Tuesday, March 29, 2011

let it be-lah




why bother explaining, when it is imperfectly perfect the way it is?..


*sometimes..

=)

-unpuzzled-

Friday, March 18, 2011

jangan kau pulang

just walk away lah?
since no turning back for 'me'



al kisah.tersebut lah kisah.
tentang Si Bintang Terang yg terbuka aibnya seluruh alam
(atas kehendakNya sebagai pengajaran).
cepat.iya. sangat cepat merebak berita aibnya.


sekali tersebar aib, maka lupuslah segala jasa dalam ingatan.
macam seorang banduan pendosa besarlah yang selayaknya terima layanan binatang.
dibenci malah diherdik.

dipasar-pasarkan cerita cacat celanya.


akibatnya?..
langsung seluruh alam segan menghulur bantu kasih padanya.
kesian..

betul ni. kesian...

malah.ada seorang Pakcik Tua yg baik hati luhur budinya.
dgn simpati menghulur bantuan.
dengan niat mahu membantu bukan menambah beban

kamu tahu apa diorang kata kat pakcik tu kerana tidak setuju?
diorang kata PAKCIK tu BODOH!..
PAKCIK BANGANG!.
dan segala caci maki carut orang muda yang melambangkan kebencian amat.
kepada seorang pakcik yang membantu.

walhal pakcik itulah kebenaran.
kebenaran yang membantu.

*****

cerita bermula bila Si Arjuna dapat tahu bahawa Bintang Terang ini ada aib.
macam besar-universe lah bila dapat tahu aibnya itu
langsung dicanang, langsung di lelongkan ceritanya.
jadi buah mulut ramai.
padahal, apalah dosa Bintang Terang padanya sedangkan perilaku salah itu pada org lain?.

dengar cerita punya cerita dari mulut cerita,dia pun jadi benci.
apalah nasib, oh apalah nasib.

bukan tak tahu kebolehan dirinya (Arjuna)
yang suaranya lantang mudah didengari ramai.
maksud lantang disini adalah, orang mendengar dan mudah percaya kpdnya
(cerita yang dibawa)
kerana personalitinya yang sebegitu.
menarik untuk telinga-telinga mendengar.
*orang cool lah katakan?

org minda kelas ke-tiga.
jadahnya mahu cari kesahihan sumber?
mahu tengok bukti depan mata?
cerita kedai kopi cukuplah.
percaya bulat-bulat.

*oh masyarakatku layu~



sebarlah kebencian.sebarkan.
sebab itu tak membuatkan kau lebih baik sikit pun.

malah bukan menyelesaikan masalah?
sedang diri pun cacat cela. seronok dicanang kelemahan atau keburukan orang.

=(



buat bintang terang..
tiada rumah untuk kau pulang lepas ni.
tiada pulang..

kesian, oh kesian.


*kalau saja kau meletakkan dirimu ditmptnya, merasakan macam tiada peluang kedua.
baru kau tahu erti kejam tiada empati.



dunia kini terbalik, yang jahat itu mendapat nama,
yang baik itu dihina.

dan of coz lah aku x mahu jadi so called ''baik'', kalau definisi baik itu adalah orang untuk diambil kesempatan?


mari.ramai dah org tukang komen yang bikin telinga berasap.
bikin panas hati.
tinggalnya, untuk orang mencari dan melakukan solusi itu pupus.
mari-mari.idea mari. kalau betul hatimu juga mencari.

-MARI-

Sunday, March 13, 2011

subur-tandus

tanya sama iman, apa sebab goyang
nanti jawab iman?
-nafsu yg sering di subur-suburkan-



dibaja dijaga rapi, bernama jasad..
dengan supplement-foodnya, dengan excercise-yoganya

satunya lagi element dirinya dipinggirkan, ditirikan..
tidak dibelai, tidak mendapat perhatian..
walhal itu lah yang diperlukan untuk mencapai sebuah tujuan

gayanya berat sebelah..
jasad kenyang,roh tandus!

alahai..


HeY!.
jangan ditipu rasa bahagia-lah, sedangkan diri dalam ketidak-taatan!
jangan pula ditipu rasa bahagia walaupun dalam ketaatan!
boleh jadi saja itu hanya sangkaan..
alat mainan tipu daya nafsu-syaitan..


kitakan bisa tertipu dan terus tertipu
tanpa ilmu!
dan dalam menimba ilmu
mengamalkannya adalah kemestian untuk tidak ditipu.
sampai sehabis mampu!


apabila nafsu dan roh tidak mengenal Tuhan
padahal tika dulu rohlah yang pertama-tama bersyahadah!
nafsu pula telah mengaku ketuhanan Tuhan
itupun selepas dimasukkan ke dalam neraka lapar!


moga tidak jasad dikhianati hati
juga moga jasad tidak mengkhianati

sepertinya jasad dalam enak solat,
hati masih tenggelam dalam nafsu,
KHIANAT!..

Allahu Allah.
katanya Abuyon.
jasad dan hati kenalah selaras
itulah siddiq!

jasad dan hati perlu muafakat,
sebagaimana syariat kena muafakat dengan hakikat.

moga diri kita tidak tertipu pada mata dan rasa
diperlihatkan yang haq itu haq
yang batil sepertinya batil

(pabila dibukaNya!)

moga kami dikurniakan Dia,
apa yang didakwa itulah yang dirasa.

siapa tahu kita bisa ditipu?
tiba-tiba rasa mulia, hakikatnya insan hina!
=(


*himpunan kata-lata ini jikalau saja benar ia pada kebenaran..
ia adalah dari Tuhan, Pemberi ilham.



atas cadangan Nurul Isdiyantie Ilias,
saya paksakan juga menulis (gubah sedikit) himpunan kata-kata hikmat dari Tuan Abuyon dan Siti Sara Bt. Alizaman
-4 Januari 2011-

(moga Allah memberkati dan permudahkan segala urusan ketaatan mereka dan kita semua.amin)

Monday, February 28, 2011

oh..penat ekk..

belon-harapan makin pudar
x nampak kah?


katanya sudah penat..
bosan mungkin..

yang dibuat
yang dibakti
itu tak berbalas.

maka wajarlah berhenti katanya.
maka wajarlah untuk kurang ajar (dengan sengaja).
maka wajarlah kalau saja pada dia itu benar.

kerana suaranya paling lantang.
biarlah suara-suara kecil yang lain.
janji dia ada suara.dan suara dia berbunyi juga.


tapi...
macam mana mahu tentukan benar kalau menutup medan syura?
''aku fikir aku betul, maka aku lah betul!''


bukankah benar itu definisinya pada takrifan ilmu?



kerana aku telah bertemu dahulu puzzle ini maka aku menulis.
untuk kamu, agar kalau-kalau ada secebis solusi,
ia saham aku.

chop dulu!

chop!

=)



*****



walhal yang dihulurkan itu (mungkin saja) tidak siapa yang meminta pada tempat pertama.
tiada siapa mahu, bagaimana saja mungkin orang mahu menghargai?
sebab nilainya jasa itu tidak significant, tidak bernilai mengikut keperluan semasa.

banyak di dunia ni perkara yang kita fikir sepatutnya berlaku tapi x berlaku.
seperti halnya orang berbudi dibalasnya jasa.
tak setiap orang setiap masa ingat yang dia mesti membalas jasa.
sebab itu ertinya orang budiman.


tapi tanyakan kembali.
kenapa MESTI aku memberi?
kenapa PERLU aku memberi?
kenapa HARUS aku memberi?

untuk apa?

untuk apa?

=(




Allahu Allah..

jauhi aku dari rasa berjasa.
jauhi aku dari rasa ingin menerima sebaik sahaja memberi!


*khas buat kamu yang mahu terasa.aku menulis general oke?


pesan aku.kerja2 volunteer ni memang penat.
serious sangat-sangat penat.sebab pada mata kasar, memang tak berbaloi.
apatah lagi dengan jangkaan awal untuk peroleh itu ini yang dunia!

kalau buat untuk Dia yang KEKAL dan takkan hilang
sentiasa ADA dan menDENGAR!

maka sumber kekuatan itu terus mengalir non stop.sebabnya source itu limitless.

ya, limitless



oleh kerana aku yg menulis, maka aku lah paling layak untuk terasa segala bagai, faham?


*tiba-tiba ada ''kakak'' di seberang jalan angkat penumbuk, tanda amaran.
oh, bekengnyo!..

=.=''

Sunday, February 6, 2011

kembali jalan.


U-turn itu simbolik kepada kembali (fitrah)


definisikan hiburan
satukan laluan
silibus kehidupan
untuk penuhi sasaran

mainan,
mainan ketepikan
fokus itu pada tujuan
kenapa perlu diwujudkan, aku

kehadiran aku ini,adakah significant kepada hidupan?
memberi nilai atau impak kepada lebih baik?
atau adanya tiada, tiadanya serupa.
sampah lebih mulia
(kerana ideology recycle)



tanyakan jasa aku pada mereka
atau tanyakan jasa mereka pada aku.
mana-mana yang kau mahu.
itu perlu.

tahu sekadar tahu,
jangan sampai celaru,
angkat bahu?

buat aja mana yang perlu
buat aja mana yang tahu
buat aja mana yang mampu


Dia Maha Tahu



kembalilah..


-puisi kesedaran-