Monday, April 16, 2012

seruan..



seperti yg diperkatakan, sebagaimana fiqh itu dapat mengeras hati, begitu jugalah yg berlaku bila aku kian mendalami ahli-ahli pemikir.

maka ubatnya seperti belajar tasawwuf, ilmu pembersihan hati.melazimi majlis ilmu dengan para masyaikh dan habaib.

dan keduanya crucial.perlu aku seimbangkan.sangat!
kalau tidak aku akan kehilangan bahasa kerendahan.dan itu suatu yg sangat hodoh.

aku dalam fasa memperbaiki diri.sampai suatu tahap, barulah beralih kepada kedua dan ketiga.ketiga adalah lebih global.
(bila aku suarakan hal ini, orang cepat saja membidas-tunggu sempurna mainan syaitan!)

-bagaimana kau mahu suruh suatu yg kau tak (belum/sukar) patuh?
maka, ia adalah perancangan yg panjang.sangat panjang.janjiku pada jasad, juga pada roh pinjaman.

mereka mungkin yakin akan kekuatan diri mereka lantas terus saja lompat ke tahap 3.global.
maka tahniah aku ucapkan

maaf aku himpun, atas segala ketidak-serasian kita.semoga tidaklah membawa permusuhan.
semoga kita menghadapi kehidupan dengan lebih matang.
menjalani usia dengan penambahbaikan senantiasa.

dan aku lebih berkehendak pada yg berkehendak.(makam muridin)
apa-apa yg relevan pada aku.seperti pesanan Syeikh Hamza Yusuf.

*menambah bahan-bahan berfaedah.jom!aku percaya siapa yg ada kecenderungan yg sama maka mereka saling menarik.

mudah-mudahan tak tertipu.mari amalkan doa ini.dan jujurlah dalam mencari.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yg memberi manfaat, amalan yang diterima-Mu dan dikurniakan rezeki yang elok & baik.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyu', doa yang tidak dikabulkan/tidak didengari & amalan yang tidak diangkat/tidak diterima.

---------------------------

Berdoa Itu Tanda Orang Beriman..


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina."

Al Quran | Surah Al Mu'min / Ghafir | Ayat 60


***



di sini aku sertakan puisi yg aku janji dahulu buat penjawab soalan-soalan lalu.


Sunday, April 15, 2012

tipu



bertahanlah diri dari menunjuk pandai,
kerana ia tunjukkan lebih kepada kebodohan

duhai diri yg perasan dikurnia ilmu!
dengan ilmu sepatutnya lebih nampak Tuhan,
bukan lebih menghijabkan!

Wahai Tuhan, Pemilik Segala Ilmu, Tuhan Maha Tahu,
aku berlindung dari kejahatan tanganku-kejahilanku

*perkenankanlah*



betapa mudah kita baca kesusahan sebagai ujian,
tapi kita tak layan kesenangan sedemikian rupa.
oh tertipu..

aku tertipu..

duhai,
kucai dengan labu-labunya..





p/s: aku ini tak lebih dari hanya menari ditelapak tangannya (mereka), bila-bila saja boleh direnyukkan.langsung jadi sampah.

dan perkara seperti ini adalah sebagai rawatan hati.agar tidak berpenyakit.agar kaki terus mencecah bumi.agar terus jadi manusia.doakan aku.saling mendoakan.



Wednesday, April 11, 2012

tugasan panjang..




memelihara jiwa yang tenang.
mula membuat kawan dan kenangan.
menjalani kehidupan tanpa terlalu membesarkan perkara yang kecil.
terus membaja 'self-esteem'

rasa seperti kewujudan aku terlalu kecil.dibandingkan dengan lipas, atau kuman.

mohon kawan-kawan nasihat aku kembali ke pangkal jalan dan kekal di atas jalan.




kelihatan aku sebegini kerana terlalu melayan kecenderungan aku yang satu dan baharu.
inilah yang membuatkan aku rindukan aku yang dahulu.

oh ya, aku ada buka satu laman jiwa yang baru.lebih kepada pesan aku untuk aku.
klik sini kalau mahu.

Saturday, December 10, 2011

random




bila terlihat gambar di atas
aku terfikir
tangga yg lagi atas pun mesti ada..

why not kan?


ditahap manakah anda sekarang:

1)jadi pembela kepada dosa
2)rasa seronok dengan dosa
3)rasa biasa dengan dosa

4)rasa bersalah dengan dosa
5)rasa biasa dengan pahala
6)rasa seronok dengan pahala
7) jadi pembela kepada pahala



dan semua pun tahu, kenapa dibahagikan kepada tahap
untuk membezakan mana lebih baik dan mana yg tidak.

seperti no.2 lebih baik lah dari no.1 (at least)
dan no.5 lebih buruk dari no.6 (relatively bandingkan)
and so on..

tapi kita haruslah target yg paling bawah
paling itu keyword





******



lagi-lagi isu?

hmm...

perihal pahala dan buat kebaikan kerananya

ada segelintir yg sangat-sangat menentang
mana boleh!

buat mesti kerana Allah!


betul..buat kerana Allah.
tapi pahala kan balasan baik dari Allah?
bukankah suatu ganjaran itu kita beri dengan senang hati?

of course la.kita pun tak boleh jamin.
''aku dah buat baik maka aku mesti dapat pahala!''
dan dengan pahala mesti masuk surga!

semacam satu blackmail pula
dengan Tuhan pula
kan songsang tu.

tapi kena ambil kira,
amalan mana yg diterima
amalan mana yg tidak?..
ha..

pernah terfikir tak?
pernah minta tak,

ya Allah..
terimalah ibadahku ini..

atau kita buat selamber donno je
nak terima, terima lah
kalau tak pun takpe je
semacam tak kesah.
kan?

nauzubillah


*****


dengan budak-budak kecil,
motivasi mereka adalah ganjaran
ataupun pujian.

jadi kita pun sampaikan dengan bahasa mudah,
kerana gerak kerja minda mereka masih belum kompleks sepertimana kita


jangan terus bangkang bilamana dia mahu buat kebaikan kerana pahala,
tapi nyatakan suatu lebih baik

bangkang, bukan bangkang terus
tapi kasi alternatif.



mereka dikatakan suci mungkin kerana tempat tadahan Tauhid itu masih kosong
tapi tersedia bersih untuk diisi.
yakni hati


baru nak kenal dunia
segalabagai info dianggap benar
apatah lagi dari ibu bapa!
sumber pertama!

awal usia sesuai untuk diisi kepercayaan



no wonderlah superhero dan segala macam makhluk yg ada kuasa luar logik mudah diterima kanak-kanak
sebab mereka mudah percaya
dan minda logik mereka masih lagi tidak sempurna

tapak mengisi tauhid
kepercayaan,
dan fakta yg benar

untuk meniti kehidupan....


hmm..

mana lagi mudah,
belajar ilmu yg betul dahulu..
nanti baru lah ambil ujian.

atau bertemu dengan situasi yg batil dahulu
baru belajar apa yg betu, atau yg sepatutnya berlaku dengan betul

(faham ke ni?)


dan..
contohla..

nanti bila umur panjangkan, macam mana kau mahu perkenalkan keturunanmu dengan Tuhan?
pernah terfikir tak?


kita kenal tak Tuhan?
tapi hari-hari kita mengaku ibadat

ibaratnya seperti menghantar surat tanpa alamat.

eh dak dak..
bukan nak demotivate supaya toksah beribadah dah.
pandang dari sudut positif dengan berusaha ke arah itu.

eceh
gaya semacam motivator.

tapi..

ehem..
(kata-kata yg berat ini untuk ku tunaikan)
huhu~


*****


masa?


-adalah satu bentuk harta, yg tidak dapat tidak mesti dibelanjakan.
-cara belanja hakikatnya cuma dua, samada pelaburan itu semakin mendekatiNya atau sebaliknya.
-katanya, masa itu emas.tapi sebenarnya masa itulah umur!
berlalu setiap detik, dan baki umur berkurang!
-cara kematian pula, adalah kesimpulan (rumusan) kehidupan kita.pecahan besar ke mana dilaburkan harta tersebut.

ruginya.walaupun tahu (sekadarnya) tapi masih lagi membazir.


****



pesanan: siapa yg mahu memelihara bahasa, sila elakkan membaca tulisan aku.
kecelaruan bahasa adalah disebabkan peringatan khusus untuk diri sendiri yg pertama-tamanya,
kemudian digeneralisasikan ayat untuk bacaan umum (yg kita lihat taklah berjaya sangat)..

tapi, aku rasa semua pembaca yg masih setia dalam sangka baikku, semua dah lali kut?
ke tak jugak?

=)


apa yg aku cuba buat (selama ini) adalah, mencetus idea untuk berfikir dengan isu atau soalan out of nowhere.mungkin?



Saturday, December 3, 2011

ke-manisan

hanya?

5 biji telur
2 sudu gula
1 tin susu pekat
sukatan air sama banyak dengan tin susu tadi

1 tong kasih sayang dan lain-lain acuan rahsia. :p
haha~



berkilau dan warna sedang elok (setelah di-edit :p)



dari segi rupa luaran yg agak kalah,
tapi rasanya tetap sedap.tip top!




piece by piece




oh,
manisan buat hati sebenarnya
ada sikit terluka..
eceh~

:)



marah member.tengah-tengah malam post gambar sedap di FB dan offer makan.
cuma syaratnya kena datanglah rumah~

:p


p/s: jikalau saja post ini membuatkan anda tersenyum, alhamdulillah
hadiahkan al fatihah untuk junjungan Mulia Rasulullah salallahu alaihi wasallam.moga bertambah kasih.dan dengan kasih itu mendapat kemuliaan dan ketaatan.

dan sedekahkan al-fatihah juga buat arwah ayah Ngah, adik kepada Ummi yg telah pulang ke rahmatullah minggu lalu.

dan juga buat adik Ilham Ellani,juga telah pulang beberapa jam yg lalu.acute myeloid leukemia AML.

sangat tiba-tiba. al fatihah...

kematian yg disedari ramai mungkin sebagai petanda, mereka (arwah) adalah seseorang buat mereka (yg merai).