bila melodi dunianya begini..
salah siapa bila anak itik hodoh mula mengasingkan diri?

korbanlah yg kita korban kan..
dan bumi pupus kemurnian..
kesian..


jangan enak lafaz ismi AKU!..
kalau mahu elak pengakhiran yg kaku..
malu!



mungkin,
pada mereka puisi ini hanya menterjemah satu fenomena kepada perkataan..
hanya sebuah pendefinasian situasi..
ayat-ayat kenyataan yg tak perlukan tindakan..

suka hati lah..
jangan mula membangau sudah.

aku pun turut letak jawatan..
pergi jalan-jalan cari aura gembira lagi best!..kan?

Monday, October 24, 2011

cahaya..



''ha..basya!..camne nak bace ni..?''

''akidatul awwam..''

''ala..tu baca biasa.awam.''

''`akidatul `awwami..''

''ha..knapa baris bawah?..''

=)



masuk bab nahwu (ilmu lughah) lagilah..
takda chemistry dengan ilmu bahasa sangat. (sigh~)
masuk bab ni, abang die jadi tiang kejap.

:p

diam tanda protes...tettt..




eh tak, basya amik Bahasa Arab Tinggi (BAT).jadi die boleh jawab ar..
abang die hat sorang lagi ni ha yg jadi tiang ...

:p
*****



yang paling kecil, namun dialah harapan..

Ustazah kecil di antara kami, seronok sudah dengan dirinya.
tenggelam dalam majlis ilmu.

(alhamdulillah)


''Aqidatul Awwam, nama lain die aqidah 50..ha..knape?"

''eeelehh..20+20+1, 4+4+1''
''kaaaacang pis je..''
(sengih bangga dapat jawab.haha..)

''apa yg 41-nya? apa yg 9-nya?''


*grinn*



dan berlarutanlah malam-malam akhir puasa kami dengan kepetahan ninja kecil tu..
daripada kisah-kisah tenaga pengajarnya lulusan Darul Mustafa, subjek-subjeknya yg..

Allahu..nak jealous bagai..




dihafal matan ilmu dulu, baru diajar Gurunya..
warisan demi warisan.

*****


sekarang baru tingkatan satu dan aku masih lagi memahami ilmunya.
nanti sudah lama-lama, tak terkejarlah abangnya yg sorang ni.

fikir-fikir, mahu juga berhenti dan sambung aliran tu. (berangan~)
tapi, bersyukurlah.

moga-moga, jikalau kami ini bukan dari kalangan ahli ilmu, yg mana seluruh alam memohon ampun baginya, darjatnya yg tinggi selepas tapak kenabian, paling tidak kami ini menjadi pembantu mereka.memudahkan urusan mereka.

moga dengan ini, memberikan kami tempias manfaat kemuliaan yg ada pada mereka.haruman mereka mewangikan.sungguh, itulah punca taman-taman syurga...

-buat ustazah kecil, yang paling bongsu-


p/s: hat lain toksah nak jeles bagai.sekeh karang mau?..
(sengih puas..ha ha..)

Wednesday, September 28, 2011

ringkaskan

disclaimer:
dikhuatiri tidak bermanfaat kalau terus membaca, sila abaikan
(atau buat-buat tidak nampak).





بسم الله الرحمن الرحيم




Ringkasan cuti?

''kenapa saya suka rumah saya?''
''sebab die besst~!''

home is whenever i`m with you (family)


*****


ummi, dengan kerisauannya bagai menanggung satu dunia, namun itulah kasih sayang.
salah satu nilai kemuliaan yg Allah hadirkan dalam hati ummi.

risau dengan abang yg bawa kreta macam F1
adeknya takpa la juga, ala-ala James Bond, bawa selamat. (hoho)
risau kalau-kalau, nanti kalau x kejutkan sahur, tak terdayalah berpuasa
risau kalau-kalau pulang lewat sedikit, atau kemana dan kemana
risau kalau-kalau ..dan kalau-kalau lagi..


masa baru pulang dulu-dulu, terus je call pakcik makcik.esp yg belah kelantan.
maklumlah, lama sudah x pulang dan berhubung..nanti jumpa x kenal muka dah.

menyambungkan silaturrahim amalan yg mulia tau!

''ummi ni..habis orang macam artis dibuatnya.. (ha ha)''



ada satu kali, seluar jeans ni..kan ia dari jenis yg tahan lasak, dan lama..
jadi adalah sikit-sikit koyak dibahagian kaki dek kelabuhan .
ummi berkeras la jugak nak jahitkan..

alamak, kan dah susahkan?

''eh, xpe je ummi..nanti x rockers ar orang.kate artis.... :P''

end up, terjahit juga..

kadang-kadangkan, mereka (baca: parents) suka untuk buat sumthing untuk kita, dan kita tolak kerana memikirkan nanti akan menyusahkan mereka.
tapi, its totally opposite.betul ni..

sebahagian contoh masakan ibu lah kan..

hari tu ummi tanya mahu makan apa. jawab je, ''makan sedap!''
sebab memang diterima umum bahawa masakan ibu memang semuanya sedap bukan?

adalah penting untuk menjaga kegembiraan ummi untuk mengelakkan dari datangnya sakit lama ummi.

ummi, memang yang terindah untuk abi.dan senantiasa mencuba.
ummi, didikan abi.

kisah abi pula?
ini biarlah rahsia, kerana memang sinonim seorang bapa itu sangat cool.
cukuplah dikatakan sifatnya seorang pemberi.malah memberi sebelum diminta.
meski bukanlah kaya bersangatan, tapi Allah murahkan rezeki dan memberi kemuliaan kepadanya untuk mampu memberi..


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
ibubapa bukanlah satu faktor sekeliling yg boleh dipilih.suka-suka pilih.
dan melalui merekalah kami, anak-anak ni mengenal agama.
atau berkehendak untuk lebih kenal agama.


''ya Allah, bantulah akan kami supaya dapat selalu menyebut namaMu, mengingati namaMu, bersyukur kepadaMu dan membaguskan ibadat kami terhadapMu..''

amin...


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



******



p/s: asalnya mahu tulis pendek saja.iaitu bahagian paling atas yg tulisan bold tu saja.nama pun ringkasan.tapi, macam dah selalu sangat berahsia sampai menyeksakan pembaca (yaka?).
akhirnya kali ni ku longgarkan syarat penulisan.

lagipun, dengan menceritakan nikmat adalah salah satu cara bersyukur.
tambahan lagi, 'mereka' pun membaca..

it`d be nice if they know, and make `em smile =)



mudah-mudahan kalian juga dalam keadaan sejahtera.gembira.
senyum sokmo!


merungut:aish macam kelakar je sebab dah putuskan untuk berhenti menulis.


Sunday, August 14, 2011

untuk bersua..





''senyumanmu merindukan..''



hasratku,
untuk kami bertemu,
sebelum cukup waktu.

ajal bertamu.



Monday, August 1, 2011

indah..


malam ini kami beratapkan langit,
tidak bertemankan cahaya purnama kerna baru kelahiran anak bulan.
tapi lampu malap di halaman
dan cengkerik, bunyi menghiasi

sedikit-sedikit,
mendengarkan khatam soheh Bukhari (kitab paling soheh selepas al-Quran)-bab puasa
kaedah baca dan dengar -menadah ilmu...

menemui ramadhan, memasukinya dengan ilmu..

malam ini bukan terancang.ia berlaku dan berlalu begitu..


=)

11:56pm
01/08/2011
rumah manis