Wednesday, July 11, 2012

semoga aku salah..



''aku buta..''

*mujur sedar,buta. kalau tak sedar?

dipenjuru hatinya.semoga dia salah.sekaligus dgn sangka-sangka buruknya.
mustahil cahaya (ilmu yg benar.itupn kalau benar) melahirkan akhlak yg keji. meskipun melazimi majlis ilmu berbakul-bakul, buahnya mungkinkah busuk berulat?


moga Allah swt. terima.
moga Rasulullah saw. senyum

Sunday, June 10, 2012

mati kutu










kalau mahu terus tunggu pun, biar sampai syurga
biar sampai syurga..


*kan?



p/s: jauh mana kau cuba lari pun, tetap dalam dakapan kasih dan sayang Tuhan. kau tak pernah tahu. dan kita ini hanya berkalau-kalau, mengimpikan suatu yang sempurna.

sedangkan sempurna itu adalah bila hati tidak lagi memberontak akan takdirNya.
hanyasanya bila kita diredhaiNya, dan kita pula redha akan Dia..

Monday, May 28, 2012

seniman itu..









Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi



siapalah dapat fahami kekeliruan diri dalam bait-bait indah lagu ini..
siapalah yg sudi berkongsi..

antara hajatku, untuk memahami tiap-tiap kehendak huruf-huruf yg sarat makna!
tolong~


*sesekali bila seniman menyerang, terpana kau! adushhh~



-aku sedang usahakan untuk pindah rumah baru (lebih dekat dengan kelas dan kemudahan lain), dan kemungkinan akulah ketua.mohon doanya keharmonian, agar segalanya berjalan lancar.juga suatu yg aku buat untuk diri aku.


Tuesday, May 22, 2012

kau, persis dia.

''ingat, taksub itu luar wilayah rasional..''

''habis, kau ingat dengan akal sahaja boleh mencerap kebenaran?
ikutlah telunjuk Darwin. bermoyangkan beruk.''

''Ah, Aku bukan Darwin!
dan Darwin bukan Aku!''



*****

jadi, disini timbul satu persoalan. dengan apa mesti kita mencerap kebenaran?
apakah KPI/pembaris/takat ukur yg reliable samada perkara itu benar-benar Benar atau tidak?


satu contoh yg aku dapat dari pembacaan aku,

ada tiga orang buta, mendapat berita tentang kedatangan satu haiwan yg tak pernah mereka ketahui sebelum ini, Gajah!

maka pergilah mereka bertiga mencari kebenaran tentang, apa itu gajah?
sudah tentu punca kebenaran mereka melalui deria sentuh, (dan mungkin bau?).

seorang menyentuh gading.katanya keras.sedikit tajam.
seorang yg lain pula, menyentuh belalai, lembut panjang dan flexible.
manakala yg seorang lagi menyentuh kaki.bulatan silinder yg besar dan empat.sedikit kesat.

maka berlakulah tiada sepakatan tentang kebenaran-'apa itu gajah.'

oleh kerana sebuah kekurangan, (yakni gambaran penuh), mereka terhad dengan kelengkapan yg ada pada diri mereka.hanya dengan deria sentuhan untuk mencerap kebenaran.

kalau dikatakan hati, adalah elemen paling benar dalam menentukan kebenaran,
ada saja penggemar maksiat yg ikutkan hati bergelumang dengan dosa-tiap-tiap hari.
kalau dengan akal pula, mungkin tersasar.macam perkara2 yg tak dapat disentuh deria kita yg lima.
seperti kata hati. siapa yg dapat buktikan apa yg hati aku sedang kata .tapi kita saling tahu.sebab masing-masing merasa.
mereka yg terlalu logikal pula mahukan bukti yg konsisten.fact!

jadi, dalam situasi kita (atau sebenarnya aku) dalam mencari apakah itu sebuah kebenaran
bagaimana hendak menentukan itu kebenaran bahawa ia benar-benar tulen?haq?
bagaimana pula nak tahu, kita ini mencukupi alat, atau kelengkapan untuk mengetahui?
bagaimana dengan wilayah ilmu yg belum kita ketahui?

seperti hendak diagnos pesakit, kalau tak belajar simptom-simptom (atau seumpama), mesti akan terlepas pandang.


*****

satu benda yg berlaku baru-baru pada BBQ tahunan anjuran badan pelajar di sini tempoh hari.

ada sorang kawan aku nak bergambar dengan aku. (hensem rasenye) :p
dan pesan aku

nanti tayah upload.
knapa?
sebab nanti orang edit.
OMG!weh dia kata gambar dia tayah edit.
*smile*
gila overconfident kau.kalau aku, aku tacap (touch up) sana sini etc.

*erm...manusia sebaik kejadian?*

krik krik krik~
err..

kat sini kita tengok contoh hakikat dunia.sebuah tipuan semata.bertaraf superficial.
er..aku bukan nak stress part perbuatan tu 'jahat'. pointnya tipuan dunia.level permukaan.

hm.tengok movie pun.apa-apa yg gempak, makan belanja yg tinggi, grafik mantap dan aksi segala bagai.mesti meletup.
tapi, takkah itu hanya menang pada mata? tak bina minda pun.dan punya maksud yg dalam.
tak mengubah insan.hanya hiburan dan takat hiburan.benar, apa-apa pun memanglah nak diselitkan maksud.semua orang pun rasional akan hal ni.tapi apa yg lebih dominan dimata kita (aku)?
again, superficial.

cakap pasal hiburan, ada satu kali aku lepak-lepak sama sorang kawan.
dia putarkan lagu najwa latif.tak ingat tajuk apa, tapi catchy gila.memang taupun lagu tu sekadar lagu.tapi sebab catchy jadi terikut-ikut.sebab dipasang mode-replay.

see.mendengar adalah deria passive, tapi berjaya mempengaruhi.
jadi aku pun suggest-la satu lagu M.Nasir.
dan kita pun tahu, lagu beliau penuh seni.google saja maksud.mesti dah ada orang ulaskan.ada pengajaran.kebanyakan hikayat2 orang dahulu.

beza, zaman kita dan zaman bapa2 kita. orang dahulu.
dengan gurindam, pantun dan segalabagai kesusasteraan.pengajaran.kecantikan bahasa.
lambat laun kita tak biasakan dengan lidah mereka, bahasa mereka.
ilmu itu tidak lagi berjaya diwariskan.maka hilanglah satu ilmu bilamana tiada lagi yg faham bahasa mereka.cara nak baca.apatah lagi nak faham?

kan ada beza, melayu lama (tradisional) dan melayu moden?
setiap generasi bertukar, gaya bahasa.
kita pun boleh tengok, anak muda lebih senang lepak dengan yang segenerasi dengannya.
bagaimana bahasa memainkan peranan.

dan bagaimana proses ilmu yg didalam bahasa lama boleh lenyap, kalau tak dipelihara.
dulu, aku agak tidak faham.kenapa ada orang nak perjuang bahasa.sekarang make sense.

seperti istilah air sembahyang.perkataan ini berjaya menyempitkan maksud penggunaan ibadah ini.
yg betulnya adalah wuduk.boleh digunakan tika marah.bahkan saja-saja nak ambil ulang skali lagi pun takpa.sebab ia sunnah.kita membesaarkan sunnah Baginda SAW.membersihkan diri.
dan penyempitan maksud itu mencemarkan bahasa dan penggunaan. ini contoh.


*****

sepanjang aku menelusiri buku men from mars, women from venus, aku dapati ada dua jenis daya komunikasi tidak sama pentas.
satu rasional.dua emosional.

daya hubung rasional tidak selari dengan emosional.dalam ertikata lain.maksud yang hendak disampaikan takkan sampai

seperti orang buta cuba berkomunikasi dengan orang bisu. (possible?)

seperti lelaki, bila sedang argue dengan perempuan.selalunya akan jadi lebih teruk.
lelaki mewakili rasional, manakala perempuan mewakili emosional
er..elakkan skeptism.tidaklah hendak aku maksudkan disini bahawa emosional itu absolute negative dan buruk.sila pandang pada dua elemen yg wujud dalam diri kita secara adil.

oleh kerana bercakap dalam bahasa yg lain, yang tidak sampai maksud. menjadikan komunikasi tidak berkesan.
hence.tiada siapapun nak dapat apa dia nak
dan semua akan claim ''saya banyak dah memberi,berkorban'' walhal bukan itu yg pasangan mereka nak
kunci disini ialah keperluan mana yg dicapai, bukan banyak mana apa yg kita beri (yg obviously apa kita fikir dari kacamata kita) tapi bukan apa yg mereka perlu.

keyword: bukan beri banyak, tapi penuhi keperluan.

cewah.cakap macam pakar. :p

nice to knowlah sebab, interesting!wah!

haha.takdalah.ada kawan datang mengadu.elok saja kita dengar.dengar saja.bukan pun mereka tiada solusion atau minda rasional.they just want someone to listen.jadi dengar dan sabar.memahami.pinjamkan empati.usah cmplicate diri dengan offer solusion yg kompleks bagai.chill je~

cuma kena tahu, bila hendak gunakan komunikasi rasional, bila pula komunikasi emosi.

oh ya, ada juga dibuat kajian (juga berdasarkan buku tersebut) mengatakan bahawa tiap dari kita akan mengalami mood swing. lelaki akan masuk cave, manakala perempuan akan masuk well (telaga buta?)
its kind like a cycle.complete sebulan sekali. (mungkin ini yg dikatakan futur?)
dan juga hakikat keadaan hati yg bola balik bukan atas kehendak kita?

*antara beberapa perkara yg dapat aku selarikan penemuan yg sama dalam wilayah agama.


*****

aku ada kawan.sifatnya lebih kurang macam cermin.
bila bersamanya.dia akan menunjukkan siapa diri kita.
respon yang diberikan adalah apa yg kita nak dengar.atau apa yg dia mahu kita dengar, in order to start a chain of reactions.
dia akan amplify kemahuan kita yg dalam bila dalam ragu-ragu
quite manipulative i`d say.

macam hubungan Sherlock dan Moriarty.(haha, perasan!)

antara sahabat aku, yg aku berterus terang padanya atas kelebihan yg Tuhan berikan atas dia.
dengan dia aku boleh bahasakan 'kita'
seolah-olah sedang bercakap dengan diri yang dalam. bagaisatu simulasi yg ...(tak tahu nak ckp)
walau berlatarbelakang berbeza.kami dapat utarakan buah fikir yg sama
and yeah, he`s sound like me.almost the same.
cuma beza, dia lebih pandai sesuaikan diri dalam masyarakat.lantas takdalah terlalu nampak beza/asing

dan seorang calon yang sesuai to doubt my thought.
gila kot nak bidas sendiri-sendiri.jadi baik cari seorang yg at least on your size.
taklah macam bersilat atas gelanggang sendirian.sendiri announce menang
dengan dia. aku boleh cakap bagai2 idea yg luar kebiasaan yg mampu menjemukan kebanyakan orang dek kekurangan ilmu alat aku.

contoh, aku kurang kemahiran bercakap (tempang). which kinda essential untuk bina social life.
tapi dengan kelebihan Tuhan beri pada dia, maka dia mampu memahami aku.dan kami bercakap dalam satu bahasa.
berbanding bercakap, menulis aku lebih baik (comparison ini adalah pada skill bercakap.boleh menulis tak semestinya bermaksud pandai menulis)
jadi kebanyakan maksud aku ingin sampai kepada kebanyakan orang tak tersampai atas kekurangan ini.
mungkin.aku belum sediakan diri lagi sebagai public figure.

atau mugkin Tuhan tak mahu lagi aku sibukkan diri dengan ramainya orang (tanggungjawab) kurang keterikatan dan lebih sibukkan diri dengan mengenali kebenaran.hakikat kehidupan.mengenaliNya (mungkin..mudah-mudahn sangkabaik ini benar.amin)





''siapa yang telah mendapat izin dari Allah untuk berkata-kata (menerangkan), maka segala kata-katanya dapat dimengerti oleh pendengarnya dan semua isyarat petunjuknya terang jelas bagi mereka!''
-Ibnu Atha'illah

*****

er..segala cerita tampak hebat dan lain-lain.
ingatlah bahawa, setiap orang adalah hero (watak utama) dalam cerita hidupnya.
maka, dalam cerita aku.mungkin aku nampak baik. tapi jangan menafikan langsung hak (?) untuk aku berlaku astray (if only if) kalau kita benar-benar jumpa nanti.
same goes for others.aku sedia maklum tiap diri kita ni bersifat judgmental.bezanya yg terluah dan tidak.samada terpapar dengan kata atau bahasa badan.mimik muka.

bukankah erti matang itu adalah setelah berlaku kesilapan, dan mengambil pengajaran?





dan pastinya, dalam setiap generalisasi teori pasti ada yg akan ada terkecuali.
dan selagi mana berdiri atas dasar logika, pasti saja ada saja yg setuju dan tidak.

lets agree not to agree, shall we?
wisdom :)

mari doakan salim (kesejahteraan/keselamatan) bagi tiap mereka yang mencari.


*somehow.jadi insecure pula cerita-cerita ni.shh!.hanya org yg ''stalk'' saja tau.you know who you are!

mudah-mudahan ada pengajaran. hope for the better tomorrow~

Monday, May 7, 2012

perubahan.

kita hari ini mengejar akan perubahan (kepada suatu yang lebih baik).
tapi pernah terfikir adakah kita benar-benar bersedia untuk menerima atau menghadapi perubahan?

*antara yang bermain di kepalaku*


lecturer neuroku pernah berkongsi pendapatnya tentang kehidupan masakini, katanya setiap dari kita ini mempunyai neurosis (sejenis sakit mental-psychology) yang berbeza level atau tahap.
berbanding dengan kehidupan masyarakat dahulu, kita dapat lihat keamanan, kebahagiaan, dan keharmonian disamping kurangnya kemajuan teknologi jika nak dibandingkan dengan masakini.
bukankah teknologi itu tujuannya memudahkan urusan manusia (sepatutnya)?

jadi, di mana silapnya?


*****

sekarang, apa perlu aku buat?
tak seperti permainan game yang choice available adalah limited kepada apa yang disediakan oleh game-programer, tapi, kanvas berifikir adalah sangat luas!
hampir tiada penghujung. memakan masa yang bersangatanlah panjang jikalau mahu menumpukan segala perkara (meskipun telah terhad dengan ruang pengetahuan individu)

akal juga perlu diberi makan, sepertimana jasad dan roh
apakah makanan akal?

-bahan yang mampu menggerakkan akal!
bahan yang sihat, selamat dan suci!


aku mengejar kemajuan, kematangan, sesuatu yang lebih baik dari semalam!

dan kewujudan aku tidak hanya ini.
bahkan, rasakan ia sepatutnya suatu yang lebih besar!

*****


baik, mengenai perancangan library online, masih kurang respon yang memberansangkan.
ini adalah logik jika difikirkan dengan gambar yang besar.

perkara yang melibatkan amanah dan komitmen adalah suatu yang sangat berat dan besar.
tak hairanlah pertukaran pinjaman buku-buku hanya berlaku dalam bulatan kecil (dikalangan kawan-kawan).munasabah.

atau mungkin juga aku kurang bersungguh-sungguh.




*****

sekitar apa yang aku sedang buat untuk diriku.

aku sedang membaca tiga buah bahan.

1) Risalah Kaum Muslimin-RUKM (pdf) Oleh: Tan Sri Prof SMN Alattas.
kenapa aku pilih buku ini?
kerana ia bahan meransang berfikir, kualiti bahasa yang sangat cantik, dan berkaitan dengan kaum muslimin. tentang KITA. (tentang kita adalah isu global yakni tahap ketiga-perlu untuk aku sediakan diri demi menghadapi isu global sesudah selesai tahap pertama dan kedua)

buku ini telah disarankan di group amatur falsafah FB, dan sangat digalakkan untuk menjadi pembacaan usrah (kata mereka).dan setelah meneliti ahli-ahli di group tersebut tentang bagaimana mereka (dan lain-lain aspek), maka mereka mendapat iktiraf dan aku ingin jadi seperti mereka.
ingin jadi seperti mereka mestilah tahu acuan mereka.
dan ini mungkin salah satunya.

buku ini aku masih dalam proses menghadam intinya.sangat berat, lantas perlukan masa yang panjang. dan aku bukanlah seorang pembaca yang baik.huhu
masih lagi cari seorang teman yang sebati dan serasi untuk membedah isi-isi yang berkaitan.

2) Kîmiyâ’ al-Sa‘âdah/The Alchemy of Happiness (pdf) -Imam al-Ghazali (450-505H)

sebuah buku karangan Imam al-Ghazali,Diterjemahkan dari The Alchemy of Happiness,
karangan al-Ghazâlî, terbitan J. Murray, London, 2001,
aku memilih buku ini selepas mendengarkan testimoni yang sangat best dari Syeikh Hamza Yusuf mengenainya. (boleh klik sini)
dan cerita yang mereka sedang bincangkan dalam link di atas adalah kisah ini (klik sini)

Syeikh Hamza Yusuf adalah seorang ulama yang aku sangat sanjung cara fikirnya, minatnya pada bahasa, dan keilmuannya. jadi, bilamana seorang yang aku iktiraf, mengiktiraf pula Imam al-Ghazali (suggested reading) mestilah aku pun jadi ghairah untuk mengetahui apa kandungan di dalam buku tersebut (the alchemy of happiness).
-mengisahkan perjalanan Imam al-Ghazali mencari happiness yang hakiki.bagaimana penemuannya. kenapa dan kenapa.satu bahan yang sangat-sangat best!

dan sepanjang pembacaan aku, ini juga bahan yang tinggi perlukan masa untuk hadam.bahkan tak mustahil baca berkali-kali pun pasti dapat suatu yang baru. (masih belum habis baca lagi)

3) Men are from Mars, Women are from Venus- John Gray,Ph.D 
(buku-hardcopy pinjam dari kawan )
*dah cuba negotiate nak beli, tapi berkeras juga.diberi pinjam selama mana tak habis baca.haha~

buku ini sangat best. bagus dalam memahami tindak tanduk manusia
secara kasarnya boleh aku katakan, ia mengajarkan kita untuk bersangka baik. 
(terutama dalam hal rumah tangga)
tapi aku tak hadkan pemahaman aku kepada hal rumah tangga, kerana masih melibatkan hubungan sesama manusia. dan tak semestinya hubungan berlainan jantina, bahkan sama jenis pun bileh diaplikasikan.
sebab, ada saja lelaki yang lebih dominan venusnya, manakala perempuan lebih dominan sifat Marsnya.
dan boleh pula untuk memahami diri sendiri dan kawan-kawan.tentang kenapa begitu dan begini.
ada perkara yang sunnatullah terjadi tak dapat kita terangkan kenapa behavior budak tu tetiba saja begini? seperti hadirnya perasaan lapar. kita tak mintak pun hadir. tapi dia datang sendiri.
dan buku ini mengajarkan bagaimana untuk handle dalam situasi tersebut.
buku ini juga sebagai persediaan ke arah 'itu'
dan hampir separuh jugalah aku baca, dan aku dapati aku lebih dominan kepada sikap venus dalam beberapa perkara. (jangan gelak!)
no wonderlah jadi pelik sikit dalam kawanan jenis aku. *seloroh!*
dan ada bab yang aku tak berapa nak faham kerana tak pernah jumpa situasi dan contoh yang diberikan. setelah hampir separuh baca buku ni, jadi tak sabar pula nak praktikkan (haha!)

buku ini agak mudah untuk hadam, sebab sudah menjadi nature aku berfikir hal ini. ia seperti melengkapkan teori yang sedia ada. Buku ini ditulis oleh orang yang pakar dalam bidang ini, so tak salah beramal/rujuk kepada ilmu dari orang yang ahli.kan?


dan selebihnya adalah bahan dari youtube dan article2 ringkas yang dikongsikan di facebook dari jenis-jenis kategori kenalan aku. kalau dari youtube download dan save dalam ipod nanti ke kelas boleh dengar. mostly kuliah yang panjang lebih dari setengah jam.

di sini adalah sumber/gudang poetry.aku gemar membaca karya Khalil Gibran dan Mawlana Rumi
dan kadang-kadang mencabar diri untuk memnafsir maksud (yang entah betul entah tidak)
link 1
link 2
aku masih di tahap pertama. pembaikan itu sekitar diri sendiri.pembinaan diri.
dan kadang-kadang beralih kepada tahap kedua bilamana aku mula mengajak/berkongsikan kepada kenalan sekitar.
dan tahap ketiga yakni global- aku sediakan diri aku dengan isu-isu semasa dan hal-hal global.
kebanyakan kawan kategori pemikir dan sebilangan ilmuan membincangkan sekitar hal ini.



tahap pertama itu pada aku adalah asas. sesuatu yang sangat perlu untuk solid kukuh.
jadi tak logik bilamana tahap pertama tak selesai (contoh solat lewat atau kelas tak hadir) tapi dok bising-bising fasal palestin (tahap ketiga- global) dan seumpama.nampak kurang cantik.Hodoh!
nampak tak betul. 
pastu mahu mendabik dada aku sedang promosikan islam! nak lihat islam lihatlah aku!
dan macam-macam lagi 'ungkapan berani mati'



jadi, inilah diriku. sengaja aku kongsikan cerita. mudah-mudahan tidak membakar amalan.
cerita aku ini, demi ingin kembali mendapatkan kepercayaan setelahmana aku sengaja padamkan tikalama dulu.
'reason' aku adalah harta aku. niat adalah roh kepada suatu amalan. tak senang-senang untuk aku ceritakan kepada orang ramai. kerana one slightest bit ego/angkuh/kesombongan-puhhh! terpadam amalan.
jadi amalan ialah harta akhirat.sedaya upaya aku tidak ingin muflis (kerana itu aku sukar untuk berkongsi akan beberapa hal).semoga Allah redha.semoga amalan ini diterima.

dan tak aku nafi, ada tikamana aku sangat futur (lemah iman), maka perkara yang hodoh terdedah.
dan aku percaya setiap orang pun macam tu. kita tak senantiasa hebat -always top notch!!

harap yang diikut itu yang betul, dan yang salah itu sila buat sempadan, dan kalau berani lebih sikit, sila tegur. semoga aku terima dengan lapang dada dan tangan terbuka.

dan semoga dengan kefahaman/kepercayaan ini membawa aku kepada kebaikan dan bukan sebaliknya . dan pula menjadi beban ke atas diriku untuk menanggung. tidak pula menjadi kemestian buat mereka untuk menerima atas dasar keterpaksaan. semoga aku sentiasa faham akan hal ini dan tidak menyombong dan meninggi diri.



*ini adalah antara perkara yang aku sokong keluar dari mulut beliau, (selari dengan apa yang ingin aku beritahu cuma tak reti nak bahasakan) dan beliau menyuarakan dalam bahasa yang baik.
sahutlah cabarannya.jom!