
bila terlihat gambar di atas
aku terfikir
tangga yg lagi atas pun mesti ada..
why not kan?
ditahap manakah anda sekarang:
1)jadi pembela kepada dosa
2)rasa seronok dengan dosa
3)rasa biasa dengan dosa
4)rasa bersalah dengan dosa
5)rasa biasa dengan pahala
6)rasa seronok dengan pahala
7) jadi pembela kepada pahala
dan semua pun tahu, kenapa dibahagikan kepada tahap
untuk membezakan mana lebih baik dan mana yg tidak.
seperti no.2 lebih baik lah dari no.1 (at least)
dan no.5 lebih buruk dari no.6 (relatively bandingkan)
and so on..
tapi kita haruslah target yg paling bawah
paling itu keyword
******
lagi-lagi isu?
hmm...
perihal pahala dan buat kebaikan kerananya
ada segelintir yg sangat-sangat menentang
mana boleh!
buat mesti kerana Allah!
betul..buat kerana Allah.
tapi pahala kan balasan baik dari Allah?
bukankah suatu ganjaran itu kita beri dengan senang hati?
of course la.kita pun tak boleh jamin.
''aku dah buat baik maka aku mesti dapat pahala!''
dan dengan pahala mesti masuk surga!
semacam satu blackmail pula
dengan Tuhan pula
kan songsang tu.
tapi kena ambil kira,
amalan mana yg diterima
amalan mana yg tidak?..
ha..
pernah terfikir tak?
pernah minta tak,
ya Allah..
terimalah ibadahku ini..
atau kita buat selamber donno je
nak terima, terima lah
kalau tak pun takpe je
semacam tak kesah.
kan?
nauzubillah
*****
dengan budak-budak kecil,
motivasi mereka adalah ganjaran
ataupun pujian.
jadi kita pun sampaikan dengan bahasa mudah,
kerana gerak kerja minda mereka masih belum kompleks sepertimana kita
jangan terus bangkang bilamana dia mahu buat kebaikan kerana pahala,
tapi nyatakan suatu lebih baik
bangkang, bukan bangkang terus
tapi kasi alternatif.
mereka dikatakan suci mungkin kerana tempat tadahan Tauhid itu masih kosong
tapi tersedia bersih untuk diisi.
yakni hati
baru nak kenal dunia
segalabagai info dianggap benar
apatah lagi dari ibu bapa!
sumber pertama!
awal usia sesuai untuk diisi kepercayaan
no wonderlah superhero dan segala macam makhluk yg ada kuasa luar logik mudah diterima kanak-kanak
sebab mereka mudah percaya
dan minda logik mereka masih lagi tidak sempurna
tapak mengisi tauhid
kepercayaan,
dan fakta yg benar
untuk meniti kehidupan....
hmm..
mana lagi mudah,
belajar ilmu yg betul dahulu..
nanti baru lah ambil ujian.
atau bertemu dengan situasi yg batil dahulu
baru belajar apa yg betu, atau yg sepatutnya berlaku dengan betul
(faham ke ni?)
dan..
contohla..
nanti bila umur panjangkan, macam mana kau mahu perkenalkan keturunanmu dengan Tuhan?
pernah terfikir tak?
kita kenal tak Tuhan?
tapi hari-hari kita mengaku ibadat
ibaratnya seperti menghantar surat tanpa alamat.
eh dak dak..
bukan nak demotivate supaya toksah beribadah dah.
pandang dari sudut positif dengan berusaha ke arah itu.
eceh
gaya semacam motivator.
tapi..
ehem..
(kata-kata yg berat ini untuk ku tunaikan)
huhu~
*****
masa?
-adalah satu bentuk harta, yg tidak dapat tidak mesti dibelanjakan.
-cara belanja hakikatnya cuma dua, samada pelaburan itu semakin mendekatiNya atau sebaliknya.
-katanya, masa itu emas.tapi sebenarnya masa itulah umur!
berlalu setiap detik, dan baki umur berkurang!
-cara kematian pula, adalah kesimpulan (rumusan) kehidupan kita.pecahan besar ke mana dilaburkan harta tersebut.
ruginya.walaupun tahu (sekadarnya) tapi masih lagi membazir.
****
pesanan: siapa yg mahu memelihara bahasa, sila elakkan membaca tulisan aku.
kecelaruan bahasa adalah disebabkan peringatan khusus untuk diri sendiri yg pertama-tamanya,
kemudian digeneralisasikan ayat untuk bacaan umum (yg kita lihat taklah berjaya sangat)..
tapi, aku rasa semua pembaca yg masih setia dalam sangka baikku, semua dah lali kut?
ke tak jugak?
=)
apa yg aku cuba buat (selama ini) adalah, mencetus idea untuk berfikir dengan isu atau soalan out of nowhere.mungkin?





