sang bunga comel, mekarlah
agar dapat ku petik..
segera..
dalam hati ini,
ada nama-nama..
nama-nama yg sering di rindu-rindu..
seringkali hiasi kamar hati.
(x kurang juga untuk jasad-jasad d malaysia..)
mendidik hati agar rindu..
lahirkan rasa kasih..
pada yang berhak, pada yang layak
*sepertiga malam..
iya sepertiga malam bila rindu..
bila malam betul-betul syahdu..
benar-benar sunyi untuk melayan hizib ratib warisan 'mereka-mereka' yang mulia..
suara lantang niatkan agar dia yg mendengar
dia yg lena bermimpi dapat manfaat..
bukan takat Alam sementara..bahkan manfaat disana..
insyaAllah..
saling mendoakan..
itu harmoni!..
sering aku tanyakan apa itu bahagia?
adakah ia kudrat untuk mampu memiliki segala kehendak?
adakah ia kuasa untuk mengarah? agar d patuh segala arahan?
ataupun ketenangan..
ketenangan hati..
dan sememangnya di ketahui umum..
hatikan bisa tenang dengan mengingati Tuhan..
dan itu intipati doaku untuk kalian..
agar mendapat ketenangan sepertimana orang yg tidak lengang mengingat Tuhan..
agar d jauh segala bala bencana yg entah bila-bila bakal menimpa
agar d murahkan rezeki y 'mahal'
dipercepat pertolongan y 'lambat'
di permudah segala urusan ketaatan..
di batalkan segala niat keingkaran...
*pertama-tamanya buat diri Baginda yg Mulia, Ibu-Ibu para mukminin, ahlul bait, para sohabat, tabi3, tabi3 tabi3ein..
buat awal2 yg menyampaikan ilmu kefahaman, yg mendahului dengan iman, bapa-bapa ibu-ibu sekeluarga sekalian...
(alfatihah)
moga kabul..
moga diterima..
=)
untuk melazimi selawat atas Baginda salallahu alaihi wasallam,
kerana Allah subhanahu wa taala dan para malaikat pun berselawat atas baginda..
ikatkan dengan perbuatan harian yang significant.
contohnya berwuduk..
cuci pergelangan tangan sambil berselawat..niatkan agar tangan ini adalah tangan y di pimpin tika mana merentas titian sirat
mencuci hidung sambil berselawat..niatkan agar dapat bau wangian datang dari jasad Baginda yg mulia
berkumur sambil berselawat (dalam hati)..niatkan agar dapat menyertai golongan mukmin yg d ganjari minum air telaga Muhammad (telaga al-Kauthar)
dan segala anggota wudhuk niatkan terhapus dosa dan perkaitan manfaat yg dapat dilakukan(dimuliakan) dengannya..
manakan anggota y kotor itu mempunyai perkaitan dgn jasad Baginda yang mulia??
*astaghfirullahhh....*
ighfirlana ya sami3an
ya rabb..
T.T
semoga istiqamah..
bukan hanya mendoakan diri sndiri..turuti sama org-org y disayangi..
*tahukah kamu bahawa rasa kasih y lahir dari sesama ahli keluarga itu fitrah?
semulajadi ada sejak lahir?
tapi kasihkan diri Baginda itu perlukan 'keterpaksaan' pada diri..
mendidik diri dan usaha berterusan..
kalau betul-betul mengenal Baginda salallahu alaihi wasallam.
Makhluk Tuhan yang paling mulia
penutup segala Rasul..
penghulu hari kiamat..
Babullah..
Allah..tidaklah semua ini menjadi beban..
******
untuk melabel seseorang itu baik (sepenuhnya) itu tidaklah solid/sesempurna kata-nama
kerana ia pasti ada jatuh bangun..
lebih selesa kalau menggelar/melabel ''dia-yang-berusaha-untuk-jadi-baik''
itu lebih konkrit atau kukuh.
ayat yang sempurna.
=)
aku makin khuatir untuk menulis yg sebegini..
takut-takut aku yang menyarankan tidak dapat buat..
menyuruh sedangkan tidak melakukan..kehinaan ternyata!
seringkali doa-doakan agar..
diberi kefahaman juga keupayaan untuk menanggung kefahaman..
agar tidak terfitnah dengannya..
agar juga tidak mengundang benci mata-mata memandang dan menilai..
disembunyi kehinaan dari diri sendiri (tidak tahu) adalah sebenar-benar hina..
aku pohon dan aku sangat-sangat pohon..
agar tak disandarkan kelemahan/kesilapan pada siapa-siapa pendidik aku..
yang lemahnya adalah aku..
yang kurangnya adalah aku..
sandarkan pada aku..hanya aku..
aku dan kefahaman aku (yg mungkin silap)..
kalau mahukan kebaikan..maka tegurlah aku..
dan tegur sepertimana kau mahu ditegur..
jangan katakan ''ah! pandailah dia bawa diri''
atau
''elehh..kalau nasihatpun bukan nak dengar, dibidas cemuh adalah...!''
kerana untuk memberi respon reaksi itu adalah aku..
dan menegur itu adalah tugas mu.
tugasku untuk menerima sehemah mungkin..ok?
sama-sama, kita ada tugas bukan?

lend me your hand, will ya?
friend forever?
=)
*sampai syurga hendaknya..
*kerana setiap hari aku citakan perubahan..betul!
doakanku juga ya?..
8 comments:
salamullahu alaikum warahmatuhu wabarokatuh 'ala habibina mushtofa rosulil amin Muhammad saw.
'keterpaksaan' dalam cinta
suka sangat. bantulah kami wahai pemilik sekalian hati..
ameen..
Allahumma solli wasallim wabarik alaihi wa ala aalih.
Jazakallahu kher.
Sangat terkesan.
Moga dirimu dan saudara-saudara seIslam, mendapat naungan dan rahmat serta kasih sayangNya, di dunia dan jua di akhirat.
Teruskan berdakwah menerusi lidahmu yang berada di hujung jemari. Moga manfaatnya dirasai sekalian orang.
Barokallah.
salam akh..
one request..
klu lps ni xda entry br pon..please dun 'private' ur blog keyh..
byk artikel yg blh memuhasabahkan diri dlmnya..
biarkan yg ingin membaca terus bermuhasabah..
insan penuh dosa~
saya terkesan dengan ayat ini:
tahukah kamu bahawa rasa kasih y lahir dari sesama ahli keluarga itu fitrah?
ada dua persoalan.harap dpt beri jawapan.
1. jika rasa kasih itu telah hilang dan lenyap, adakah kita lari dari fitrah?
2. mungkinkah boleh rasa kasih itu lenyap?
to aishah Jauhara:
syukran alaik.
doa y sedemikian juga buatmu..
moga Allah merahmati.
to Anonymous:
wasallam alaik wbt akh.. =)
cant promise..
*bout this issue, cant explain..
so sorry..[complicated]
to chentatiku:
based on d definition of ''fitrah' itself..yes!
bercakap tentang mungkin/kemungkinan sangatlah luas..
boleh jadi aku katakan mustahil sekarang..
tapi tak mustahil akan datang (next time)
atas sebab..ilmu itu d peroleh seiring masa..
mungkin juga melalui pengalaman hidup..
(ok..explaination complex)
y perlu aku jawab..ya!
hehe, best jugok benna baco blog mum maso male.. maso jiwang2, hehehehe...
hehe..
aku cuba utk x jiwang..
Post a Comment