Saturday, December 3, 2011

ke-manisan

hanya?

5 biji telur
2 sudu gula
1 tin susu pekat
sukatan air sama banyak dengan tin susu tadi

1 tong kasih sayang dan lain-lain acuan rahsia. :p
haha~



berkilau dan warna sedang elok (setelah di-edit :p)



dari segi rupa luaran yg agak kalah,
tapi rasanya tetap sedap.tip top!




piece by piece




oh,
manisan buat hati sebenarnya
ada sikit terluka..
eceh~

:)



marah member.tengah-tengah malam post gambar sedap di FB dan offer makan.
cuma syaratnya kena datanglah rumah~

:p


p/s: jikalau saja post ini membuatkan anda tersenyum, alhamdulillah
hadiahkan al fatihah untuk junjungan Mulia Rasulullah salallahu alaihi wasallam.moga bertambah kasih.dan dengan kasih itu mendapat kemuliaan dan ketaatan.

dan sedekahkan al-fatihah juga buat arwah ayah Ngah, adik kepada Ummi yg telah pulang ke rahmatullah minggu lalu.

dan juga buat adik Ilham Ellani,juga telah pulang beberapa jam yg lalu.acute myeloid leukemia AML.

sangat tiba-tiba. al fatihah...

kematian yg disedari ramai mungkin sebagai petanda, mereka (arwah) adalah seseorang buat mereka (yg merai).

Monday, November 28, 2011

rasa




wahai..


aku dahaga..


aku seorang..


aku tiada daya..



aku rindu akan rindu..


wahai...




wahai yang Maha menunaikan hajat.
wahai kekasihNya..

hiburkan aku..


wahai,
yang padaNya aku bersimpuh..

aku datang mengadu padaMu.
dan padanya yang aku cuba cinta.



wahai..




*****





suatu masa dahulu, ada suara-suara yg menyelar.
mengatakan hanya bila sedih, bila waktu sempit, baru ingat Tuhan punya agama

padahal logik juga, mengapa masih makbul pengaduan doanya.

bila mengadu, kita mengiktiraf kelemahan diri kita
kita memang luar dari mampu.kumpul lah segala kudrat pun.dan kita yakin ketidak-mampuan tersebut.
dan tika itu juga, kita mengakui kekuasaanNya, kehebataNnya, kebolehanNya seyakin kita.

bila meletakkan suatu Hak pada tempatnya.apatah lagi hati, masakan doa tulus itu tidak ditunaiNya?


*yang ingin disampaikan adalah rasa.bukan bahasa.bahasa hanyalah sebagai ilmu alat, pengantara makna rasa.

bukti?
aku pernah menulis satu puisi, dan hanya tunjukkan pada seseorang.
katanya tak faham tapi dapat rasa. pelik kan?


Tuesday, November 15, 2011

soalan realiti



apa aku dapat hari ini?

atau..

apa yg aku beri hari ini?
-sebanyak mana aku beri itulah yg aku dapat.

bagaimana beza hari ini dan semalam?
apa yg aku dah buat?

bagaimana pula hari esok?
apa yg aku akan buat?
hmm...


atau?
sama sahaja..
aktiviti ulang-ulang
masuk tape, play dan tekan replay.
lagi dan lagi.

belum bosan?
hmm..


jika esok tiada matlamat,
buat apa bangun lagi?
hari esok tiba untuk mengulang hari ini... lagi?


pfftt..


menjalani kehidupan yg makin hari makin tawar..



*****

dikala kini solat bukan lagi perkara yg ditunggu-tunggu..
macam bukan perkara yg menyeronokkan
macam kena buat, sekadar syarat.

dengan pakaian tidur semalaman
dengan hati yg tidak sedia baru lepas main game
atau hati yg gundah FB-ing

tiada roh!

mana pergi takbir yg membesarkan Allah swt?
mana pergi rukuk dan sujud yg merendahkan diri?
mana pergi semua pelajaran solat dalam penerapan hidup seharian?


seperti kata rakanku, ibaratnya datang lecture tulis nama tapi tidur.
syaratnya hadir.dan kehadiran dikira.

bayangkan eh, itu tiang agama.
diperlakukan sambil lewa
masakan ia dapat memberi manfaat seperti mencegah maksiat?

ya,
kita pinjamkan tenaga keterpaksaan dalam melakukan ketaatan
mujur, jikalau saja menentang secara terbuka dikira kafir.

itu baru satu simbolik daripada ibadah yg tunjang
lain-lain yg cabang?

hmmm...


menakutkan tak?
seolah-olah tiada masa untuk fikir sejenak.
atau tiada dalam jadual harian?
tiada peruntukan?

seolah tandas itu lebih cergas kita kejar berbanding ibadah.
menunaikan hajat itu lebih utama, katanya.

makan, tidur dan keperluan fizikal seumpama

kita lebih tahu alas yg kita alaskan.
alasan.


kalaulah kita betul-betul kenal Dia dan Baginda..
kalaulah betul-betul kita yakin adanya siksaan neraka yg amat dahsyat!,
ganjaran syurga yg mendamaikan..


kalaulah...
setiap masa aku diingatkan, maka aku mengingatkan pula






tapi...






tak ramai mahu bualkan topik ini.
atau, jika diutarakan pasti saja membosankan,
dan bajet tukar topik.

atau, ini hanya bincang dalam usrah yg mana semua budak jadi baik sementara,
maka mind setting sudah sedia untuk menerima tajuk bajet-ilmiah ini.



soalan realiti lebih diabaikan..
dan bualkan topik-topik yg sikit pun tak berkaitan dengan realiti diri
sepertinya bola?
perihal rancangan drama?
cerita-cerita orang (mengumpat)

dan lagi-lagi contoh yg mungkin x beri pun faedah pada diri sndiri

kita suka lakukan apa yg kita suka
mudah..

mudahnya makna kehidupan sebegini..
bila hadapi kesusahan, bukan hadapi tapi melarikan diri..


sedih..
dan menyedihkan..

kalau tetap terus hidup dalam suasana yg tidak memajukan..

sayu..

:(


tukar tempat jom?

==''






dan kita sentiasa bersandar pada lumrah manusia yg lupa...
sebab tu tema kita, ingatkan aku untuk ingatkan kamu..

cuma kebelakangan ini aku kehabisan bateri positif.
dan pada masa yg sama orang lain pun nak habis bateri jugakk..
jadi...


ini kebetulanNya yg terancang.
aku cuma kena yakin.
barangkali yakin lebih sikit kali ni.
yosh~!


moga imanku kekal sejahtera,
pemikiranku juga sejahtera.
amalku sejahtera.



''Ya Allah, izinkan hamba-hambaMu ini untuk meyakini keluasan rahmatMu, sekalipun telah menumpuk maksiat kami. Jadikanlah ingatan akan kurniaanMu benar-benar modal bagi kami untuk tidak berputus asa..''


amin..



Thursday, November 10, 2011

Melodi Dunia

''lagukan seruling tua''



dengan seruling KeAkuan,
dia mainkan Melodi Dunia..
sebuah lagu kehodohan..
*dan mungkin kebodohan..

''hey..hey..
kubur kita masing-masing...''

''hey..hey..
kita dan dunia pusing-pusing..''

''dan dalam ramai sebenarnya kita asing..''



mungkin dia lupa..
dahulunya, dialah yg menyanyikan Senandung Sabar

''siapa bilang sabar itu punya had?..''
walhal kitalah limitasikan sabar kepada had..

sabar..sabar..dan sabar~


****

jadi..bila melodi dunianya begini..
salah siapa bila anak itik hodoh mula mengasingkan diri?

korbanlah yg kita korban kan..
dan bumi pupus kemurnian..
kesian..


jangan enak lafaz ismi AKU!..
kalau mahu elak pengakhiran yg kaku..
malu!



mungkin,
pada mereka puisi ini hanya menterjemah satu fenomena kepada perkataan..
hanya sebuah pendefinasian situasi..
ayat-ayat kenyataan yg tak perlukan tindakan..

suka hati lah..
jangan mula membangau sudah.

aku pun turut letak jawatan..
pergi jalan-jalan cari aura gembira lagi best!..kan?

Monday, October 24, 2011

cahaya..



''ha..basya!..camne nak bace ni..?''

''akidatul awwam..''

''ala..tu baca biasa.awam.''

''`akidatul `awwami..''

''ha..knapa baris bawah?..''

=)



masuk bab nahwu (ilmu lughah) lagilah..
takda chemistry dengan ilmu bahasa sangat. (sigh~)
masuk bab ni, abang die jadi tiang kejap.

:p

diam tanda protes...tettt..




eh tak, basya amik Bahasa Arab Tinggi (BAT).jadi die boleh jawab ar..
abang die hat sorang lagi ni ha yg jadi tiang ...

:p
*****



yang paling kecil, namun dialah harapan..

Ustazah kecil di antara kami, seronok sudah dengan dirinya.
tenggelam dalam majlis ilmu.

(alhamdulillah)


''Aqidatul Awwam, nama lain die aqidah 50..ha..knape?"

''eeelehh..20+20+1, 4+4+1''
''kaaaacang pis je..''
(sengih bangga dapat jawab.haha..)

''apa yg 41-nya? apa yg 9-nya?''


*grinn*



dan berlarutanlah malam-malam akhir puasa kami dengan kepetahan ninja kecil tu..
daripada kisah-kisah tenaga pengajarnya lulusan Darul Mustafa, subjek-subjeknya yg..

Allahu..nak jealous bagai..




dihafal matan ilmu dulu, baru diajar Gurunya..
warisan demi warisan.

*****


sekarang baru tingkatan satu dan aku masih lagi memahami ilmunya.
nanti sudah lama-lama, tak terkejarlah abangnya yg sorang ni.

fikir-fikir, mahu juga berhenti dan sambung aliran tu. (berangan~)
tapi, bersyukurlah.

moga-moga, jikalau kami ini bukan dari kalangan ahli ilmu, yg mana seluruh alam memohon ampun baginya, darjatnya yg tinggi selepas tapak kenabian, paling tidak kami ini menjadi pembantu mereka.memudahkan urusan mereka.

moga dengan ini, memberikan kami tempias manfaat kemuliaan yg ada pada mereka.haruman mereka mewangikan.sungguh, itulah punca taman-taman syurga...

-buat ustazah kecil, yang paling bongsu-


p/s: hat lain toksah nak jeles bagai.sekeh karang mau?..
(sengih puas..ha ha..)